1) Apakah jawapan yang sesuai bagi mengisi tempat kosong di bawah? Jantungnya _____________kencang semasa keputusan peperiksaan diumumkan. "Berdenyut" atau "berdegup" atau kedua-dua jawapan boleh digunakan? | Kamus Pelajar Edisi Kedua, BERDEGUP - bergerak turun naik atau kembang kempis; berdenyut Kamus Dewan Edisi Keempat-BERDENYUT--bergerak turun naik atau kembang kempis spt gerakan nadi, ubun-ubun, jantung, dll): Kedua-duanya boleh digunakan bagi jantung. | Tatabahasa | 07.08.2012 |
Dadanya semakin berdebar kuat apabila terlihat seekor anjing mengekorinya dari belakang. Penggunaan kata"kuat" betul dan sesuai dalam ayat ini? | Ayat yang lebih gramatis ialah "Jantungnya semakin berdegup dengan kencang apabila terlihat seekor anjing mengekorinya". | Tatabahasa | 09.07.2013 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata "cannulate, cannulated, decannulation" dalam bidang perubatan. Kata-kata ini tidak wujud dalam PRPM. Hanya perkataan "cannula" ada digunakan, merujuk kepada kanula. contoh penggunaan kata dalam ayat: "I've almost got him cannulated" (situasi: dalam pembedahan jantung dan jantung pesakit berdegup terlalu laju, kanula ada digunakan) terjemahan: proses kanula hampir selesai (saya tak faham penggunaan cannulated di sini, terjemahan hanyalah berdasarkan situasi semata-mata) "you've done decannulation of the heart today" (situasi: melibatkan pembedahan jantung pesakit) terjemahan: awak buat pembedahan dekanulasi jantung hari ini. (sekali lagi, terjemahan hanyalah berdasarkan situasi) makna kata daripada theFreeDictionary.com cannulate, cannulated, cannulating "To insert a cannula into (a bodily cavity, duct, or vessel), as for the drainage of fluid or the administration of medication" decannulation "extubation of a cannula" Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Saya juga ingin memohon bantuan DBP untuk mencadangkan sebarang kamus perubatan dalam Bahasa Melayu untuk rujukan. Terima kasih. | Salam sejahtera, 1. Cadangan padanan kami ialah: a. cannulate - mengkanulatkan b. cannulated - dikanulat atau terkanulat c. decannulation - pendekanulatan 2. Pihak puan boleh melayari dbpniaga.my untuk melihat buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam bidang sains dan perubatan. Sekian, terima kasih. | Istilah | 02.06.2020 |