apakah beza penggunaan : dan ; ? sebagai contoh, ....seperti berikut: atau seperti berikut; | Tanda titik bertindih (:) berfungsi: i. memperkenalkan atau menambah keterangan, contohnya - Prinsip hidup saya senang sahaja: Tekun dan ikhlas, ii. memisahkan subjudul daripada judul utama, contohnya - Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan, iii. menunjukkan nisbah, contohnya - 12:12:12. Tanda koma bertitik berfungsi (;) berfungsi: i. memisahkan dua atau beberapa klausa utama, contoh - Makin larut malam; kerja makin banyak, ii. memisahkan klausa yang dimulai dengan kata hubung, contohnya - Seminar akan diadakan pada minggu hadapan; oleh yang demikian ... . | Tatabahasa | 07.01.2011 |
"untuk" merupakan kata sendi nama atau kata hubung? Tolong jelaskan dan berikan contoh. Terima kasih tuan. | Selain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaanya yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contoh: Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina, derma untuk/bagi anal-anak yatim akan dipungut. b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu) Perkataan "untuk" sebagai kata hubung pancangan komplemen seperti dalam ayat berikut; a. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. b. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil. | Tatabahasa | 04.11.2013 |
Perkataan dalam berfungsi sebagai kata sendi nama sekiranya hadir sebelum kata nama. Bagaimana pula sekiranya perkataan dalam hadir sebelum kata kerja. Contoh ayat yang pernah saya baca dalam buku teks BM tingkatan 5 : Kita berasa bangga kerana rakyat Malaysia sentiasa bermuafakat dalam melakukan sesuatu perkara.Adakah salah penggunaan dalam melakukan dalam ayat tersebut. | Frasa "dalam" membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Penggunaan perkataan "dalam"menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Penggunaan 'dalam' dalam ayat yang dinyatakan ialah betul. | Tatabahasa | 12.01.2013 |
PCA juga berfungsi sebagai pengekstrakan fitur "satu / suatu / sesuatu" objek. Soalan: Yang mana paling tepat dan betul penggunaan diatas " satu/suatu/sesuatu"? | Satu dan sesuatu, kedua-dua boleh dugunakan, - satu untuk objek yang sudah pasti dan sesuatu yang tidak pasti. | Tatabahasa | 03.07.2007 |
Perkataan "untuk" merupakan kategori Kata Hubung atau kategori Kata Sendi Nama? Terima kasih. | Selain berfungsi sebagai kata sendi nama, perkataan untuk juga berfungsi sebagai kata hubung pancangan komplemen. Kata komplemen ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dengan fungsi tertentu seperti yang berikut: a) menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Dalam penggunaanya yang demikian, kata sendi nama untuk dapat bervariasi dengan kata sendi nama bagi. Contoh: Asrama untuk/bagi penuntut Sabah sedang dibina, derma untuk/bagi anal-anak yatim akan dipungut. b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam penggunaan yang demikian, untuk tidak boleh bertukar ganti dengan bagi. Contoh: Hadiah itu untukmu (bukan: Hadiah itu bagimu), ayah membeli kereta untuk ibu (bukan: ayah membeli kereta bagi ibu) Perkataan "untuk" sebagai kata hubung pancangan komplemen seperti dalam ayat berikut; a. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar. b. Untuk banduan itu melepaskan diri sungguh mustahil. | Tatabahasa | 09.02.2018 |
Assalamualaiku...saya ingin bertanya tentang perkataan ''untuk''. berfungsi sebagai dua golongan kata iaitu Kata sendi nama dan Kata hubung. Ayat 1. Air kelapa boleh diminum untuk menyejukkan badan. Ayat 2. Kamal membeli buku untuk adik. Ayat 3. Buku yang dibeli oleh Kamal untuk adik. Soalan saya: '' untuk'' dalam ayat pertama berfungsi sbg kata hubung. Adakah ''untuk'' dalam ayat kedua dan ketiga juga berfungsi sbg kata hubung? Terima kasih, tuan. | Perkataan untuk dalam ayat kedua dan ketiga berfungsi sebagai kata sendi nama. | Tatabahasa | 15.08.2014 |
apakah faktor-faktor yang menyebabkan bahasa melayu gagal berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dewasa ini. | Bahasa Melayu atau bahasa apapun untuk berfungsi sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi memerlukan azam politik, perancangan dan penguatkuasaan dalam menangani unsur-unsur yang merosakkan bahasa. Untuk maklumat yang lebih terperinci sila rujuk buku yang berkaitan. | Lain-lain | 15.08.2008 |
Salam sejahtera, kemusyikilan bahasa yang sering saya temukan dalam penulisan ialah kata 'dalam'. Selain berfungsi sebagai kata adjektif dan kata arah, kata 'dalam' juga berfungsi sebagai kata sendi nama, misalnya terbabit dalam kemalangan jalan raya. Berdasarkan tatabahasa Melayu, kata sendi nama seharusnya disertai kata nama / frasa nama. Soalnya, adakah kata sendi nama 'dalam' disertai kata kerja transitif, misalnya ~ membangunkan (negara), ~ menyempurnakan (tugas) dan sebagainya. Besarlah harapan saya bahawa penjelasan tuan/puan dapat meleraikan kemusyikilan bahasa ini. Sekian. Kay Seven Bukit Mertajam, Pulau Pinang. | Kata sendi nama "dalam" tidak boleh diikuti dengan kata kerja transitif. Ayat "dalam membangunkan negara" adalah salah, namun ayat tersebut boleh dibaiki lagi dengan menambah kata nama "usaha" --> dalam usaha membangunkan negara... | Tatabahasa | 20.12.2016 |
salam.. saya ingin bertanya.. apakah fungsi 'yang' selain berfungsi sebagai kata hubung.. adakah ayat ini betul dalam penggunaan 'yang'.. Azim mengayuh basikal sambil melihat kanak-kanak yang lain bermain. terima kasih. | Selain berfungsi sebagai kata hubung, perkataan "yang" juga berperanan sebagai frasa nama. Contoh 1.Yang kurik kundi, Yang merah saga. 2. Yang berbaju merah itu adik saya. Untuk contoh ayat "Azim mengayuh basikal sambil melihat kanak-kanak yang lain bermain", jika ayat ini tiada kaitan dengan ayat sebelumnya, perkataan "yang" tidak perlu. Cukup sekadar "kanak-kanak lain bermain." | Tatabahasa | 15.11.2016 |
Apa perbezaan istilah pepasangan dan pemasangan. Betulkah ayat saya, " Sebanyak 2 pepasangan sistem pencegah kebakaran tidak berfungsi di bangunan itu. Oleh itu pemasangan baru sedang dijalankan. | Pepasangan tiada dalam rujukan kami. Ayat yang dicadangkan ialah sebanyak dua set atau dua pasang sistem pencegah kebakaran tidak berfungsi di bangunan itu. Oleh itu pemasangan baru sedang dijalankan. | Tatabahasa | 20.11.2008 |