Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.da.sar.kan] | برداسرکن

Definisi : berasaskan, bersandarkan, ber­landaskan: tulisan saya itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti yg nyata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.da.sar.kan] | برداسرکن

Definisi : berdasar pd; berasaskan: Laporan itu ~ kejadian-kejadian yg betul-betul berlaku (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdasarkan

Peribahasa

Mengenakan baju di badan maka sesuai.

Bermaksud :

Menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengukur baju di badan sendiri).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya satu soalan, bolehkah pada permulaan perenggan ditulis...'Berdasarkan novel yang... perkataan berdasarkan sebagai permulaan perkataannya. terima kasihPerkataan berdasarkan boleh digunakan pada pangkal ayat bergantung pada ayat yang digunakan. Contohnya "Berdasarkan data yang kami peroleh ...".Tatabahasa30.10.2012
Antara berikut ayat manakah betul? 1. Tulis jawapan berdasarkan petikan 2. Tuliskan jawapan berdasarkan petikan 1. Tulis ayat yang betul berdasarkan gambar. 2. Tuliskan ayat yang betul berdasarkan gambar. Sekiranya ayat tersebut betul atau salah, bolehkah saya tahu mengapa.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat yang dinyatakan betul dari segi tatabahasanya ialah ayat "Tuliskan jawapan berdasarkan petikan" dan " Tuliskan ayat yang betul berdasarkan gambar". 
 Ayat yang dinyatakan merupakan ayat arahan. Arahan lazimnya mengandungi kata kerja dengan imbuhan kan seperti tuliskan.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa06.04.2018
Berdasarkan Tatabahasa Dewan bahagian 9.2.3.9 Kata Adverba, contoh ayat 417. Anak bongsu Pak Busu sudah besar panjang. Mengapakah frasa 'besar panjang' tidak dikategorikan sebagai frasa adjektif binaan dua perkataan, sebaliknya hanya 'besar' dikatakan kata inti dan 'panjang' dikatakan sebagai kata adverba?

Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Kata adverba dapat digolongkan kepada empat bentuk iaitu i) Kata adverba jati, ii) Kata adverba yang asalnya kata adjektif iii) Kata adverba yang asalnya kata kerja dan iv) Kata adverba bentuk gandaan. Menjawab persoalan saudara, iaitu mengapa perlunya kata adverba dalam bahasa Melayu, dalam hal ini, mungkin timbul keperluan untuk membezakan Kata Adverba dan Kata Adjektif yang lebih menerangkan tentang sifat dan kata adverba menerangkan lebih kepada keadaan.

Tatabahasa18.06.2020
Berdasarkan Tatabahasa Dewan, partikel -lah yang digunakan sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu megalami proses pendepanan. Oleh itu, adakah penggunaan partikel -lah dalam ayat di bawah betu, walaupun predikat tersebut tidak didepankanl? Kita hendaklah menyahut seruan pihak kerajaan untuk memakai topeng muka.Ayat ini betul, partikel -lah digunakan sebagai pelembut dalam ayat perintah. Dalam susunan biasa partikel -lah dalam predikat ayat seperti pakailah topeng muka.Tatabahasa19.04.2020
Berdasarkan ayat ini: 'Aku lihatnya seperti berumur lewat belasan, tetapi bertanggungjawab setara mereka yang digelar dewasa.' Apakah linkungan umur bagi frasa 'lewat belasan'?Tiada maklumat dan pengkategorian yang jelas tentang kumpulan usia lewat belasan tahun dalam sumber rujukan kami. Dari aspek bahasa lewat belasan boleh dianggarkan menghampiri dua puluhan seperti 18 atau 19, walau bagaimanapun ia bukanlah suatu angka yang rasmi.Tatabahasa10.10.2018
Berdasarkan ayat-ayat yang berikut, adakah penggunaan "akan/tentang/terhadap di bawah betul? 1. Jangan awak salah faham tentang/akan dia. 2. Saya ambil berat terhadap/akan awak. Terima kasih.Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud terhadap ialah tentang; me­ngenai; berkenaan, maka contoh ayat yang diberikan adalah betul penggunaan akan/tentang/terhadap.Tatabahasa07.07.2018
Berdasarkan soalan yang diajukan pada 22/02 dan jawapan yang diberi pada 26/02, saya percaya terdapat salah faham kerana saya maksudkan perkataan 'nepotism' (ejaan Inggeris), bukan 'nepotisme' seperti dalam jawapan saudara/i berikan. Sila rujuk link: http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=nepotism dan mungkin juga gambar yang saya lampirkan bersama dalam pertanyaan lepas. Terima kasih.Perkataan nepotism dalam naskhah bercetak Kamus Inggeris Melayu Dewan bermaksud pilih keluarga, nepotisme manakala perkataan Neptune ialah Neptun.  Terdapat kesilapan pemasukan data dari naskhah bercetak ke  http://prpm.dbp.gov.my.Makna27.02.2018
Berdasarkan penerangan daripada Tuan tiga hari yg lalu, tetapi saya masih tidak faham. Maaf ya... 1. Adakah separuh sama dengan setengah? Apakah jwp yg paling tepat utk soalan 2 dan soalan 4 ? 2. Hampir ________ daripada murid-murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis tulisan khat. A. separuh C. sebilangan B. setengah D. sesetengah 3. Adakah bahkan = malah = malahan ? 4. Beliau bukan sahaja pemurah ________ prihatin terhadap rakyat miskin. A.malah B. walaupun C. bahkan Terima kasih

1.    Perkataan separuh dan setengah membawa maksud yang sama. Namun begitu, perkataan tersebut tidak sesuai untuk dirujuk kepada manusia.

2.    Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut:

i.     Sebilangan murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis khat.

ii.    Hampir setengah daripada bilangan murid di dalam kelas itu tidak tahu menulis khat.

3.   Bahkan, malah dan malahan membawa maksud yang sama.

4. Beliau bukan sahaja pemurah malah/malahan/bahkan prihatin terhadap rakyat miskin.

Sekian. Terima kasih.
Tatabahasa07.06.2017
Berdasarkan soalan yang saya kemukakan semalam, pihak tuan tidak menjawab soalan saya. Saya bertanya tentang suku kata tetapi pihak tuan menjawab tentang ejaan. Saya mahu tahu perkataan Kaabah terdiri daripada berapa suku kata? Dua suku kata atau tiga suku kata. Bagaimanakah mahu mengenal pasti pembahagian suku kata ini bagi perkataan yang mempunyai vokal berganding. Harap pihak tuan dapat menjawab soalan saya ini. Terima kasih.Perkataan Kaabah mempunyai dua suku kata. Vokal berganding berlaku apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Lain-lain18.12.2015
Berdasarkan gambar yang disertakan, apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan 1? 1. Pejabat pos itu terletak di ___ jalan itu. A. seberang B. pinggir C.hujung D. hadapan Apakah jawapan paling tepat bagi soalan yang kedua ? Mengapakah jawapan tersebut dipilih? 2. "Jika begitu, biarlah ___ membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. A. patik B. aku C. saya D. hamba Sekian, terima kasih.1. Pejabat pos itu terletak di pinggir jalan itu. Lihat visual, bangunan itu terletak di pinggir jalan. 
2. "Jika begitu, biarlah hamba membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. 
Tatabahasa24.04.2015
12345678910...

Kembali ke atas