salam, ketika bila penggunaan 'commercial' diterjemahkan kepada dagangan atau perdagangan dalam istilah ekonomi dan perdagangan? t.kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perdagangan bermaksud perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yang tinggi ke atas barang-barang yang diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha untuk memajukan ~ antara negara-negara yang sedang maju; Dagangan pula bermaksud barang-barang yang diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri daripada kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang. Kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat dan lazimnya perdagangan digunakan bagi terjemahan commercial. Puan boleh merujuk data melalui http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=commercial . | Penyemakan dan penterjemahan | 15.06.2016 |
Apakah perbezaan penggunaan perkataan di antara "perdagangan" dengan "pemerdagangan"? | Perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan. | Makna | 10.04.2014 |
Saya ingin bertanya berkaitan perkataan PEMERDAGANGAN yang banyak digunakan sekarang. Adakah betul dari segi tatabahasa? Begitu juga tentang perkataan KETEPEROLEHAN? Setelah disemak didalam kamus Dewan, saya tidak menjumpai perkataan ini. Sila maklumkan segera. Terima kasih. | Pemerdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu bagi padanan bahasa Inggeris 'Commerlization'. Perdagangan ialah perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara). | Lain-lain | 03.03.2010 |
salam tuan, kenapa dalam iklan tv selalu guna perkataan "pemerdagangan orang bukan perdagangan.Apakah beza antara kedua-dua perkataan tersebut .Mohon penjelasan. | Pemerdagangan ialah terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan Commercialization. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan Trade yang bermaksud perihal berdagang, urusan berniaga, atau perniagaan. Walau bagaimanapun frasa pemerdagangan manusia atau perdagangan manusia, kedua-duanya adalah betul. | Tatabahasa | 07.11.2010 |
Apa beza di antara perkataan "perdagangan" dengan "pemerdagangan"? | Perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan. | Tatabahasa | 24.12.2013 |
Penjelasan tuan tentang "perdagangan" dan "pemerdaganan" bermaksud tidak ada bezanya penggunaan kedua-dua perkataan tersebut? Ia hanya kata terbitan yang redundant(tambahan ulangan)? Adakah ini bermakna perdagangan manusia atau pemerdagangan manusia sama sahaja maksudnya? | Pemerdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu bagi padanan bahasa Inggeris commercialization yang bermaksud perihal memperdagangkan atau menjadikan sesuatu barang, manusia dan lain-lain untuk dijual beli. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan bahasa Inggeris 'trade' yang bermaksud perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara). Walau bagaimanapun frasa pemerdagangan manusia atau perdagangan manusia, kedua-duanya adalah betul. | Lain-lain | 10.04.2014 |
Selamat pagi, saya ingin mohon bantuan tentang istilah dan penggunaan kedua-dua kata ganti nama ini dengan jelas. 1) hamba 2) tuan hamba Kalau boleh, saya ingin mendapat beberapa ayat contoh supaya mendapat gambaran yang lagi jelas. Sekian, terima kasih. | Hamba bermaksud saya, iaitu kata ganti diri pertama, manakala tuan hamba ialah kata sastera lama yang bermaksud tuan, iaitu kata ganti nama diri kedua. Contohnya: Hamba mendapat khabar tuan hamba ingin berdagang ke Riau. | Tatabahasa | 17.08.2011 |
Salam. Terma "Pemerdagangan Manusia" sedikit mengelirukan saya. Apa beza perdagangan dan pemerdagangan? Saya juga ada masalah dari segi letakan imbuhan pemer itu sendiri. Kerana belum pernah saya lihat penggunaan imbuhan pemer ini. Minta rujukan dan penerangan pihak tuan/puan. Terima kasih. | Perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya perbezaan antara PERDAGANGAN dengan PEMERDAGANGAN. Saya telah merujuk Kamus Dewan untuk mencari maksud PEMERDAGANGAN tetapi tidak ada. Soalan kedua ialah maksud peribahasa "Seperti balak hanyut" dan "Seperti balak terendam". Peribahasa ini juga tidak terkandung dalam KD. Terima kasih. | Saudara, Kedua-dua istilah ini boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan. Pemerdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu bagi padanan bahasa Inggeris 'Commerlization'. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan bahasa Inggeris 'trade' yang bermaksud perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara). Untuk menjawab soalan kedua diharap dapat memberikan contoh penggunaan 'peribahasa' ini. | Makna | 15.06.2010 |
Assalamualaikum. Soalan saya ialah perkataan 'pemerdagangan' yang sekarang ini digunakan untuk memperkatakan isu pemerdagangan orang, adakah betul dari segi penggunaan imbuhan apitan 'peN-...-an'? Apakah kata dasar bagi kata terbitan tersebut? Adakah proses pengimbuhan ini melibatkan peraturan p,t,k,s? Misalnya jika imbuhan 'pen-' berjumpa dengan perkataan yang bermula dengan hurup 'p' misalnya 'pukul' jadi 'pemukul' . . .. Saya harap dapat penjelasan bagaimana boleh terbentuknya kata terbitan 'pemerdagangan' tersebut. Sekian. | Kita lihat kaedah pembentukan kata yang betul, iaitu perkataan perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan. | Tatabahasa | 05.03.2012 |