Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.bu.nyi] | بربوڽي

Definisi : sl bersembunyi: maka Sita Dewi pun ditaruhnya ~ juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.nyi] | بربوڽي

Definisi : 1. mengeluarkan bunyi, memberi bunyi: bertepuk sebelah tangan manalah boleh ~; genderang serunai pun ~lah; 2. bacaannya, isinya, lafaznya, ucapannya: surat itu ~ spt berikut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.bu.nyi] | بربوڽي

Definisi : 1 mengeluarkan bunyi: Bertepuk tangan sebelah, takkan ~. 2 mengandungi sesuatu (ttg isi surat dsb): Antara lain, surat itu ~ begini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbunyi

Puisi
 

Berbunyi mercun di tengah pekan,
     Anak angsa datang menyudu;
Bagi racun saya nak makan,
     Tiada kuasa menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Diimbau berbunyi,
     dilihat bersua.

Bermaksud :

Kebenaran yang tak dapat dibantah. diimbau = dipanggil.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pilihan mana yang betul? 1. Jam berbunyi berdetik. 2. Jam berbunyi berdetik-detik. 3. Jam berbunyi detik.

Saudari Succy,

Jawapan yang tepat ialah jam berdetik atau
jam di dinding berdetik. Penggunaan perkataan 'berbunyi' dalam frasa yang disertakan tidak perlu. Hal ini kerana, berdetik sudah membawa maksud 'berbunyi'

Makna20.09.2012
'BERHENTI, bila sistem lampu amaran get berbunyi. Adakah terdapat sebarng kesalahan tatabahasa dalam ayat di atas? Pendapat menyatakan Sistem lampu tidak berbunyi malah menyala. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Berhenti apabila sistem amaran pintu pagar berbunyi" ataupun "Berhenti apabila sistem amaran berbunyi".  Lampu kebiasaannya menyala bukan berbunyi.   Tatabahasa07.03.2009
Adakah penggunaan peribahasa "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" betul dalam ayat ini? Kemajuan negara kita dalam bidang teknologi maklumat,perubatan,pertanian dan sebagainya tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripada semua rakyat kerana "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi".Penggunaan peribahasa  "bertepuk tangan sebelah,tidak akan berbunyi" tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut kerana maksud peribahasa itu ialah cinta kasih yang tidak berbalas. berbunyi&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bertepuk+sebelah+tangan+tidak+akan+berbunyi&d=11. Peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut ialah "bersatu teguh bercerai roboh"Lain-lain24.12.2015
Ada pantun berbunyi: Bukan ringgit dipandang orang, budi bahasa rangkaian hati. Apakah maksud 'rangkaian hati'?“Rangkaian hati” dalam pantun tersebut boleh membawa pengertian budi bahasa yang dipilih berbanding harta benda atau dibandingkan harta benda, budi bahasa itu jauh lebih bernilai. Makna06.05.2020
Kemusykilan: Ayat berbunyi - Hujan lebat telah turun lewat pagi semalam. Persoalannya: Apakah maksud LEWAT PAGI dalam konteks soalan tersebut? - manakah maksud yang yang sesuai: a. Tengahari b. Awal malam c. Awal pagiAntara maksud lewat ialah larut, walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang tepat untuk lewat pagi dalam pangkalan data kami. Tengah hari ialah lebih kurang pukul 12 pada siang hari. Awal ialah permulaan, ini bermakna awal pagi dan awal malam ialah permulaan kedua-dua waktu tersebut.Makna19.10.2011
Apakah tanda baca bagi ayat berikut? Ring...loceng rehat berbunyi.Ring, loceng rehat berbunyi.Lain-lain28.02.2007
Anak saya menulis karangan yang antara ayatnya berbunyi, "Ibu saya sangat sukakan kucing." Guru BM tidak membuat sebarang pembetulan. Adakah ayatnya betul atau seharusnya berbunyi, "Ibu saya sangat suka akan kucing."?Ayat yang gramatis ialah, "Ibu saya sangat suka akan kucing."Tatabahasa26.01.2010
kenapa perkata budaya بودايا ada alif diakhirnya?Mengikut Hukum Luar Darlung, apabila suku kata praakhir terbuka berbunyi [a] diikuti suku kata akhir terbuka yang juga berbunyi [a], maka huruf alif hanya digunakan untuk melambangkan huruf praakhir sahaja, seperti ejaan کباي  dan سباي . Walau bagaimanapun terdapat beberapa patah perkataan yang terkecuali daripada hukum ini bagi mengelakkan kekeliruan dengan perkataan lain seperti supaya dan supai, maka huruf praakhir dan akhir diwakili oleh huruf alif. Perkataan budaya tidak tertakluk pada alasan ini kerana tidak ada perkataan budai. Hal ini perlu kami rujuk kepada pakar ejaan Jawi.Ejaan08.10.2018
Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini: Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya. [atau begini:] Saya membayangkan status facebook saya pasti berbunyi begini, "Wanita bujang berusia 26 tahun yang menganggur dan tinggal bersama kedua orang tuanya, tidak tahu apa yang mahu dilakukan dengan hidupnya." [yang mana satu yang tepat?]Yang kedua lebih tepat, iaitu menggunakan tanda petik yang merujuk petikan.Lain-lain17.11.2011
soalan berhubung penjodoh bilangan berikut, Ibu menanam sawi di atas se________ batas. jawapannya sama ada ' batang ' atau 'banjar' soalan kedua, Radio itu berbunyi sangat _______ . jawapannya sama ada ' kuat atau 'bising'. Terima kasihi. Sebanjar batas. ii. Radio itu berbunyi sangat kuat. Lain-lain28.02.2008
12345678910

Kembali ke atas