Berbuka Puasa di ROSELLE BRASERIE 10 Julai 2013 - 5 Ogos 2013 RM38BERSIH Untuk Tempahan Sila Dail 03-2084 1515 ext 8025 | Sila buat pembetulan ejaan dial kepada dail dan terjemah ext. kepada samb. Setelah membuat pembetulan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan bukan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 12.06.2013 |
Bagi latar pentas Majlis Berbuka Puasa Bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur atau Majlis Berbuka Puasa Bersama YBhg Datuk Bandar Kuala Lumpur Mana yang lebih bersesuai? | Frasa yang lebih sesuai ialah MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA DATUK BANDAR KUALA LUMPUR. | Tatabahasa | 23.06.2015 |
Mohon semakan ayat berikut pada poster: " Kempen Menaja Keluarga Asnaf Miskin Bandar, Anak Yatim Serta Ibu Tunggal Berbuka Puasa & Barang Dapur" | Ayat yang betul ialah Kempen menaja keluarga asnaf miskin bandar, anak yatim serta ibu tunggal berbuka puasa dan bantuan barangan dapur. | Tatabahasa | 22.05.2017 |
Assalamulaikum, Apakah penggunaan istilah ' Iftar Ramadhan" tepat? Terima kasih | Ifthor ialah perkataan Arab dan dalam bahasa Melayu dieja iftar, iaitu berbuka puasa. "Ejaan yang betul ialah "Iftar Ramadan" perkataan ini bukan istilah tetapi sebagai kata umum yang dipakai untuk maksud majlis berbuka puasa. | Istilah | 07.06.2017 |
Iklan banting untuk berbuka puasa | Tukar "or email" kepada atau e-mel . Untuk mendapatkan sijil pengesahan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 30.05.2014 |
' Ifthor' apakah maksudnya dalam bahasa Melayu yang mudah. Tk. | Ifthor ialah perkataan Arab dan dalam bahasa Melayu dieja iftar, iaitu berbuka puasa. | Makna | 12.02.2012 |
Adakah perkataan atau ayat di banting ini menepati penggunaan bahasa melayu yang betul? Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai. Sekian terima kasih. | Pembetulan: 1. JOM BERBUKA PUASA 2. Waktu dan Tempat Duduk Terhad 3. PANAS. MAKANAN BARAT . MAKANAN LAUT Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 01.06.2015 |
Apakah perbezaan "bersedia" dan "menyediakan"?boleh memberikan contoh ayat | Perkataan “bersedia” bermaksud berada dalam keadaan mempersiapkan diri, rela atau sanggup melakukan sesuatu. Contoh ayat adalah seperti yang berikut: - Saya bersedia menggalas tugas yang diamanahkan.
- Kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi bencana banjir.
- Dia sudah bersedia untuk melangkah ke alam pekerjaan.
- Fatimah bersedia membantunya.
Manakala, perkataan “menyediakan” bermaksud mengadakan atau menyiapkan sesuatu lebih awal untuk tujuan tertentu dan memberikan sesuatu terlebih dahulu sebagai kemudahan, ganjaran dan sebagainya. Contoh ayat adalah seperti berikut: - Khairul Amir membantu ibunya menyediakan hidangan untuk berbuka puasa.
- Syarikat telekomunikasi menyediakan kemudahan Internet di kawasan luar bandar.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1987. | Makna | 02.04.2025 |