Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bong.gol] | بربوڠڬول

Definisi : berbenjol-benjol: rupanya spt tiang yg berbonggol-bonggol yg tinggi hanya beberapa kaki saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbonggol


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah istilah untuk garisan kuning berbonggol yang digunakan di jalan raya untuk memperlahankan kelajuan kenderaan. 2. (a) Abu pergi ke sekolah pada setiap hari. (b) Abu ke sekolah pada setiap hari. Yang manakah betul bagi ayat-ayat di atas.

1. Garisan kuning yang dimaksudkan ialah garisan untuk melintas/lintasan zebra/lintasan belang.

2. Ayat yang betul ialah Abu pergi ke sekolah (pada) setiap hari.

Tatabahasa17.05.2010
Untuk nama-nama alat musik di bawah perlu menggunakan huruf kecil atau besar? 1. Agung 2. Suwukan 3. Siyem 4. Mong 5.Kempul Contoh ayat: . Di Semenanjung Malaysia gong berbonggol yang besar dikenali dengan nama agung, Suwukan atau Siyem, tetawak atau tawak (juga Tawag di Sabah dan Sarawak), Mong dan Kempul.Nama alat muzik seperti ”agung”, “suwukan”, “siyem”, “tetawak”, “mong” dan “kempul” ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat.Tatabahasa14.05.2024
Maafkan saya, saya mempunyai soalan yang ingin diajukan. Dalam kamus Perdana, saya mendapati lembu daging didefinisikn sebagai lembu yang berwarna putih, merah keperang-perangan, hitam atau kelabu. Selain itu, lembu daging juga didefinisikan sebagai lembu yang berbonggol di bahagian atas bahu badannya dan diternak khusus untuk dagingnya. Jadi, soalan saya, adakah lembu yang berwarna coklat tetapi mempunyai ciri-ciri dalam definisi tadi dikatakan juga sebagai lembu daging? Atau lembu-lembu yang telah dinyatakan warnanya sahaja serta yang mempunyai ciri-ciri tersebut dikatakan sebagai lembu daging?Ya. Lembu yang berwarna coklat termasuk dalam kategori lembu yang berwarna merah keperang-perangan. Yang penting ciri utamanya ialah lembu tersebut diternak untuk dagingnya, bukan untuk susu atau untuk membuat kerja.Makna31.03.2023

Kembali ke atas