Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bé.za.an] | بربيذاءن

Definisi : berlain-lain, berlainan: adat itu mempunyai tafsiran yg ~ antara ahli-ahli penganutnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbezaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah berbezaan antara akronim dan singkatan? adakah kedua duanya membawa maksud yang seerti atau kedua duanya mempunyai fungsi yang berlainan. melalui pembacaan, saya dapati maksud kedua dua akronim dan singkatan adalah hampir sama. harap pihak tuan dapat memberikan saya penerangan lanjut berkaitan hal ini. sekian terima kasih ana

Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna. Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain).

Tatabahasa26.04.2010
Tuan, apakah berbezaan perkataan 'sudah' dan 'telah'? Dia sudah/telah makan?

Dalam Kamus Dewan, sudah dan telah mempunyai maksud yang sama.

Tatabahasa30.11.2011
1. Apakah berbezaan antara perkataan bersama dan bersama-sama? Yang manakah frasa yang tepat "bersama-sama rakan-rakan" atau "bersama rakan-rakan" 2. Penggunaan yang tepat bagi perkataan belakangan ini?

1. Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Frasa yang tepat ialah bersama-sama rakan atau bersama dengan rakan.

2. Belakangan ini sama maknanya dengan kebelakangan ini, contoh ayat: Belakangan/kebelakangan ini, banyak anak-anak Melayu yang berminat untuk berniaga.

Tatabahasa25.01.2011
Saya ingin bertanya apakah berbezaan: 1. antara ujaran dan bertutur 2. kemahiran ujaran dan kemahiran bertuturUjaran memabawa maksud sesuatu yang diucapkan atau disebutkan manakala bertutur pula membawa maksud bercakap atau berbicara. Menurut kamus dewan, kemahiran ialah kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Oleh itu, kemahiran ujaran boleh ditakrifkan sebagai kecekapan pengucapan manakala kemahiran bertutur pula ialah kecekapan bercakap atau berbicara.

Lain-lain21.11.2020

Kembali ke atas