Tolong berikan ayat contoh bagi penggunaan perkataan-perkataan berikut. (a) berdua-dua (b) berdua | 1. Contoh ayat berdua-dua - Mereka masuk ke bilik darjah berdua-dua. 2. Contoh ayat berdua - Mereka berdua saja yang tinggal di rumah itu. | Lain-lain | 09.11.2015 |
Salam sejahtera . Kalian berdua atau kamu berdua yang betul? Terima kasih. | Kedua-dua perkataan "kalian berdua" dan "kamu berdua" adalah betul dari segi penggunaannya dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 04.04.2013 |
Disini saya mempunyai soalan tambahan. Bolehkah Kata Bilangan hadir dengan pelbagai jenis Kata Terbitan? Contohnya. Kata Bilangan Himpunan "kedua-dua". Boleh hadir dengan Kata Terbitan seperti: 1. Kedua 2. Berdua-dua 3.Berdua Jika boleh, adakah selepas hadir dengan pelbagai kata terbitan, perkataan tersebut masih dikira sebagai Kata Bilangan. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Kami ingin membetulkan istilah yang tuan gunakan. Bukan Kata Terbitan tetapi imbuhan atau awalan. Kata bilangan "dua" apabila ditambah dengan pelbagai imbuhan akan kekal sebagai kata bilangan, tetapi berubah dari segi ciri maknanya mengikut konteks ayat. | Tatabahasa | 17.08.2016 |
Ayat yang manakah tepat dan gramtis? (a) Ali mengira buku-buku itu berdua-dua. (b) Ali dan Abu berdua pergi ke sekolah. (c) Sesetengah tayar kereta besar dan bulat untuk jalan gunung. (d) Kakak saya berjalan kaki ke rumah kawannya. (e) Kakak saya berjalan ke rumah kawannya. | Ayat yang tepat dan gramatis: 1. Kakak saya berjalan kaki ke rumah kawannya. | Tatabahasa | 06.11.2015 |
Selamat pagi. minta ajar... (Awak / Kamu) berdua pergi ke mana? kata Wei Ming kepada Zali dan Rani. terima kasih... | Jawapan yang betul ialah: Kamu berdua pergi ke mana? | Tatabahasa | 08.08.2017 |
Jali dan Annila menari tarian sumazau itu secara berpasangan. Maksud berpasangan yang manakah lebih tepat? Berdua-dua, bersama-sama, beriring-iring atau berdekat-dekat? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Sekian, terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, berpasangan bermaksud berdua-dua, sepasang-sepasang. Contoh ayat: Kasut itu disusun berpasangan. Mereka datang ke kelab malam itu berpasangan. Puan boleh merujuk kamus untuk makna perkataan. | Tatabahasa | 27.07.2020 |
Tuan yang arif, Mohon khidmat nasihat daripada Tuan, kata ganti diri yang manakah paling sesuai: 1. Perbualan antara Tengku Alam dengan Tengku Mat dan Tengku Nong: a) "Hamba benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. b) "Patik benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. c) "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti, hamba hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. 2. Perbualan antara Panglima Besar Sancu dan Tengku Nong: a) "Apa yang hamba dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" b) "Apa yang beta dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" c) "Apa yang patik dapat sekiranya hamba membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" 3. Perbualan antara Tengku Alam dan Panglima Besar Sance a) "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. b) "Tengku jangan bimbang kerana hamba sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu penuh yakin. 4. Perbualan antara Tengku Nong dan Tengku Alam a) "Tuan hamba rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam. B) "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong waswas dengan rancangan Tengku Alam. | 1. "Beta benar- benar terhutang budi kepada tuan hamba berdua. Tanpa tuan hamba sudah pasti beta hanya akan berputih mata," jawab Tengku Alam. 2. "Apa yang patik dapat sekiranya patik membantu Tengku Alam dalam peperangan ini?" 3. "Tengku jangan bimbang kerana patik sudah membuat kajian," kata Panglima Besar Sancu dengan yakin. 4. "Tengku rasa rancangan kita boleh berjaya?" Tengku Nong was-was dengan rancangan Tengku Alam. | Tatabahasa | 23.04.2013 |
Mana satukah antara ayat-ayat di bawah yang menggunakan perkataan cocok dengan betul? a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud mempunyai cocok dari segi paras rupa. | Perkataan cocok membawa pelabagai maksud iaitu; 1. sesuai benar, kena benar, sepadan 2. setuju, bersefahaman, sepakat 3. sama benar, tidak berbeza 4. tepat, betul 5. setuju di hati, suka 6. serasi. Berdasarkan makna yang tersebut kesemua penggunaan cocok dalam ayat-ayat tersebut betul; a. Mereka berdua sentiasa cocok dalam membuat keputusan. b. Dia terlambat ke sekolah kerana jam locengnya tidak cocok. c. Azmi dan Daud cocok dari segi paras rupa. | Tatabahasa | 02.09.2009 |
Ali dan Abu kawan baik, mereka berdua pelajar sekolah menengah. | Ayat tersebut gramatis. Tidak ada soalan yang dikemukakan. | Tatabahasa | 07.06.2013 |
Masalah ini tidak akan selesai jika kamu berdua tidak mahu saling bertolak ansur. MUNSYI, SEKALI LAGI, ADAKAH SALING BERTOLAK ANSUR TIDAK SESUAI DIGUNAKAN KERANA ADA BUKU KATAKAN SALAH. TK MUNSYI | Frasa "saling bertolak ansur" adalah tidak gramatis. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus dan dapatkan maksud bertolak ansur. | Tatabahasa | 16.04.2012 |