Apakah maksud wheeze? Jika wheezing adakah berdehit? Kalau wheeze? | Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'wheeze' ialah bunyi (nafas yang) berdehit, manakala 'wheezing' mengikut bidang kejururawatan ialah berdehit yang bermaksud bunyi seperti wisel yang boleh didengar | Makna | 06.10.2021 |
Apakah istilah terbaik dan diterima pakai dan terkini untuk perkataan Inggeris "wheezing". Saya dapati Kementerian Kesihatan menggunakan berdehit(carian Google menunjukkan bahawa istilah ini paling banyak digunakan), Oxford/Fajar dan Kamus Dewan ed4 pula menggunakan berdesit. Ada pula menggunakan berdecit. Terima kasih | Padanan bagi "wheezing" ialah bunyi nafas yang berdehit. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, berdecit ialah bunyi seperti bunyi anak ayam (anak burung, tikus, dll.), manakala berdesit pula ialah berbunyi spt bunyi orang menghisap dari celah gigi. | Istilah | 11.02.2009 |