Puan, Salam sejahtera. Bolehkah puan mencadangkan perkataan yang paling tepat untuk menggantikan perkataan "bercadang" dalam ayat yang berikut : "Puan Rosnah dan suaminya bercadang untuk berusaha tanah pusaka keluarga mereka tidak lama lagi." | Selain perkataan bercadang, perkataan lain yang mempunyai makna yang sama ialah berhasrat, berkeinginan, dan berhajat.
"Puan Rosnah dan suaminya berhasrat untuk mengusahakan tanah pusaka keluarga mereka tidak lama lagi. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
Saya bercadang ingin menerbitkan sebuah buku Applikasi dalam ekonometrik untuk pelajar peringkat universiti. Sila hubungi saya melalui emel atau 0175703047. | | Lain-lain | 09.01.2012 |
Saya bercadang utk menyambung pelajaran di peringkat phd. Tesis yg menjadi pilihan adalah "pantang larang masyarakat melayu; sejauh mana kebenarannya". Ada ke tidak artikel2 yang berkaitan @ tesis yg telah dilakukan sebelum ini. | 1. Terlebih dahulu saya ingin memberi pujian atas hasrat sdr untuk menyambung pelajaran di peringkat phd. Berkaitan dengan pertanyaan sdr sejauh manakah kebenaran isu berkaitan tajuk yang dicadangkan, sebenarnya itulah perkara penting yang perlu sdr kaji semasa menjalankan proses kajian tersebut dengan mengemukakan bukti-bukti daripada literatur yang telah diterbitkan dan juga yang tidak diterbitkan, juga daripada hasil soal selidik yang dilakukan sepanjang pengajian. Tentu banyak nanti isu-isu yang penting timbul daripada kajian tersebut. Pada masa itu baru sdr boleh putuskan sama ada benar atau tidak. Phd mendidik kita berfikiran kritis, tidak menerima sesuatu bulat-bulat . Melihat sesuatu perkara dari pelbagai sudut (seperti buruk dan baik). 2. Artikel yang berkaitan - di peringkat phd pelajar seharusnya boleh bekerja sendiri, memberi motivasi kepada diri sendiri dan juga mengatur kerja-kerja sendiri dengan tersusun oleh itu saya cadangkan sdr mendapatkan rujukan sendiri yang sesuai dengan tujuan kajian yang hendak dilakukan. Seterusnya nanti daripada rujukan yang berkaitan sdr dapat tentukan sama ada kajian tersebut telah dilakukan atau belum jika belum tiada masalah dan jika telah ada kajian mungkin sdr kaji pula daripada sudut lain. Yang penting kajian tersebut mestilah asli, menyumbang kepada pengetahuan yang baru. sekian | Lain-lain | 24.05.2010 |
Saya bercadang menulis buku. Saya ingin mengetahui cara-cara dan proses yang diperlukan dalam menulis buku termasuk pemasaran dan royalti. | Sila kemukakan cadangan penulisan, berserta sinopsis dan biodata diri kepada Pengarah Penerbitan, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 06.08.2008 |
saya bercadang utk menganjurkan majlis rasmi pada hari kursus kami menerima skrol ijazah sarjana muda pada bulan ogos ini. nama majlis yang dicadangkan ialah Majlis Graduan Fizik Kesihatan. apakah perbezaan penggunaan istilah siswazah dan juga graduan? terima kasih atas perhatian. | Graduan bermaksud mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. siswazah ialah orang yang telah lulus dalam peperiksaan terakhir universiti dll., orang lulusan universiti. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 483,1508. | Makna | 30.04.2008 |
