Struktur yang manakah yang membawa maksud yang betul : Lidah kelu untuk berbicara atau kelu lidah untuk berbicara? Terima Kasih | Kedua-dua struktur ayat tersebut betul. Perkataan kelu di hadapan untuk penekanan kata "kelu" tersebut. | Tatabahasa | 01.08.2011 |
-apakah perbezaan kata antara patik dan hamba apabila rakyat jelata berbicara dengan raja atau sultan? | Kata ganti nama patik digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama hamba untuk merendah diri yang bermaksud saya. | Istilah | 18.01.2011 |
Apakah perbezaan antara"patik","hamba" dan "tuan hamba"? Terima kasih | Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba. Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja). | Tatabahasa | 20.11.2013 |
Apakah perbezaan diantara 'kami' dan 'kita'? | Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Contoh ayat: 1. "Kita perlu bertolak sebelum waktu maghrib," kata Ramli kepada Hasrina. 2 "Kami tidak sempat menyiapkan kerja ini dalam tempoh seminggu," kata Ali dan Amat kepada Cikgu Yeo. | Istilah | 01.03.2010 |
Dalam situasi apakah kata ganti nama,'tuan hamba' digunakan? Tolong terangkan. | Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba. Contoh: " Tuan hamba tinggal di mana?" | Istilah | 21.07.2009 |
kata penghulu kepada Sultan," Patik berasa megah kerana dapat berbicara dengan tuanku." *tuan, apakah kesalahan dalam ayat ini? tq** | Megah bermaksud mulia atau bangga dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Cdangan kami kata megah ditukarkan dengan kata bertuah yang membawa maksud lebih sopan dan halus. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
Bilakah perkataan "kita' dan 'Kami' patut digunakan | Perkataan kami dan kita merupakan kata ganti nama diri orang pertama yang berbentuk jamak. Perkataan kami merujuk pihak yang berbicara, iaitu penutur, pendengar, penulis, atau pembaca. Perkataan kita pula merujuk pihak yang berbicara dan yang dilawan bicara, iaitu penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. Contoh ayat: 1. "Kita perlu bertolak sebelum waktu maghrib," kata Ramli kepada Hasrina. 2 "Kami tidak sempat menyiapkan kerja ini dalam tempoh seminggu," kata Ali dan Amat kepada Cikgu Yeo. | Tatabahasa | 20.07.2010 |
Bilakah kita menggunakan gelaran awak, engkau, kamu dan anda. Gelaran yang mana paling sesuai dipakai semasa berbicara dengan orang dalam kelas, sosial dsb? | Awak, engkau, kamu dan anda adalah kata nama ganti diri kedua. Suasana bagi menggunakan sapaan ini berbeza mengikut hubungan dan kedudukan. Awak dan kamu boleh digunakan bagi sapaan guru dengan pelajar, engkau pula antara kawan baik, dan anda adalah sapaan yang tidak membezakan taraf, tingkat dan umur . Sapaan ini lazimnya dilafazkan kepada tetamu aaatau hadirin sebagai tanda hormat. | Lain-lain | 26.11.2007 |
Penggunaan perkataan 'hamba' dan 'patik' dalam era kesultanan Melaka. | Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. | Tatabahasa | 02.03.2013 |
di dalam surah yasin, terdapat ayat yang mengatakan bahawa Allah akan mengunci/memeterai/atau memateri mulut2 kita dan membiarkan anggota badan lain yang berbicara? Yang mana satu tepat ye? mengunci/memeterai/memateri | Mengunci bermaksud menutup, memeterai bermaksud membubuh meterai pada (sesuatu), atau mengecap. Kata memateri bermaksud menghubungkan atau menyatukan erat-erat. Berdasarkan makna tersebut kata mengunci sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Makna | 25.07.2012 |