apakah perbezaan dalam penggunaan 'bagi' dan 'untuk' dalam ayat? - "kitab ini amat berfaedah bagi pembaca" dan "kitab ini amat berfaedah untuk pembaca". | "kitab ini amat berfaedah bagi pembaca" "kitab ini amat berfaedah untuk pembaca". Kedua-dua ayat di atas betul penggunaan kata sendi nama. Kata sendi nama 'untuk' dan 'bagi' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: i. menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaannya yang demikian,kata sendi nama 'untuk' dapat bervariasi dengan kata sendi nama 'bagi'. Contohnya : Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina. ii. menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, 'untuk' tidak boleh bertukar dengan 'bagi'. Contohnya: hadiah itu untukmu bukan Hadiah itu bagimu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 276. | Tatabahasa | 05.10.2012 |
Amalan membaca kegemaran yang berfaedah. apakah predikat ayat tersebut? dan apakah frasa yang membentuk predikat ayat stersebut? pengarang novel panas salju tingkatan 3 ialah Talib Samad atau Talib Samat? | Predikat tersebut ialah kegemaran yang berfaedah. Bagi ayat kedua, perkataan ialah boleh dimasukkan ataupun ditinggalkan. | Tatabahasa | 25.06.2010 |
Makna kesusasteraan terlalu luas. Bagaimana untuk kita menghuraikannya dengan lebih mendalam | Secara umum, erti kesusasteraan dipecahkan seperti yang berikit: Su bererti indah, baik dan berfaedah dan Sastera bererti aksara atau buku, maka kesusasteraan bererti kumpulan buku yang indah, baik dan berfaedah. Untuk menghuraikan lebih mendalam erti kesusasteraan, saudara boleh menumpukan perhatian kepada pemikiran dalam sesebuah karya yang baik dan berfaedah. Manakala dari segi keindahan pula, saudara boleh melihat dari segi bahasa dan perasaan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 05.07.2009 |
maksud imarah | menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan pelbagai kegiatan berfaedah, biasanya berbentuk keagamaan. | Tatabahasa | 24.11.2007 |
Berikan makna maslahat dan contoh ayat. Bagaimana untuk membezakan ayat aktif dengan ayat aktif transitif. | Maslahat ialah sesuatu yang berfaedah atau berguna. Contoh ayat : Setiap langkah, peraturan dan undang-undang yang dapat melindungi dan mempertahankan perkara yang disebut tadi adalah maslahat. Bagi mendapatkan perbezaan ayat aktif dengan ayat aktif transitif, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, bab 17, hlm.484. | Makna | 19.06.2008 |
1. Bagaimanakah menggunakan perkataan dasawarsa, maslahat,konklusi dan enigma dalam ayat? | Dasawarsa ialah masa sepuluh tahun, dekad. Maslahat dr bahasa Arab bermaksud sesuatu yang berfaedah. Konklusi pula dr bahasa Inggeris yg bermaksud kesudahan ataupun penutup (conclusion). Manakala enigma bermaksud sesuatu yg sukar difahami (kabur). Contoh penggunaan dlm ayat: 1. Hampir satu dasawarsa Amilah menunggu kepulangan suaminya yang telah ditahan oleh pihak Belanda.2. Para pembaca kitab Tajussalatin akan memperoleh maslahat seperti yang dinyatakan oleh pengarangnya. 3. Pengguna bahasa digalakkan menggunakan bahasa Melayu terlebih dahulu disebabkan bahasa Melayu mempunyai nilai estetika yg tersendiri. 4. Sama penerangan seperti dalam 3 di atas. | Tatabahasa | 01.07.2008 |
Salam, Apakah kata lawan bagi serangga perosak? iaitu serangga yang membawa kebaikan kepada manusia (benificial insects). Saya tidak dapat cari dalam prpm. Terima kasih | Dalam bidang biologi, beneficial insect disebut serangga berfaedah. | Istilah | 30.04.2012 |
maksud jangka hayat | jangka hayat: (1) Ukuran purata tentang berapa lama seorang itu dijangka akan terus hidup, selalunya diukur dalam tahun. (2) Hayat perkhidmatan yang berfaedah yang dijangkakan bagi sesuatu peralatan. | Makna | 20.03.2009 |
saya mencari perkataan maslahah dalam bahagian carian kata, tetapi tiada rekod dijumpai.Ada atau tidak perkataan maslahah did alam kamus dewan?adakah ejaannya betul?? MASLAHAH | Maslahah dieja maslahat dalam Kamus Dewan iaitu kata Arab yang bermaksud sesuatu yang berfaedah (berguna), usaha dan sebagainya yang mendatangkan faedah. | Istilah | 26.02.2010 |
Salam sejahtera; Tuan; 1. Benarkah partikel -lah boleh ditambahkan di mana-mana perkataan? 2. Betulkah ayat-ayat di bawah yang menggunakan partikel -lah itu betul dari segi penggunaannya. (a) Kita hendaklah berhati-hati semasa melintasi jalan raya. (b) Kita perlulah membasuh tangan sebelum dan selepas makan. (c) Kita wajarlah memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. (d) Kita patutlah menghormati guru dan ibu bapa. (e) Kita haruslah mematuhi peraturan sekolah. (f) Kita mestilah menjaga kebersihan diri untuk menghindarkan penyakit. Sekian terima. Bantuan yang diberikan amat dihargai | Dalam Kamus Dewan kata Lah ditakrifkan sebagai partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya: seperti contoh ayat, Makanlah kuih itu, Janganlah kamu berasa segan. Begitu juga penggunaan lah dalam contoh ayat yang diberi adalah betul. | Tatabahasa | 25.06.2010 |