Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih. | 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat ) Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal. 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat) 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat) 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT) 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT) 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat) | Tatabahasa | 13.08.2012 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat -ayat di bawah betul? 1. Kebaikan buah-buahan ialah membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit. 2. Kebaikan buah-buahan ialah dapat membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit. 3. Kebaikan buah-buahan adalah membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit. 4. Kebaikan beratur ialah mengekalkan murid-murid daripada berebut-rebut dan menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. 5. Kebaikan beratur ialah dapat mengekalkan murid-murid daripada berebut-rebut dan menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. 6. Kebaikan beratur adalah mengekalkan murid-murid daripada berebut-rebut dan menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 1. Buah-buahan dapat membekalkan pelbagai vitamin dan mencegah penyakit. 2. Beratur dapat mengelakkan murid-murid daripada berebut-rebut sehingga menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini. | Tatabahasa | 21.07.2024 |
BEZA ANTARA PENGGUNAAN MAHU DAN HENDAK. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mahu bermaksud 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? Hendak ditakrifkan sebagai 1.= ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yang sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu. 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang. | Istilah | 22.07.2010 |