Mana satu yang betul? 1. Soalan anda telah kami terima atau soalan anda kami telah terima ? 2. ibu bapa bercerai atau ibu bapa bercerai-berai ? 3. apa yang meragukan atau apa-apa yang meragukan ? 4. ramai orang atau banyak orang ? 5. majlis keramaian atau majlis kebanyakan ? 6. guru besar atau Guru Besar ? 7. Perdana Menteri atau Menteri Perdana ? 8. Menteri Besar atau Besar Menteri ? 9. Pak Cik Hasan atau pak cik Hassan ? 10. Mak Limah atau Emak Limah ? | 1. Soalan anda telah kami terima. 2. Ibu bapa bercerai. 3. Apa-apa yang meragui (orang), apa-apa yang meragukan (benda). 4. Kedua-duanya boleh digunakan. 5. Majlis keramaian 6. guru besar, Guru Besar Halim. 7. Perdana Menteri. 8. Menteri Besar. 9. Pak Cik Hasan. 10. Emak Limah (emak kepada Limah). Mak Limah (nama orang). | Tatabahasa | 06.12.2009 |
Apakah padanan bagi "weaning diet". Melalui semakan kami, perkataan "weaning" ialah "bercerai susu". Oleh itu, adakah "weaning diet" ialah "diet bercerai susu" dan apakah yang dimaksudkan. | Padanan yang sesuai bagi istilah weaning diet ialah makanan pelengkap iaitu makanan pepejal yang diperkenalkan kepada bayi berusia enam bulan yang masih menyusu untuk menambahkan nutrisi. Diet bercerai susu bermaksud bayi diperkenalkan makanan selain susu ibunya dengan pengambilan diet yang seimbang atau mengikut peraturan pemakanan yang ditetapkan. | Istilah | 18.07.2021 |
Saya ingin mendapatkan maklumat tentang panggilan rasmi bagi acara rasmi untuk wanita yang sudah bercerai hidup dan wanita yang sudah bercerai mati. | Kata sapaan yang betul ialah puan. | Istilah | 20.01.2010 |
Apakah gelaran hormat kepada seorang janda. Janda yang bercerai dengan suami, adakah boleh digelar CIK? Janda yang suaminya meninggal, adakah boleh digelar CIK atau PUAN? Terima Kasih. | Panggilan hormat ialah puan. | Tatabahasa | 07.07.2007 |
Apakah panggilan nama yang sesuai untuk ibu tunggal atau perempuan yang bercerai tetapi mempunyai anak? adakah cik atau puan ataupun ada panggilan khas? | Sapaan yang digunakan ialah puan. | Lain-lain | 17.11.2008 |
Saya ingin mengetahui perbezaan penggunaan cik dan puan. Sekiranya seorang wanita itu telah bercerai atau kematian suami, adakah panggilan bertukar menjadi cik atau masih kekal sebagai puan. | Panggilan yang rasmi ialah "puan" termasuklah bagi wanita yang belum berkahwin. Walau bagaimanapun di luar urusan rasmi kita boleh menyapa dengan gelaran yang disukai oleh penerimanya sama ada puan atau cik. | Lain-lain | 13.06.2011 |
Assalamualaikum & salam sejahtera. Mohon pihak tuan merujuk soalan saya di lampiran. Terima kasih | 1. Azura telah bercerai pada tahun 2019 dan dia telah berkahwin baharu pada tahun 2023. 2. Haikal telah berpindah ke rumah baharu pada bulan lepas. 3. Selamat Tahun Baharu Cina. Perkataan "baharu" dalam ketiga-tiga ayat di atas berfungsi sebagai kata adjektif. Walau bagaimanpun, ucapan "Selamat Tahun Baru Cina" telah banyak digunakan dan diterima sebagai variasi. | Tatabahasa | 27.01.2025 |
Selamat pagi. Apakah contoh ayat yang boleh membezakan makna antara perkataan 'perceraian' dengan 'penceraian'?.Terima kasih. | Perceraian bermaksud perpisahan atau perihal bercerai, contohnya perceraian pasangan tersebut berlaku kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Penceraian bermaksud perbuatan menceraikan, contohnya penceraian berlaku apabila suami menjatuhkan talak kepada isterinya dan bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis. Dalam konteks cerai (talak) agak sukar juga untuk membezakan penggunaan perkataan perceraian dan penceraian. Berdasarkan rujukan kami apabila membicarakan konteks makna cerai (talak) perkataan perceraian lebih banyak digunakan. Manakala perkataan penceraian banyak digunakan bagi menggantikan makna pemisahan daripada satu unsur dengan unsur yang lain seperti dalam ayat contoh ketiga. | Tatabahasa | 15.05.2013 |
Salam sejahtera, baik pelajar mahupun guru bahasa Melayu menggunakan tanda petik semasa mengungkapkan ungkapan / peribahasa, misalnya "Mereka juga harus memahami bahawa ‘bersatu teguh bercerai roboh’."; "Kita haruslah mengikis sikap ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing' untuk memastikan perpaduan rakyat terus berkekalan." dan lain-lain. Saya mengajukan kemusykilan ini kerana tudak dinyatakan dalam Gaya Dewan tentang penggunaan tanda petik untuk peribahasa. Lebih-lebih lagi, apabila perkara ini dipanjangkan kepada para pemeriksa, pelbagai jawapan yang diberikan; tiada satu jawapan yang mantap. Jawapan yang biasa diterima ialah bergantung pada budi bicara pemeriksa. Dengan ini, diharapkan pihak tuan/puan dapat memberikan penjelasan yang dapat digunakan sebagai tunjuk ajar ketika mendidik anak-anak watan kita. Sekian. Salam hormat kay Seven | Untuk makluman tuan, kami di DBP berpegang hanya pada buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan. Jika berlainan daripada apa yang ditulis, hal berkenaan di luar bidang kuasa kami. Untuk lebih jelas, mohon rujuk halaman 64. | Tatabahasa | 22.12.2016 |
Apakah beza antara 'perceraian' dengan penceraian? | perceraian1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraianperihal (perbuatan) menceraikan. Diharap maklumat di atas dapat membezakan kedua-dua makna kata terbitan tersebut. | Tatabahasa | 12.04.2008 |