Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.re.but] | بربوت

Definisi : berlumba-lumba (berdahuluan) utk mengambil sesuatu: ~ kuasa; ~ tempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.re.but] | بربوت

Definisi : berlumba-lumba mengambil sesuatu: ~ tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rebut
Kata Terbitan : berebut, merebut, perebutan,

Puisi
 

Apa guna main berigot,
     Pandan muda masih berbunga;
Apa guna tuan berebut,
     Badan muda masih berguna.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti berebut kelongkong kelapa.

Bermaksud :

Pergaduhan dengan sebab makanan atau keuntungan yang sedikit. kelongkong = buah nyiur yang masih muda.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih.1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat )
Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal.
2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat)
3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat)
4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT)
5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT)
6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain.
7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat)
Tatabahasa13.08.2012
Selamat sejahtera. Adakah ayat -ayat di bawah betul? 1. Kebaikan buah-buahan ialah membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit. 2. Kebaikan buah-buahan ialah dapat membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit. 3. Kebaikan buah-buahan adalah membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit. 4. Kebaikan beratur ialah mengekalkan murid-murid daripada berebut-rebut dan menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. 5. Kebaikan beratur ialah dapat mengekalkan murid-murid daripada berebut-rebut dan menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. 6. Kebaikan beratur adalah mengekalkan murid-murid daripada berebut-rebut dan menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

1. Buah-buahan dapat membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit.
2. Beratur dapat mengelakkan murid-murid daripada berebut-rebut sehingga menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Tatabahasa21.07.2024
Salam mesra, saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48): Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih.Sdr. dicadangkan berbincang dengan guru Sdr mengenai perkara ini.Lain-lain16.04.2011
Salam mesra, saya mewakili guru-guru BM sekolah saya meminta jasa baik tuan untuk menerangkan maksud petikan prosa tradisional 'Hikayat Siak' dalam antologi Dirgahayu Bahasaku (hlm48) kerana terdapat percanggahan pendapat tentang maksudnya: Maka Tuan Bujang pergi ke Jambi, mendapatkan Sultan Maharaja di Batu, bersama-sama akan sultan berkelahi, berebut kebesaran dengan sultan di Kedah. Maka berperanglah. Tuan Bujang masuk perang, lalu luka paha, kena peluru setinggar, paha kiri. Sultan Maharaja di Batu menang perangnya. Sekian, terima kasih.

Sdr dicadangkan menghubungi pihak yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan jawapan yang Sdr perlukan.

Lain-lain18.04.2011
BEZA ANTARA PENGGUNAAN MAHU DAN HENDAK.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mahu bermaksud  1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? Hendak ditakrifkan sebagai 1.= ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yang sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu. 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang. Istilah22.07.2010
Assalamualaikum, saya nak tanya, adakah kata terbitan be- wujud ataupun hanya kata terbitan ber- sahaja yang wujud?

Bentuk awalan be- tidak wujud dalam tatabahasa Melayu. Bentuk awalan beR- wujud dalam tatabahasa Melayu sebagai kata kerja. Contoh perkataan yang menerima bentuk awalan beR- ialah “berdayung”. Walau bagaimanapun, apabila bentuk awalan beR- bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan. Contohnya, perkataan “berebut”. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 161-162.

Tatabahasa06.11.2024

Kembali ke atas