Di akhir berdoa kita membaca perkataan " Wassah bihi Wassalam" ada yang baca " wassah bihi WASSALIM" yang mana belum Wassalam atau Wassalim. | Kedua-duanya betul. | Lain-lain | 20.07.2010 |
Assalamualaikum dan selamat tengah hari, Mohon pencerahan pihak tuan/puan tentang pencerakinan suku kata. Contoh perkataan seperti berikut: 1) beliau > be/li/au atau be/liau 2) berdoa > ber/do/a atau ber/doa 3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan atau me/nga/nu/ge/rah/kan 4) kaum > ka/um atau kaum 5) perempuan > pe/rem/puan atau pe/rem/pu/an 6) Bolehkan diterangkan secara terperinci pencerakinan suku kata jika terdapat huruf diftong. Contoh perkataan "haiwan" dan "tauladan" Terima kasih. | 1) beliau > be/li/au 2) berdoa > ber/do/a 3) menganugerahkan > meng/a/nu/ge/rah/kan 4) kaum > ka/um 5) perempuan > pe/rem/puan 6) Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai,au dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Satu lagi bentuk yang hampir sama ialah vokal berganding, tetapi vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi contohnya kuih, buih, air dan laut. haiwan > h/ai/wan tauladan > t/au/la/dan | Tatabahasa | 22.10.2019 |
bolehkah saya nak tanya soalan ? ”mencadangkan agar“ atau bercadang agar” atau kedua-duanya pun betul ? mendoakan agar atau berdoa agar? | Pnggunaan agar dalam kedua-dua frasa tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 03.12.2013 |
Rangkai kata ini tidak terdapat dalam PRPM Apakah maksud "mengirimkan doa"? Adakah ia bermaksud mengirimkan doa kepada tuhan ataupun seseorang berdoa untuk kebaikan seseorang yang lain? | Kirim lazimnya digunakan dalam konteks sesuatu yang boleh dilihat secara fizikal seperti surat. Dalam konteks agama Islam, kita meminta alim ulama atau wali mendoakan kesihatan kita atau orang lain, dan kita tidak menggunakan istilah mengirimkan doa. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
A) Antara 2 ayat berikut, yang manakah lebih tepat 1) Kami akan kemaskan bilik ini semula selepas digunakan. 2) Akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan. Mengapa? B) Adakah terdapat kesalahan dalam ayat-ayat ini? 1) Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucurkan kita dengan rahmat-Nya. 2) Sejak dari semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan. | Ayat yang betul ialah ' akan kami kemaskan bilik ini selepas digunakan'. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif di-. Ayat kedua: Bersama-samalah kita berdoa semoga Tuhan mencucuri kita dengan rahmat-Nya. Ayat ketiga: Sejak semalam, ayah termenung memikirkan nasib abang di perantauan. | Tatabahasa | 08.04.2008 |
hai.. saya nak buat pencerahan... penggunaan perkataan tuanku, baginda, beta, datuk... adakah perlu kena huruf besar pada pangkal sekiranya berada di tengah ayat? contoh ayat ; "tetapi sampai bila beta akan berdoa kalau beta tidak berusaha untuk mendapatkan cahaya mata" "ampun tuanku" Apa guna kekayaan buat baginda senadainya baginda tidak memiliki pewaris adakah perlu hurug besar pada pangkal kata ganti nama pada ayat tersebut? | Tidak perlu menggunakan huruf besar jika perkataan tersebut berada di tengah ayat. | Ejaan | 29.03.2017 |
Apakah perbezaan antara perkataan ibadah atau ibadat? adakah cara penggunaannya sama ? atau ada perbezaan? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ibadat dan ibadah merupakan perkataan yang sama. Perkataan ini merupakan kata Arab yang bermaksud bakti (khidmat) kpd Tuhan, perbuatan dan amalan yg dilakukan sbg bakti kpd atau kerana Tuhan (spt sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dll): dia berdoa supaya semua ~nya diterima Tuhan; ahli ~ orang yg membuat ibadat; | Istilah | 24.02.2010 |
Assalamualaikum. (1) Apakah maksud "sedekap"? (2) Manakah ejaan yang betul: "qiam" atau "qiyam"? Dan apakah maksudnya? Terima kasih. Sumber: http://al-fikrah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=149&Itemid=161 | Untuk makluman saudara, perkataan qiyam/qiam dan sedekap tiada dalam data PRPRM. Dalam data kami, hanya terdapat perkataan qiamullail yang bermaksud berjaga pada waktu malam untuk beribadat seperti bersembahyang sunat, berzikir, berdoa. | Ejaan | 21.04.2013 |
1.kamu , engkau , dan awak ada apa perbezaannya? 2.apakah maksud untuk `seperti katak diharung ular`(tidak dapat dicari) 3.apakah kesalahan untuk ayat ini? ~perselisihan faham itu pokok daripada perebutan harta pusaka | 1. Kamu ialah kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), awak, engkau. Oleh itu kamu, awak dan engkau sama sahaja maknanya, tetapi adasedikit perbezaan pada kata engkau, juga ganti nama diri kedua tetapi biasanya digunakan untuk orang yg setaraf atau yg lebih rendah, dan digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa). 2. Peribahasa seperti katak diharung ular tidak dijumpai dalam sumber rujukan kami. 3. Ayat ini tidak perlu menggunakan kata sendi daripada, yang betul - ~perselisihan faham itu pokok perebutan harta pusaka. | Tatabahasa | 09.09.2008 |