Apa maksud menderma dan berderma | Puan Hindun, Kedua-dua perkataan ini membawa makna yang sama iaitu, memberikan derma atau memberikan sesuatu dengan ikhlas. Contoh penggunaan: Dia telah berderma sebanyak seratus ringgit; Dia telah mendermakan kain baju kepada mangsa banjir. | Makna | 20.12.2010 |
berderma atau menderma? yang mana paling sesuai digunakan? Apakah perbezaan dalam penggunaan imbuhan itu? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kedua-dua istilah ini boleh digunakan yang bermaksud memberi derma. Contoh ayat:Wan Intan telah berderma/menderma tenaganya merawat orang-orang sakit. Untuk maklumat lanjut tentang penggunaan awalan beR- dan meN- , saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 151-170. Terima kasih. | Istilah | 31.01.2009 |
Saya ingin mencari makna yang tepat 3 perkataan berikut... 1. Ilmu 2. Iman 3. Amal | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, ilmu bermaksud 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; Manakala iman bermaksud Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; dan amal bermaksud 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; | Makna | 18.10.2010 |