Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ré.dar]/[ber.é.dar] | برايدر

Definisi : ark 1. bergerak berkeliling hingga sampai ke tempat asal (permulaan), berlegar: bumi kita ini ~ mengikut garis perjalanannya yg tertentu; bintang ~ bintang siarah, planet; 2. berpindah-pindah dr tangan ke tangan: surat pekeliling itu sudah ~ beberapa hari (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ré.dar]/[ber.é.dar] | برايدر

Definisi : 1 berjalan (bergerak, berlegar) berkeliling hingga sampai ke tempat permulaan: Bumi ini ~ mengelilingi matahari. 2 berpindah-pindah drpd seorang kpd seorang yg lain (dr setempat ke setempat); berputar: Surat siaran itu sudah ~ beberapa hari yg lalu. 3 berpindah tempat: Apabila jamuan selesai, para hadirin pun ~ pulang. 4 berlalu (bkn masa): Hari terus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beredar

Peribahasa

Mati badan dikandung tanah,
     nama beredar ke mana-mana.

Bermaksud :

Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Setelah mendapatkan nama wad dari/daripada Awie, Cikgu Wilson pun beredar.Setelah mendapatkan nama wad daripada Awie, Cikgu Wilson pun beredar.Tatabahasa29.06.2012
Selamat sejahtera. 1. Bolehkah kata 'maka' digunakan sebagai permulaan ayat? Misalnya, 'Maka mereka pun beredar dari situ.' 2. Bilakah kata 'pun' perlu bergabung dengan suatu perkataan? Misalnya, 'telahpun' atau 'telah pun', 'apa-apapun' atau 'apa-apa pun'. Mana satukah yang betul? 3. Betulkah penggunaan imbuhan akhiran -i dalam contoh-contoh berikut? Dia memaklumi keluarganya tentang berita itu. Biar Tuhan yang menghukumi aku. Bolehkah kau menjagainya? Aku akan mengotai janji saya. Wang perak sebanyak lima tahil ini, bukankah dah cukup untuk menyarai hidup selama tiga lima bulan? Sekian, terima kasih daun keladi.

1. Maka tergolong dalam penanda wacana yang boleh hadir di awal atau pertengahan ayat.

2. Kata adapun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun dieja sebagai satu perkataan, yang selain daripada senarai tersebut iaitu pun yang bermaksud juga dieja sebagai dua perkataan, contohnya dia pun (juga).

3. Penggunaan memaklumi, menjagai, menyarai dan mengotai (kata kiasan bermaksud menepati janji) dalam ayat-ayat tersebut adalah betul. Tidak ada kata terbitan menghukumi, yang ada menghakimi, seperti contoh ayat: kamu jangan menghakiminya.  

Tatabahasa28.06.2010
apakah perbezaan surat pekeliling dengan pekelilingSurat pekeliling ialah surat pengumuman rasmi kerajaan yang dicetak dan diedarkan manakala pekeliling merujuk jalan yang berpusing atau beredar biasanya ditambah dengan perkataan lain untuk menjadikan perkataan itu bermakna, seperti jalan pekeliling atau surat pekeliling.Makna22.10.2009
Salam. Yang mana lebih tepat penggunaan. kitar semula atau mengitar semula. Adakah maksud perkataan mengitar boleh berdiri sendiri atau perlu mengitar-ngitar. Terima kasih.Kitar semula dan mengitar semula, kedua-duanya betul. Kata kitar semula hadir sebagai satu rangkai kata daripada padanan bahasa Inggeris recycle. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mengitar sama maksud dengan mengitar-ngitar, iaitu  1. = mengitar-ngitar berkisar(­kisar), berputar(-putar); 2. = mengitar-­ngitar berkeliling, beredar; 3. = mengitar­-ngitar memusing-musing, memutar-mutar: serta dikitar-kitarnya tombaknya, lalu ditikamkan pd dada Tun Tuah.Istilah17.03.2010

Kembali ke atas