Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.buat] | بربوات

Definisi : 1. mengerjakan (melakukan) sesuatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.buat] | بربوات

Definisi : melakukan sesuatu pekerjaan dsb: Dlm keadaan yg begitu mencemaskan, dia tidak dpt ~ apa-apa lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbuat

Puisi
 

Orang Bentan berbuat sawah,
     Sawah terisi pandan berduri;
Abang hitam sangat bertuah,
     Satu pelanduk menyerah diri.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Berbuat kerja seperti Mak Judai.

Bermaksud :

Selalu membengkalaikan pekerjaannya.

 

Lihat selanjutnya...(144)

273

Nobody is infillible

Tiada manusia yang tidak pernah berbuat silap atau salah

Tidak manusia nan tidak gawal

He may be the greatest leader the country has ever had, but nobody is infallible. His drastic policy has recently brought economic turnmoil to the country.

Beliau mungkin pemimpin terhebat di negara itu, tetapi tidak manusia nan tidak gawal. Dasarnya yang keterlaluan telah menjadikan ekonomi negaranya kelam-kabut baru-baru ini.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(25)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? berbuat bising atau membuat bsing? berbuat baik atau membuat baik?1. Kedua-dua ejaan tersebut adalah betul cuma penggunaannya berbeza. Bahasa Melayu untuk nama mata pelajaran dan bahasa Melayu merujuk bahasa itu sendiri sama seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

2. Kedua-dua perkataan membuat dan berbuat boleh digunakan.
Tatabahasa01.10.2013
Dengan berbuat demikian, setiap ahli keluarga akan mendapat tahu akan masalah yang dihadapi. Adakah penggunaan dengan diawal ayat dibenarkan ?Salam sejahtera,

Ayat di atas betul penggunaan kata "dengan".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa07.06.2017
Ali berkali-kali menasihati adiknya yang berbuat jahat. Atau Ali menasihati adiknya yang berbuat jahat berkali-berkali. Atau kedua-dua ayat itu betul.Ayat yang pertama betul.Tatabahasa26.08.2010
Salam sejahtera Saya mohon pencerahan untuk penyelesaian masalah ini. Contoh ayat : 1.Jika dia tidak berbuat demikian maka dia tidak mempunyai wang untuk perbelanjaan keluarganya. 2.Jika dia tidak berbuat demikian , maka dia tidak mempunyai wang untuk perbelanjaan keluarganya. Soalan saya, adakah perlu atau tidak untuk meletakkan tanda baca koma selepas perkataan demikian seperti dua contoh ayat di atas. Terima kasih...Salam sejahtera,
 
Ayat yang betul ialah "Jika dia tidak berbuat demikian, maka dia tidak mempunyai wang untuk perbelanjaan keluarganya."
Tatabahasa17.08.2015
Jangan membuat bising di dalam kelas. Jangan berbuat bising di dalam kelas. Saya nak tanya manakah salah dan betul?Minta Tuan memberikan penjelasan.Terima kasih

Penggunaan kata kerja yang paling tepat ialah berbuat bising. Hal ini kerana, kata kerja berbuat tergolong dalam kata kerja tak transitif, iaitu boleh berdiri tanpa objek sebagai pelengkap.

Manakala, kata kerja membuat pula tergolong dalam kata kerja transitif kerana memerlukan objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai pelengkap.

Tatabahasa11.01.2021
apakah kegunaan imbuhan ber dalam berlima, berlima-lima dan kelima-lima

1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber­- utk menyatakan diri membuat sesuatu; ber­sibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan ­-an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan.

Tatabahasa17.03.2010
Apakah peribahasa yang menepati maksud di bawah? orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya. Terima kasih.Terdapat beberapa peribahasa yang menepati maksud "Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggung akibatnya". Antaranya:

1) Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah
2) Lain yang bengkak, lain yang bernanah
3) Lain yang untut, lain yang mengisut.
Lain-lain27.06.2015
Tuan, Ayat: Pustakawan menegur sekumpulan murid yang ............... bising semasa berada di dalam perpustakaan. Yang mana jawapannya : berbuat atau membuatKedua-dua perkataan, iaitu berbuat dan membuat adalah betul dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa16.02.2012
Penggunaan kata ganti diri kedua yang manakah tepat bagi ayat berikut: "Anda tidak dibenarkan untuk membuka kertas soalan sehingga diarahkan berbuat demikian," kata pegawai peperiksaan kepada para pelajar. "Kalian tidak dibenarkan untuk membuka kertas soalan sehingga diarahkan berbuat demikian," kata pegawai peperiksaan kepada para pelajar.Kedua-dua ayat tersebut betul, namun  ayat yang gramatis ialah "Anda tidak dibenarkan untuk membuka kertas soalan sehingga diarahkan berbuat demikian".Tatabahasa19.10.2011
minta tolong cemak sistem bahasa ini. 1 "Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu. 2. Kemerosotan akhlak di kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.1. " Kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat," kata ketua kampung kepada wartawan itu. - ayat ini boleh digunakan dan tiada masalah kerana bahasa percakapan dalam dialog.

2. Ayat yang betul ialah Kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
Tatabahasa16.03.2018
12345678910...

Kembali ke atas