Assalamualaikum, saya nak minta pendapat tentang penggunaan bahasa rojak, slang, ayat-ayat yg telah dicampur bahasa melayu dengan bahasa english atau accent (seperti: lah, cincai, jom, 4eva, boss, tapau, femes, syok giler, cun, beb, relaks). apa pendapat DBP tentang perkara ini? apa langkah-langkah DBP telah lakukan untuk perkara seperti ini? Harap dapat menjawab soalan saya kerana saya akan membentangkan perkara ini di tempat kerja saya esok. terima kasih. | Dalam arus globalisasi sekarang ini, BM mudah terancam dan dikhuatiri akan pupus sama sekali seandainya beberapa langkah proaktif tidak diambil terhadap bahasa itu mulai sekarang. Penggunaan bahasa rojak memang tidak dapat dikawal memandangkan status sosial masyarakat yang berlainan pendidikan, budaya, agama dan tahap pemikiran berinteraksi antara satu dengan yg lain dalam suatu komuniti yg berbeza etnik dan ras kaum. Untuk mengatasi hal ini, DBP telah pun melakukan pelbagai usaha untuk mengangkat dan memperkasakan BM agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa lain di negara ini. Bahasa rojak merupakan satu variasi atau ragam bahasa basahan yang hanya sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi sahaja. Jika bahasa ini digunakan dalam konteks rasmi, maka akan timbul masalah pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkiatan dengan isu kesantunan bahasa. Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan. DBP sememangnya memantu penggunaan bahasa khususnya dalam media elektronik. Terdapat rancangan televisyen yang cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak terutamanya rancangan berbentuk hiburan dan santai. Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi citra kebangsaan. | Tatabahasa | 20.01.2017 |
Apa pendapat DBP mengenai penggunaan Bahasa Melayu dikalangan masyarakat? Benarkah ia semakin terpinggir? Merujuk kepada penggunaan Bahasa Inggeris yang semakin meluas dan lebih teruk lagi ialah penggunaan Bahasa Rojak... Salah siapa? | Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat masih lagi baik dan terkawal. Maksud terkawal di sini ialah DBP telah membuat pemantauan terutamanya penggunaan BM dalam media siaran sama ada cetak, elektronik dan iklan. BM tidak terpinggir tanpa sebab. BM akan terpinggir sekiranya penutur asal bahasa itu tidak mempertahankannya. Dalam arus globalisasi sekarang ini, BM mudah terancam dan dikhuatiri akan pupus sama sekali seandainya beberapa langkah proaktif tidak diambil terhadap bahasa itu mulai sekarang. Penggunaan bahasa rojak memang tidak dapat dikawal memandangkan status sosial masyarakat yang berlainan pendidikan, budaya, agama dan tahap pemikiran berinteraksi antara satu dengan yg lain dalam suatu komuniti yg berbeza etnik dan ras kaum. Untuk mengatasi hal ini, DBP telah pun melakukan pelbagai usaha untuk mengangkat dan memperkasakan BM agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa lain di negara ini. T.kasih. | Lain-lain | 08.09.2008 |
Assalamualaikum, saya nak minta pendapat tentang penggunaan bahasa rojak, slang, ayat-ayat yg telah dicampur bahasa melayu dengan bahasa english atau accent (seperti: lah, cincai, jom, 4eva, boss, tapau, femes, syok giler, cun, beb, relaks) yang digunakan dalam produk-produk yang di hasilkan dalam Malaysia. perkataan-perkataan seperti yg di jelaskan tadi digunakan di dalam produk coklat, gula-gula, biskut dan sebagainya. apa pendapat DBP tentang perkara ini? apa langkah-langkah DBP telah lakukan untuk perkara seperti ini? Harap dapat menjawab soalan saya kerana saya akan membentangkan perkara ini di tempat kerja saya esok. *sila abaikan soalan pertama saya kerana saya tertekan hantar sebelum saya dapat menghabiskan soalan saya tadi. terima kasih. | Dalam arus globalisasi sekarang ini, BM mudah terancam dan dikhuatiri akan pupus sama sekali seandainya beberapa langkah proaktif tidak diambil terhadap bahasa itu mulai sekarang. Penggunaan bahasa rojak memang tidak dapat dikawal memandangkan status sosial masyarakat yang berlainan pendidikan, budaya, agama dan tahap pemikiran berinteraksi antara satu dengan yg lain dalam suatu komuniti yg berbeza etnik dan ras kaum. Untuk mengatasi hal ini, DBP telah pun melakukan pelbagai usaha untuk mengangkat dan memperkasakan BM agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa lain di negara ini. Bahasa rojak merupakan satu variasi atau ragam bahasa basahan yang hanya sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi sahaja. Jika bahasa ini digunakan dalam konteks rasmi, maka akan timbul masalah pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkiatan dengan isu kesantunan bahasa. Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh DBP dalam memperkasakan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. Antaranya termasuklah, program Audit Bahasa, Penarafan Bintang PBT dan bank tempatan, pengesahan iklan melalui DBP, pemantauan bahasa kebangsaan dalam media cetak dan elektronik. . Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi citra kebangsaan.
| Lain-lain | 20.01.2017 |
assalamualaikum... soalan, apakah yang membezakan perkataan hingga dengan sehingga, peninju dengan petinju, jawapan dengan jawaban, sejak dengan semenjak. boleh jelaskan dengan memberi contoh ayat. terima kasih | Waalaikumsalam, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju ialah 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; manakala petinju ialah orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelanggang. Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan. Sejak dan semenjak sama sahaja maknanya. Kata sejak menerima sisipan em menjadi semenjak. | Makna | 12.03.2013 |
Assalamualaikum, Saya ada sedikit kekeliruan untuk menentukan jenis ayat majmuk sama ada ayat majmuk pancangan atau ayat majmuk campuran bagi ayat-ayat di bawah: 1. Pada peringkat ini, para pelajar akan mengikuti pengajian untuk memperoleh sijil atau diploma dalam bidang yang berkaitan. 2. Keputusan yang cemerlang sebenarnya merupakan tiket untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. 3.Dengan cara ini, para bakal siswa atau siswi akan dapat memilih bidang pengajian yang ingin diikuti dengan tepat serta bersesuaian dengan kerjaya yang bakal dibina pada masa hadapan. 4. Buatlah pilihan dengan bijak untuk masa depan dan kerjaya anda | Dalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, iaitu masing-masing dapat berdiri sendiri tetapi digabungkan dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi dan sebagainya. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan. Ayat contoh yang diberikan ialah ayat biasa yang mempunyai sederetan frasa nama yang menjadi subjek/predikat atau sederatan frasa kerja yang menjadi predikat. Untuk melihat contoh ayat majmuk yang baik, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 498 hingga 519. | Tatabahasa | 07.04.2013 |
Definasi tatabahasa? Definasi ayat? Apakah binaan ayat? Apakah ayat majmuk? Ertinya -gabungan? pancangan? keterangan? | 1. Definasi tatabahasa - Tatabahasa merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa, iaitu cara sesuatu bahasa itu digunakan sama ada dalam bentuk tulisan ataupun lisan. 2. Definasi ayat? - Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 432. 3. Apakah binaan ayat tunggal? - Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan, dan predikat ialah ayat yang menerangkan subjek. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 463. 4. Apakah ayat majmuk? - Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 497. 5. Ayat majmuk gabungan? - Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 498. 6. Ayat majmuk pancangan? - Ada ayat majmuk terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama. Dalam ayat majmuk gabungan terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat sama taraf, yakni masing-masing dapat berdiri sendiri. Sebaliknya, dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk.Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 504. 7. Ayat majmuk keterangan? - Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514. | Tatabahasa | 28.05.2008 |