suka cita, duka cita | Dieja bercantum sukacita, dukacita | Ejaan | 17.07.2008 |
Berapakah bilangan sebenar kata majmuk yang dieja bercantum dan apakah perkataan tersebut? | Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk dieja dua perkataan kecuali yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama dan beritahu. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
Mendapatkan senarai kata majmuk yang dieja terpisah (dua perkataan) dan bercantum (dua perkataan) yang terkini | Terdapat lima belas kata majmuk yang telah mantap, suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 11.11.2008 |
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan imbuhan "di".Adakah penggunaan imbuhan "di" perlu dieja bercantum seperti "dilabel" atau perlu dipisahkan "di label".Di sini, saya inginkan kepastian bagi penggunaan imbuhan "di" yang betol dan tepat. | Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat ditulis terpisah daripada kata nama frasa nama itu, contohnya; di sekolah, di dalam hutan, di antara negeri Johor dengan Singapura. Manakala "di" digunakan di hadapan kata kerja ditulis bersambung dengan kata kerja tersebut, contohnya: dibuat, diperhatikan, dimakan, dilabel. | Tatabahasa | 12.06.2010 |
Salam, yang manakah betul "pramerdeka" atau "pra merdeka"? | Yang betul ialah pramerdeka kerana perkataan "pra" merupakan imbuhan asing dan hendaklah ditulis bercantum. | Tatabahasa | 27.04.2012 |
Tolong jelaskan cara pengejaan klitik "kau". adakah semua klitik 'kau' dieja rapat dengan perkataan yang mengikutinya | Kata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima. | Lain-lain | 23.02.2010 |
Setemku atau Setem ku. | Saudara Fan, Kata ganti nama singkat 'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contohnya milikku dan kuharapkan. Oleh itu, yang betul ialah Setemku | Tatabahasa | 06.10.2012 |
Manakah frasa yang betul, 'antimerokok' atau 'anti merokok' ? Sekian, terima kasih. | Yang betul ialah antimerokok kerana anti ialah kata awalan asing dan perlu ditulis bercantum. | Tatabahasa | 31.07.2009 |
Selamat petang, Betulkah ejaan yang berpangkalkan 'kau' perlu dieja rapat dengan perkataan selepasnya? Contohnya: kauharungi, kauhadapi, kaumengutuk, kaumenerimanya, kauambil Terima kasih. | Kata ganti nama singkat 'kau' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Misalnya kauterima. | Tatabahasa | 21.03.2013 |
bagaimana untuk membezakan kata majmuk yang dieja bersambung dan berpisah | Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang dianggotai oleh pakar-pakar bahasa memutuskan sebanyak 15 perkataan dieja bercantum sebagai satu perkataan (kata majmuk yang telah mantap). Antaranya ialah antarabangsa, beritahu, bumiputera, sukarela, tandatangan. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 73. | Tatabahasa | 25.09.2008 |