Mohon disemak : " Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja" Terima kasih. | Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitanganĀ Majlis Daerah Papar sahaja. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.09.2014 |
Secara umumnya, tempat-tempat kediaman boleh berbentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen atau unit rumah pangsa, rumah teres, bangsal berbumbung atap atau zink, unit rumah buruh. Papan atau konkrit (seperti terdapat di estet-estet) atau sebarang jenis struktur sementara atau tetap yang lain yang tidak termasuk dalam mana-mana jenis di atas. Tempat kediaman jenis yang terakhir ini mungkin dalam bentuk bangsal, gua, tempat berteduh berbumbung zink yang kecil, bangsal yang tidak mempunyai bumbung yang sempurna atau rumah bot. Soalan saya: Terdapat perkataan 'atau' disebut secara berulang pada ayat yang kedua. Adakah sesuai atau ada cara lain yang boleh disampaikan dengan maksud yang sama? Harap pihak DBP dapat memberikan cadangan dan pandangan dalam menyelesaikan kekusutan penggunaan bahasa bagi pihak saya. Sekian, terima kasih. | Penggunaan 'atau' adalah betul pada contoh yang diberikan. Walaupun berulang tetapi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. | Tatabahasa | 17.06.2009 |
Ayat yang bersesuaian bagi latar pentas berikut? MAJLIS PERASMIAN PADDOCK KUDA BERBUMBUNG DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR OLEH YB DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN Mohon kataganti yang bersesuaian bagi perkataan paddock. Terima kasih | Istilah bahasa Melayu untuk "paddock" ialah padok. | Istilah | 19.10.2016 |
YANG MANA SATU ISTILAH YANG BETUL: NAMA BAGI LALUAN BERATAP- SUSUR GAJAH ATAU GAJAH MENYUSUR | Kedua-dua istilah ini tiada dalan pangkalan data DBP. Istilah tersebut digunakan oleh masyarakat tertentu dalam percakapan harian dan tidak digunakan dalan tulisan rasmi. Istilah yang boleh digunakan untuk tujuan rasmi ialah "laluan pejalan kaki berbumbung" atau laluan pejalan kaki berkanopi". | Istilah | 31.08.2016 |
Kini banyak sekolah yang membina bumbung bagi dataran perhimpunan. Setahu saya dataran adalah kawasan lapang yang tidak memiliki binaan bumbung. Apabila bumbung dibina, adakah ia masih boleh dipanggil dataran? Jika tidak, apakah panggilan yang sesuai dan elok, sedap didengar untuk kawsan seperti itu? Terima kasih didahulukan. | Dataran bermaksud kawasan lapang, tidak diperincikan mempunyai bumbung atau sebaliknya. Kami mencadangkan bagi kawasan mempunyai bumbung digelar dataran berbumbung. | Makna | 09.05.2019 |
Kini banyak sekolah yang membina bumbung bagi dataran perhimpunan. Setahu saya dataran dalah kawasan lapang yang tidak memiliki binaan bumbung. Apabila bumbung dibina, adakah ia masih boleh dipanggil dataran? Jika tidak, apakah panggilan yang sesuai dan elok, sedap didengar untuk kawsan seperti itu? Terima kasih didahulukan. | Dataran bermaksud kawasan lapang, tidak diperincikan sama ada mempunyai bumbung ataupun tidak. Kami mencadangkan bagi kawasan yang mempunyai bumbung digelar dataran berbumbung untuk mengelakkan kekeliruan kepada pengguna. | Makna | 09.05.2019 |
Apakah terjemahan terbaik untuk walkway canopy atau covered walkway dalam bahasa Melayu? Saya lihat ramai gunakan susur gajah, namun tiada dalam database PRPM. Mohon pencerahan. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah susur gajah dalam pangkalan data kami. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untukĀ "walkway canopy" ialah kanopi laluan pejalan kaki. Istilah untuk "covered walkway" pula ialah laluan pejalan kaki berbumbung atau laluan pejalan kaki berkanopi. | Istilah | 13.03.2013 |
Salam sejahtera, apakah padanan kata yg sesuai bagi kata "balcony"? Adakah "balkoni" atau "beranda"? Mohon jawapannya. Terima kasih. | Terdapat perbezaan makna bagi perkataan "balkoni" dan "beranda". Berikut merupakan definisi untuk perkataan-perkataan tersebut: BALKONI: Definisi : 1. anjung kecil pd tingkat atas rumah bertingkat (sbg tempat berangin); 2. tempat duduk di tingkat atas pd panggung wayang. (Kamus Dewan Edisi Keempat) BERANDA: Definisi : 1. ruang terbuka yg berbumbung dan berlantai di bahagian depan atau tepi rumah: kerusi dan meja telah teratur di ~ muka utk menerima tetamu; 2. ark sj bilik dlm perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Oleh itu, tuan boleh menggunakan perkataan-perkataan ini mengikut kesesuaian.
| Penyemakan dan penterjemahan | 13.10.2019 |