Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.de.sir] | بردسير

Definisi : , mendesir berbunyi spt bunyi daun kayu ditiup angin (wap keluar dr cerek dll): daun buluh ~ ditiup angin petang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.sir] | بردسير

Definisi : berbunyi spt bunyi daun pokok ditiup angin dll: Daun pokok-pokok itu ~ ditiup angin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berdesir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Ada kedai Makan.. untuk Papan Tanda Dewan Bahasa Tidak luluskan Perkataan Sizzling Hot Pate.. Dewan Bahasa Minta tukar Kepada Masakan Panas Berdesir.. ADAKAH Ada Nama lain yg boleh di gunakan untuk Sizzling Hot Plate Yee Mee.. lagi Berkenaan Nasi Clay Pot diminta gunakan Nasi Belanga..

“Masakan panas berdesir” ialah terjemahan yang betul bagi “sizzling hot plate” dan “nasi belanga” ialah terjemahan yang betul bagi “nasi clay pot”.  “Sizzling hot plate yee mee” pula diterjemahkan sebagai “masakan yee mee panas berdesir”.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my.

Makna06.06.2025
Apakah terjemahan dalam BM bagi perkataan : 1. claypot. 2. sizzling. Kedua-dua perkataan ini sering digunakan dalam menu makanan. Contohnya, mi sizzling atau nasi ayam claypot.Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk "calypot" dan "sizzling" untuk contoh yang diberikan ialah:

Hidangan Mi Berdesir

Nasi Ayam Belanga
Makna09.11.2020

Kembali ke atas