Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.de.kah.de.kah] | بردکه-دکه

Definisi : ketawa (tertawa) dgn suara yg tinggi atau nyaring (kerana terlalu geli hati), terkekeh-kekeh: kadang-ka­dang cerita itu begitu lucu sehingga kami ketawa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.kah.de.kah] | بردکه-دکه

Definisi : tertawa dgn suara yg kuat; tertawa terkekek-kekek: tertawa ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdekah-dekah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
HALO,ASKUM, SY NK TANYA TENTANG MAKSUD AYAT GRAMATIS DLM CERPEN YG SESUAI DENGAN ZAMAN KINI,IAITU=TERKEKEH,SECARA BERKALA,BUNGKAM,DAN SAYA NAK TAHU PERBEZAAN AYAT GRAMATIS DAN DRAMATIS?

Waalaikumusslam wbk. 

Gramatis dalam cerpen bermaksud ayat yang dibina adalah berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Dalam hal ini ayat yang dibina adalah lebih menarik dibaca atau berseni. Maksud ayat:

i.     Terkekeh bermaksud ketawa berdekah-dekah, tergelak-gelak, terbahak-bahak. Binaan ayat dengan kata sifat   ini dibenarkan dalam cerpen kerana ia jelas dan menarik. 

ii.     Berkala (keluar, terbit, dsb) bermaksud berulang-ulang pada waktu yang tetap (mengikut jangka waktu yang tertentu).

iii.    Bungkam bermaksud tidak bersuara (bercakap dll), diam.

Perbezaan ayat dramatis ialah ayat yang dibina oleh penulis drama mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa dan sifatnya lebih jelas, berseni dan menarik.

Lain-lain20.03.2008

Kembali ke atas