Apakah maksud hayunan? | Perkataan 'hayunan' tidak wujud dalam bahasa Melayu. Mungkin berlaku kesilapan mengeja perkataan tersebut dan mungkin juga saudari keliru antara 'hayunan' dengan 'ayunan'. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, ayunan bermaksud buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan bayi), 2. gerakan berbuai, buaian jam. 3. gerakan mengayun (tangan dll), 4. penghumban. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 08.09.2008 |
Soalan 1 : Adik telah mengayuh dengan laju- laju basikalnya supaya dia terlambat sampai ke sekolah. Kenapa frasa mengayuh dengan laju- laju salah? Soalan 2 : Kata banyak makna : besar Peluang yang besar Hajat yang besar Betul ke salah penggunaan besar? | 1. Ayat yang betul ialah “Adik mengayuh basikal dengan laju supaya dia tidak terlambat sampai ke sekolah.” atau “Adik mengayuh basikal laju-laju supaya dia tidak terlambat sampai ke sekolah.” “Laju” bermaksud cepat atau pantas. “Laju-laju” pula bermaksud berjalan, berbuai dan sebagainya dengan kadar yang lebih laju. Penggunaan kata sendi nama “dengan” dalam ayat tersebut boleh ditiadakan kerana lewah. Untuk maklumat lanjut berkaitan penggunaan perkataan “laju” dan “laju-laju”, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1216. 2. Soalan kedua tidak jelas. Sila hantar semula soalan dengan lebih jelas untuk memudahkan pihak kami memberikan jawapan. | Lain-lain | 14.06.2024 |