Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbongkah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan buku dalam ayat ini betul? Simon pergi ke kedai untuk membeli sabun buku.Buku ialah penjodoh bilangan untuk benda yang berbongkah seperti sabun. Ayat yang lebih tepat ialah "Simon pergi ke kedai untuk membeli sebuku sabun".Tatabahasa13.04.2013
Selamat sejahtera, Apakah perbezaan antara selembar benang dengan sebuku benang? Terima kasih.Selembar benang bermaksud benang dalam saiz yang panjang dan sebuku benang bermaksud benang dalam saiz berbongkah.Tatabahasa27.06.2016
1) penjodoh bilangan yang sesuai bagi jarum dan cangkul?? 2) ibu menjahit sepasang baju menggunakan seutas/selembar/sebuku benang...yang mana jawapan yang paling sesuai? apakah perbezaan seutas,selembar,dan sebuku...1. sebatang cangkul, sebatang jarum.

2. Utas penjodoh bilangan yang digunakan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang. 

Lembar penjodoh bilangan bagi tali atau benang. 2 penjodoh bilangan untuk benda yang panjang atau yang luas bidangnya (tali, benang, kertas dll).  tali atau benang. 

Buku pula penjodoh bilangan  untuk benda berbongkah seperti sebuku sabun, sebuku benang.


Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuku benang.
Tatabahasa10.08.2014

Kembali ke atas