Assalamualaikum, Saya bercadang untuk menghantar karya untuk terbitan DBP. Bagaimanakah caranya?. Adakah panduannya? Bagaimana proposal itu ingin dihantar? Misalnya, saya ada karya yang ingin diterbitkan, khas untuk kanak-kanak. Perlukah saya menghantar kesemua sekali gus karya yang telah siap atau saya perlu hantar proposal cadangan bersama contoh dulu? Bila DBP meluluskan dan bersetuju untuk diterbitkan baru saya hantar karya yang telah siap. Dan tema kanak-kanak yang bagaimana berkemungkinan besar menjadi pilihan DBP/ Terima Kasih. Basari | Waalaikumussalam sdr., terima kasih kerana berminat untuk menulis dengan DBP. Pada dasarnya, pihak kami mengutamakan manuskrip yang dirancang. Pada tahun ini, kami memberi fokus terhadap penerbitan buku informatif sama ada deskriptif ataupun kreatif untuk kanak-kanak dan remaja. Bagi tujuan ini, kami mengalu-alukan kertas cadangan penulisan daripada penulis yang berminat. Sekiranya cadangan penulisan sdr. menepati tema yang dikehendaki, sdr. boleh meneruskan penulisan. Karya yang telah siap ditulis, kami akan ajukan ke Jawatankuasa Editorial untuk kelulusan penerbitan. Pelbagai tema boleh ditulis, antaranya sains dan teknologi, budaya, sejarah, pekerjaan, penyakit dan lain-lain. Pihak kami juga menerima manuskrip yang tidak dirancang, biasanya untuk karya kreatif seperti novel, puisi, cerpen dan cerita rakyat. Manuskrip lengkap (teks dan lakaran ilustrasi/gambar) hendaklah dihantar kepada Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 31.05.2012 |
Syarikat saya bercadang untuk mengadakan promosi untuk satu produk baru yang di adakan dengan kerjasama antara KL Monorail dan bas KL HOP ON HOP OFF, jadi kami sedang mencari 1) Soalan saya, adakah ayat di bawah sesuai digunakan? Ronda-ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket sahaja-RM20 2) Apakah makna atau maksud penuh bagi perkataan ronda-ronda? 3) Adakah perkataan lain yang sesuai digunakan bersesuaian dengan perkataan ronda-ronda tersebut. | 1) Ronda Kuala Lumpur dengan hanya satu tiket bernilai RM20. 2) makna ronda-ronda Ronda:- = meronda 1.berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah berlakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin; 3) i-Bersiar-siar ii- Jalan-jalan | Lain-lain | 16.12.2008 |
Pihak kami bercadang untuk menamakan bilik di pejabat. mohon pengesahan penggunaan bahasa yang betul sama ada: 1) Bilik Serahan Tender atau 2) Bilik Penyerahan Tender | Bilik Penyerahan Tender betul. Tetapi cadangan kami yang lebih tepat ialah Bilik Serah Tender. | Tatabahasa | 11.12.2008 |
Yang mana lebih tepat: Ada sebahagian mereka bercadang membuang Tauhid Rububiyah dan hanya menumpukan kepada / pada Tauhid Uluhiyah sahaja. | Ada sebahagian mereka bercadang membuang Tauhid Rububiyah dan hanya menumpukan kepada Tauhid Uluhiyah sahaja. Lihat buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 272. | Tatabahasa | 08.02.2012 |
Selamat sejahtera. Saya bercadang untuk menggunakan Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi terbitan 2008 sebagai sumber untuk membina senarai kata konsonan-vokal-konsonan-vokal yang akan digunakan dalam ujian pendengaran. Sebelum itu, saya ingin bertanya tentang kriteria kemasukan perkataan dalam daftar kata tersebut. Adakah ia meliputi kata bahasa percakapan, dialek dan sebagainya? Sebahagian daripada perkataan dalam Daftar Kata tersebut tidak terdapat dalam Kamus Dewan (edisi keempat). Terima kasih | Untuk makluman saudara, entri yang terkandung dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu bersumberkan Kamus Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat. Selain itu, Daftar Kata Bahasa Melayu juga turut memasukkan kata-kata tertentu daripada Daftar Ejaan Rumi yang disusun oleh Za'ba dan Malay English Dictionary susunan R.J. Wilkinson serta Kamus besar Bahasa Indonesia. Oleh itu, dalam hal penyusunan senarai kata yang saudara rancangkan, eloklah dielakkan penggunaan kata yang dilabel sebagai bp/bahasa percakapan dan BI/Bahasa Indonesia dalam entri sumber. | Lain-lain | 10.10.2011 |