Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ci.ci.ran] | برچيچيرن

Definisi : tertumpah atau jatuh sedikit-sedi­kit dan bertaburan; yg dikejar tak dapat, yg dikandung (dikendong) ~ prb apa yg dicari itu tidak diperoleh, barang yg ada pula hilang atau habis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ci.ci.ran] | برچيچيرن

Definisi : tertumpah sedikit-sedikit dan bertaburan: Yg dikejar tak dpt, yg dikendong ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berciciran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan "tercicirkan" wujud dalam bahasa Melayu? Terima kasih.

Perkataan “tercicirkan” tiada dalam kosa kata bahasa Melayu. Kata terbitan yang wujud daripada perkataan dasar “cicir” ialah tercicir, berciciran, mencicirkan, dicicirkan, cicirkan dan keciciran.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 434 dan laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu, https://prpm.dbp.gov.my/.

Tatabahasa10.07.2025
Mengapa buku cerita peribahasa kurang diterbitkan untuk pembacaan kanak-kanak? Jika ada pun, tajuk peribahasa yang digunakan berulang-ulang, sedangkan peribahasa Melayu begitu banyak dan meluas?

Dewan Bahasa dan Pustaka tidak pernah meminggirkan penggunaan peribahasa dalam penerbitan buku kanak-kanak. Selain peribahasa sebagai tajuk, penggunaan peribahasa digunakan dalam kandungan cerita buku kanak-kanak. Hal ini bagi memudahkan pembaca memahami maksud peribahasa yang digunakan.

 

Antara buku kanak-kanak yang menggunakan peribahasa sebagai tajuk ialah:

  1. Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran
  2. Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi
  3. Alah Bisa Tegal Biasa
  4. Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya

 

Antara buku kanak-kanak yang mengandungi peribahasa dalam kandungannya ialah:

  1. Kisah Buah-buahan
  2. Mengusung Rumah Lama
Karya23.10.2024

Kembali ke atas