1. Berdiri tegak semasa menyanyi lagu 2. Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Yang mana betul? | Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku. | Tatabahasa | 17.10.2015 |
contoh ayat :Pada hari sukan , tiga pemenang berdiri di atas ( ? ) . tempat yang mereka berdiri panggil apa ? pemenang pertama berdiri di tengah, yang paling tinggi itu. Terima kasih.. | Tidak ada istilah khusus yang merujuk tempat untuk acara penyampaian hadiah tersebut. Cadangan kami: pentas. | Istilah | 18.06.2010 |
Cikgu meminta murid-murid berdiri tegak semasa beratur. Cikgu meminta murid-murid supaya berdiri tegak semasa beratur. Ayat yang mana satu baru betul? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Cikgu meminta murid-murid berdiri tegak semasa beratur. | Tatabahasa | 01.10.2021 |
Yang manakah adalah betul ? 1. Lukman berdiri sambil meneguk minuman yang disediakan di tepi meja. 2. Lukman berdiri sambil meneguk minuman yang berperisa epal di meja. | Yang betul ialah Lukman berdiri sambil meneguk minuman yang disediakan di tepi meja. | Tatabahasa | 02.03.2019 |
dia berdiri teguh di belakang pemimpin itu. munsyi, adakah teguh betul? TK | teguh- tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dll): jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakutkan ribut; kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup; 2. ki kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dll), rapat: demikian sekali ~nya tali persaudaraan yg telah diikat antara orang Muhajirin dgn orang Ansar itu; 3. ki tidak merosot (ekonomi dll), kuat: keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dr segi kewangan mahupun barang-barang; 4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dll), tetap: beliau mempunyai keazaman yg ~ dan kesanggupan yg kukuh utk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup; ~ hati = hati ~ kuat hatinya; ~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya; yg ~ disokong, yg rendah ditindih prb ketidak-adilan; berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh); ~ hati menguatkan hati, dgn teguh hati;berteguh-teguh, berteguh-teguhan; ~ janji saling menyatakan setia kpd janji; berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pd janji dll). Teguh lebih sesuai untuk prinsip, pegangan, peraturan. | Tatabahasa | 01.09.2012 |
Semua murid berdiri tegak apabila lagu kebangsaan dinyanyikan. Jawaban yang diberi oleh buku untuk antonim bagi perkataan 'tegak' ialah 'senget' dan bukan 'condong'. Bolehkah berikan penerangan untuk soalan ini? | Menurut Kamus Dewan, condong, miring, sendeng dan senget membawa maksud yang sama. Sehubungan dengan itu, senget boleh digunakan sebagai antonim bagi perkataan tegak. | Tatabahasa | 15.11.2015 |
Ayat songsangan yang manakah betul? 1. a. Berdiri semua murid apabila lagu Negaraku dinyanyikan. b. Apabila lagu Negaraku dinyanyikan, semua murid berdiri. 2. a. Haruslah berhati-hati pengguna ketika memuat naik gambar ke laman sosial b. Ketika memuat naik gambar ke laman sosial, pengguna harulah berhati-hati. | Jawapan yang betul ialah 1. Berdiri semua murid apabila lagu Negaraku dinyanyikan. 2. Haruslah berhati-hati pengguna ketika memuat naik gambar ke laman sosial. | Tatabahasa | 31.10.2017 |
Selamat sejahtera, 1.Encik Lee mengalungkan pingat kepada Kim Wei yang berdiri di.atas rostrum pemenang..(kata sendi nama 'kepada' digunakan) 2.Encik Lee mengalungkan Kim Wei yang berdiri di atas rostrum pemenang pingat.(ayat ini boleh diterima) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Encik Lee mengalungkan pingat kepada Kim Wei yang berdiri di atas rostrum pemenang." | Lain-lain | 31.05.2022 |
Pada hari sukan , pemenang-pemenang berdiri di atas " podium " untuk menerima pingat. Tempat yang untuk pemenang pertama, kedua dan ketiga berdiri ialah panggil podium atau perkataan yang lain ? terima kasih.. | Podium ialah pentas tempat berucap; atau disebut juga mimbar (di dalam masjid). | Makna | 15.06.2010 |
Atlet berdiri di atas podium untuk menerima pingat daripada guru besar. Perkataan"podium"betulkah penggunaannya? Terima kasih atas jawapan. | Perkataan "podium" boleh digunakan. Podium bermaksud pentas kecil tempat seseorang berdiri untuk berceramah, meminpin orkestra, dsb. | Istilah | 18.05.2015 |