| Tolong tuan tunjukkan cara betul menggunakan "berkait" dan "berkaitan" dalam sesuatu ayat? | Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, saudara perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud: i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya; ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan. | Tatabahasa | 27.08.2011 |
| Salam sejahtera, Adakah "needle test probes" sesuai diterjemahkan kepada "kuar uji jarum"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Dalam data kami kami, kuar uji ialah jarum logam daripada bahan pengalir yang hujungnya bermata tajam atau bercangkuk yang digunakan untuk memeriksa litar dengan menyentuhkan mata kuar tersebut pada litar. Hujung kuar pula disambungkan pada peralatan pengukuran. Jika needle test probes ialah alat kami merasakan terjemahan yang lebih sesuai ialah jarum kuar uji. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.11.2018 |
| Saya keliru bahawa pengggunaan "berkaitan dengan" atau "berkait dengan" barulah betul. Contoh: 1. ......berkaitan dengan alam sekeliling 2. ......berkait dengan alam sekeliling Yang manakah betul dan kenapa? | Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, tuan perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud: i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya; ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
| Cikgu, saya keliru bahawa penggunaan "berkaitan dengan" dan "berkait dengan" yang manakah baru betul. Contoh: 1. berkaitan dengan alam sekeliling 2. berkait dengan alam sekeliling Yang manakah barulah betul dan kenapa? | Untuk melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut, saudara perlu melihat makna kedua-dua kata. Berkait bermaksud: i. mempunyai kait, bercangkuk hujungnya; ii. tersangkut (pada); dan iii. berkaitan (bersangkutan, berhubungan, berkenaan). Oleh itu, untuk situasi yang membawa maksud bersangkutan atau berhubungan kata berkait dan berkaitan boleh digunakan, manakala untuk situasi yang lain kata berkait sahaja yang digunakan. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
| Mohon pencerahan beda perkataan KUIS, KAIS, KAIT dan KAIH. Mohon juga contoh ayat untuk membedakannya. Terima kasih. | Kais atau mengais mempunyai tiga makna, iaitu: 1. mencakar dan menggaruk (tanah, pasir dan sebagainya) seperti ayam yang mencari makan 2. mencari (rezeki) dengan susah payah Kaih ialah ialah versi dialek (tidak baku) untuk kata baku kais. Kuis atau menguis mempunyai dua makna, iaitu: 1. menolak, menepis, atau menyepak sesuatu ke tepi atau ke tempat lain 2. mencakar atau menggaruk (sampah, tanah dan lain-lain) seperti ayam untuk mencari makanan Kait mempunyai empat makna, iaitu: 1. besi, kayu dan sebagainya yang bercangkuk di hujungnya dan dipasang pada buluh dan sebagainya untuk memetik buah-buahan dan sebagainya 2. sesuatu yang terselindung dan menyusahkan 3. berkaitan dengan kait 4. lihat makna mengait Mengait mempunyai empat makna, iaitu: 1. memetik sesuatu dengan kait 2. menarik atau mencangkuk sesuatu dengan sesuatu yang seperti kait 3. menjalinkan benang dengan jarum kait untuk membuat (renda, baju panas dan sebagainya) 4. mengambil (keuntungan dan lain-lain) dengan cara tidak halal Untuk maklumat lebih lanjut, silalah dapatkan Kamus Dewan Perdana (2020) di kedai-kedai buku DBP atau melalui portal DBPNiaga.my | Makna | 07.12.2025 |