Assalam... "Berfokus pada" atau "berfokus kepada". Yang manakah betul? Terima kasih. | Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. | Lain-lain | 05.07.2017 |
Assalamualaikum. Penggunaan "berfokus pada" atau "berfokus kepada" yang lebih tepat? | Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat, manakala kata sendi nama kepada untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. | Lain-lain | 05.07.2017 |
Assalamualaikum, "Spoken word" ialah seni mempersembahkan puisi yang berfokus pada permainan kata dan penceritaan. Seni ini berasal dari Afrika. Maka, unsur-unsur hip-hop boleh dilihat dalam persembahan. Seni ini berbeza dengan deklamasi sajak kerana puisi yang ditulis sememangnya dicipta untuk dipersembahkan di atas pentas, bukan sebagai bahan bacaan. Persembahan mungkin diiringi muzik dan tarian, atau lain-lain. Yang membuat persembahan "spoken word" dipanggil "spoken word artist". Jadi, bolehkah tuan/puan cadangkan terjemahan bagi "spoken word artist"? Terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi "spoken word artist" ialah "penglipur lara". | Penyemakan dan penterjemahan | 21.09.2015 |
Terima kasih atas maklum balas tuan/puan. "Spoken word" ialah seni mempersembahkan puisi yang berfokus pada permainan kata dan penceritaan. Seni ini berasal dari Afrika. Maka, unsur-unsur hip-hop boleh dilihat dalam persembahan. Seni ini berbeza dengan deklamasi sajak kerana puisi yang ditulis sememangnya dicipta untuk dipersembahkan di atas pentas, bukan sebagai bahan bacaan. Persembahan mungkin diiringi muzik dan tarian, atau lain-lain. Yang memsembahkan "spoken word" dipanggil "spoken word artist". Harap maklumat ini dapat membantu. Terima kasih banyak. | Mohon pihak tuan/puan mengemukakan soalan dengan jelas. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.09.2015 |
Asslamualaikum wbh. Mohon pencerahan untuk penambahbaikan struktur ayat berikut: Pada akhir pelajaran, pelajar dapat menunjukkan kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban berfokus pada konteks penyelesaian masalah dalam menguruskan kerja kursus. Terima kasih. | Penambahbaikan untuk ayat tersebut: Pada akhir pelajaran, pelajar dapat menunjukkan kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab terhadap penyelesaian masalah dalam menguruskan kerja kursus. | Tatabahasa | 13.02.2022 |
assalamualaikum.sya pelajar stpm 2014 yg mengambil subjek Bahasa Melayu. Kami diminta untuk meyiapkan kerja kursus dan saya memilih laras bahasa sukan iaitu berfokus kepada sukan bola sepak untuk dikaji. Saya menghadapi masalah untuk mencari definisi dan istilah dalam Bahasa Melayu bagi perkataan dari Bahasa Inggeris yang berikut : 1. backheel 2. overlapping run 3.sliding tackle 4.curving shot 5.first timer Harap pihak DBP dapat membantu saya. Sekian . Terima Kasih. | Tuan boleh kemukakan soalan penterjemahan ini kepada Persatuan Penterjemah Negara untuk mendapat istilah yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, kami cadangkan beberapa istilah: 1. Tendangan Tumit. 2. Larian pintas 3. Rebut Gelongsor 4. Tendangan Lencong 5. Tendangan menerus. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.08.2014 |
Saya memohon untuk mendapatkan pengesahan istilah "Kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat" adakah ia sesuai digunakan kerana saya akan menggunakan istilah ini dalam kajian saya seterusnya. Kajian yang saya jalankan adalah berkaitan pembelajaran sepanjang hayat yang berfokus kepada kemahiran. Namun saya merasa was-was dalam gabungan penggunaan istilah yang digunakan. Mohon bantuan pihak DBP Sekian, terima kasih Normila Mohd Bohari Pelajar Universiti Teknologi Malaysia | Penggunaan perkataan yang betul ialah Pembelajaran Kemahiran Sepanjang Hayat. | Tatabahasa | 11.07.2021 |
Salam sejahtera. Saya Dr. Teh Kim Peng dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands ingin bertanya sama ada istilah "digital minimalisme" boleh diterima pakai atau sebaliknya. Menurut sumber yang saya peroleh, "digital minimalisme adalah gaya hidup yang menggalakkan penggunaan teknologi digital secara berfokus untuk tujuan profesional di samping mengurangkan gangguan kesejahteraan yang diakibatkan oleh teknologi tersebut.". Tujuan saya mengemukan pertanyaan ini adalah disebabkan saya perlu membangunkan modul e-pembelajaran berkaitan konsep ini di portal rasmi institusi kami. Oleh hal yang demikian, saya ingin memohon pencerahan daripada pihak DBP berhubung perkara ini. Segala pencerahan dan khidmat bantu DBP dalam perkara ini amat saya hargai. Sekian. Terima kasih. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah digital minimalism ialah minimalisme digital. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 12.08.2025 |
Salam sejahtera. Apakah padanan BM yang sesuai bagi istilah: 1. experiencing self 2. remembering/evaluating self 3. peak-end 4. duration neglect 5. common error 6. focusing illusion | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi experiencing self ialah swaalami, remembering self ialah swaingati, peak-end ialah hujung puncak, duration neglect ialah pengabaian tempoh, common error ialah kesalahan lazim, dan focusing illusion ialah ilusi berfokus. | Istilah | 06.01.2024 |
apakah perbezaan antara persuratan melayu dan kesusasteraan melayu? saya gak keliru antara dua istilah ini. | Persuratan membawa maksud perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan. Manakala, kesusasteraan membawa maksud 1. seni yg menggambarkan keindahan dgn bahasa (novel, sajak, dll), karang-mengarang, persuratan, seni sastera; 2. hasil drpd mengarang (menyajak dll); 3. pengetahuan dlm hal sastera; 4. karya-karya yg tergolong dlm seni sastera. Maknanya, persuratan lebih berfokus kepada tulis-menulis dan kesusasteraan lebih luas skopnya dan memfokus kepada sastera. | Makna | 27.05.2014 |