Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bo.hong] | بربوهوڠ

Definisi : bercakap bohong, berdusta: dgn Anisah dia tidak pernah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbohong


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Dalam ayat yang berikut, yang manakah merupakan penggunaan imbuhan yang lebih sesuai membohong/berbohong? Bagaimana untuk membezakan penggunaan kedua-duanya? "Jika dia masih membohong/berbohong untuk menyara keluarganya, dia mungkin masih dapat mengekalkan pekerjaannya. Tetapi jika dia enggan membohong/berbohong, dia mungkin akan kehilangan pekerjaannya."

Maksud berbohong dan membohong ialah bercakap bohong, berdusta, kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam contoh ayat yang diberi.

Tatabahasa22.05.2010
Saya ingin tahu samada ayat-ayat berikut betul atau salah. 1. Makanan di restoren ini sedap-sedap belaka. 2. Justeru kita hendaklah mengulangkaji pelajaran. 3. Peserta itu kuat betul berlari. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di Kedah. 5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. Saya harap pihak tuan dapat membetulkannya. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

1. Makanan di restoren ini sedap belaka. 

2. Justeru, kita hendaklah mengulang kaji pelajaran. 

3. Peserta itu pantas/laju betul berlari.

4. Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang terletak di negeri Kedah.

5. Orang yang suka berbohong, lama-lama tidak mempunyai kawan. -lebih kepada bahasa percakapan

Tatabahasa21.08.2010
Assalamualaikum 1) kata kerja tak transitif berpelengkap perlu letak keterangan(pelengkap) lpas kata kerja tu kan? saya agak keliru nak membezakan dengan kata kerja transitif aktif. contoh ayat: ...lantas 'menyemarakkan' gelombang keganasan.. ...pertahanan bagi 'menghadapi' serangan pihak Siam. Sejarah 'membuktikan' bahawa Kerajaan Patani... ...seorang pembesar negeri yang 'menaiki' takhta Patani... ayat2 ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 2) 'mengekang' boleh dipasifkan x? 3) adakah 'berbohong' itu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?1. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145.
2. Kata kerja mengekang boleh dipasifkan menjadi dikekang.
3. Perkataan berbohong tergolong dalam kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.  
Tatabahasa24.03.2012
Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong.1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja tertangguh.
2) Remaja sekarang sudah bebas.
3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang.
4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang.
5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya.
6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar.
7) Kainnya koyak kerana disambar api.
8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong.
Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa02.08.2013
Salam, apakah perbezaan antara "karut" dengan "mengarut". Bolehkah penerangan diberikan dari segi penggolongan kata (seperti kata nama, kata kerja/kata adjektif) dan contoh penggunaan dalam ayat selain daripada contoh yang diberikan dalam Kamus Dewan. Sekian, terima kasih.Karut ditakrifkan sebagai tidak benar (berkenaan cerita, berita dan lain-lain); bohong semata-mata; dusta. mengarut bercakap karut; berbohong. Karut tergolong dalam perkataan kata adjektif. Contoh ayat; Semua cerita yang disampaikan oleh Tuan Mansor karut.

Mengarut pula ialah bercakap karut atau bohong. Mengarut tergolong dalam perkataan kata kerja. Contoh ayat; Kita seharusnya bersedia agar tidak mengarut dalam menjawap peperiksaan.
Tatabahasa16.04.2013
Apakah perbezaan perkataan "benar" dan "betul" dari segi penggunaannya?

Dari segi konteks penggunaan yang menerangkan sesuatu atau seseorang itu “tidak salah”, perkataan “betul” dan “benar” membawa makna yang sama iaitu, tidak salah, tidak keliru, tidak berbohong atau tepat.

Tatabahasa29.03.2020

Kembali ke atas