Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ré.hat] | بريحت

Definisi : melepaskan lelah, bercuti utk mengaso, bersenang-senang: tiap-tiap petang saya ~ di kebun bunga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ré.hat] | بريحت

Definisi : melepaskan lelah; bercuti utk bersenang-senang: Aku terlalu penat, aku perlu ~ dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rehat
Kata Terbitan : berehat, merehatkan, kerehatan,

Puisi
 

Kalau duduk di atas kerusi,
     Sambil duduk berehat-rehat;
Jangan dibawa perangai besi,
     Makin lama makin berkarat.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Rita berehat sambil mendengar radio di bawah pokok. 2. Rita berehat di bawah pokok sambil mendengar radio. 3. Rita mendengar radio sambil berehat di bawah pokok. Dari segi bahasa, sila memberikan nasihat mengenai struktur ayat yang betul. Terima kasih.

Cik Ng, ketiga-tiga ayat di atas betul. Cuma kita kena tahu apakah sebenarnya, atau fokus kita semasa menulis ayat tersebut. Terima kasih 

Tatabahasa17.01.2009
Ayat 1. Ali berehat di bawah pokok yang rendang. Ayat 2. Ali mendengar radio. Ayat majmuk: 1. Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio. 2. Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang. Soalan: Yang manakah betul antara ayat majmuk 1 dengan ayat majmuk 2?Kedua-dua ayat majmuk Ali bereha di bawah pokok yang rendang sambil mendengar radio dan Ali berehat sambil mendengar radio di bawah pokok yang rendang  betul.Tatabahasa03.03.2012
Zaki sedang berehat seketika di rumah menumpang itu sebelum meneruskan pengembaraannya. Perkataan menumpang merupakan perkataan yang salah. Apakah perkataan yang essuai digantikan?Zaki sedang berehat seketika di rumah tumpangan itu sebelum meneruskan pengembaraannya.Tatabahasa17.03.2011
Sudah tiga hari Sofea keluar dari/daripada hospital dan berehat di rumah. Tuan, dari atau daripada?Sudah tiga hari Sofea keluar daripada hospital dan berehat di rumah.Tatabahasa29.06.2012
Tuan, Adakah ayat ini betul? "Ah Meng makan roti di bawah pokok sambil berehat." Terima kasih.Ayat "Ah Meng makan roti di bawah pokok sambil berehat." adalah betul.Tatabahasa19.10.2013
Selamat Pagi. Saya, seorang guru sekolah rendah yang baru mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia. Saya ingin menanya beberapa soalan yang berkaitan dengan penggunaan kata. Bolehkah 'dalam' digunakan di depan perkataan 'rumah'? Seperti ayat : Adik sedang berehat di dalam rumah. Bolehkah 'sepakan' diikuti dengan perkataan 'pantas'? Seperti ayat: Sepakannya yang pantas telah menerjah bola ke jaring gol. Harap kalian dapat memberi bimbingan kepada saya, budak yang baru. Sekian, terima kasih.Kedua-dua ayat : Adik sedang berehat di dalam rumah dan Adik sedang berehat di rumah betul. Dalam ayat kedua perkataan yang lebih sesuai ialah kuat. Tatabahasa03.04.2008
I Pohon telinga Nazmir cedera kerana terkena ranting pokok semasa dia bermain-main di kawasan itu. II Pak Leman berehat seketika di bawah pohon beringin selepas membajak sawahnya. III Puan Rosnani menyuruh anak-anaknya masuk ke dalam rumah apabila dia melihat pohon angin yang mendung. IV Dewan Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab dalam menentukan pohon bahasa yang berkaitan dengan Bahasa Malaysia. berdasar makna di dalam kamus dewan bahasa edisi 3, semua makna tertera sepatutnya betul tetapi mengapakah soalan I adalah salah. kalau salah, apakah kesalahannya? terima kasihMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara rangkai kata yang dibentuk daripada perkataan pohon ialah pohon telinga yang bermaksud pangkal telinga. Harap saudara dapat berbincang lebih lanjut dengan  pihak yang menyatakan penggunaan perkataan pohon dalam konteks pertama tidak betul. Makna07.06.2008
Adakah ayat-ayat berikut gramatis? Andainya tidak,bagaimanakah hendak perbetulkannya: 1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan manakala Ali memerhatikan dengan berdiri di tepi pekerja. 2. Seorang budak lelaki sedang duduk sambil berehat di pondok yang usang. 3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh ke atas lori. 4. Razak menghulurkan cat kepada Kok Leong yang berada di atas tangga dengan berhati-hati. 5. Tiga orang ahli pengakap peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim. 6. Seorang pengadil membunyikan wisel kepada para pemain supaya tidak bermain kasar. 7. Para penonton memberi sokongan kepada pasukan sekolah bersungguh-sungguh.1. Seorang pekerja yang rajin mengait buah-buahan, manakala Ali berdiri memerhatikannya.
2. Seorang budak lelaki sedang duduk berehat di pondok yang usang.
3. Dua orang pekerja yang bertopi mengangkat bakul yang penuh berisi ke atas lori.
4. Razak menghulurkan cat dengan berhati-hati kepada Kok Leong yang berada di atas tangga.
5. Tiga orang ahli pengakap membawa peralatan perkhemahan yang disuruh oleh Cikgu Rahim.
6. Seorang pengadil memberikan amaran kepada para pemain supaya tidak bermain kasar.
7. Para penonton memberi sokongan dengan bersungguh-sungguh kepada pasukan sekolah.
Tatabahasa02.07.2012
Tuan, 1. Thailand berada dalam keadaan ___________kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. yang mana jawapannya ? huru-hara atau porak-peranda 2. Ibu ________minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. jawapannya ? menyediakan atau menghidangkan 3. Kamil hanya duduk dan berehat sedang adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. Penggunaan sedang dalam ayat betul atau salah ? 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk jejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. Penggunaan jejak dalam ayat betul atau salah ?


1.  Thailand berada dalam keadaan ______huru-hara_____kerana  berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya.

2.  Ibu __menghidangkan______minuman dan makanan untuk tetamu yang datang.

3.   Kamil hanya duduk dan berehat sementara adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah.

4  Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk menjejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut.

Tatabahasa24.05.2013
Pihak kami adalah didalam proses untuk permohonana lesen premis makanan dari Dewan Bandaraya Kuching Utara. Salah satu keperluan adalah meminta kebenaran dan kelulusan dari DBP mengenai penggunaan perkataan "BAR CAFE " untuk papan iklan perniagaan dan dan juga nama perniagaan. BAR CAFE ialah sebuah cafe yang sesuai untuk anda berehat dan meregangkan otot selepas penat seharian kerja. Dihidangkan juadah kek dan pasrty, teh, ayam"pansoh", panggang dan perlbagai minuman lain . Kebenaran dan kelulusan penggunaan nama " BAR CAFE" tersebut amatlah dihargai.

Terima kasih atas soalan saudara. Perkataan yang sepatutnya ialah "Kafe Bar" dan "Bistro 56"

Lain-lain11.11.2008
12

Kembali ke atas