1. Dalam tatabahasa dewan, Awalan ke- dikatakan hanya dapat bergabung dengan beberapa perkataan. Tetapi tidak dinyatakan dengan jelas bahawa apakah jenis kata yang dapat bergabung dengan Awalan ke- itu. bolehkan nyatakan jelas kata yang dapat bergabung dengan Awalan ke- dan selain daripada 3 contoh perkataan-perkataan dalam buku itu, bolehkah senaraikan contoh-contoh yang lain yang dapat bergabung dengan Awalan ke-. sekian terima kasih | Awalan ke- merupakan bentuk yang tidak produktif dalam bahasa Melayu, dan tiga perkataan tersebut yang biasa dijumpai dalam bahasa Melayu. Oleh kerana contoh yang sangat terhad tidak banyak maklumat yang diperoleh, melainkan seperti yang terkandung dalam buku tersebut. Untuk maklumat lanjutsila rujuk kajian ilmiah tentang aspek tersebut. | Tatabahasa | 26.07.2009 |
Salam sejahtera. [kh] dalam kata "akhir" ialah diftong atau konsonan bergabung? [kr] dalam krayon ialah diftong atau konsonan bergabung? Terdapat buku yang membezakan antara digraf dengan konsonan bergabung. Terima kasih. | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi dalam perkataan pandai, pulau dan amboi. Perkataan akhir dan krayon bukan diftong tetapi digraf. Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy. Digraf juga disebut dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
salam sejahtera, saya ada kemusykilan tentang imbuhan 'ter' yang dikatakan hanya bergabung dengan kata adjektif, contohnya 'tercantik ' tidak boleh hadir bersama-sama kata penguat paling dan sekali. Persoalannya, bagaimana dengan imbuhan 'ter' yang bergabung dengan kata nama contohnya 'ternama' dan yang bergabung dengan kata kerja contohnya 'terdesak'. Bolehkah perkataan-perkataan tersebut menerima kata penguat paling dan sekali. Sekian, terima kasih. | Ada dua isu yang berbeza dalam hal ini. Pertama, awalan teR- boleh bergabung dengan kata kerja (terduduk) dan kata nama (ternama). Dan kedua ter + kata adjektif bagi mengungkapkan darjah penghabisan tidak termasuk dalam awalan teR-. Penggunaan kata adjektif yang betul ialah ter + kata adjektif (tercantik), kata adjektif + sekali (cantik sekali) dan amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat cantik sekali). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 170 dan 244. | Tatabahasa | 29.01.2013 |
apakah perbezaan antara digraf dan konsonan bergabung? perkataan seperti kh, gh, ng, ny dan sy ialah digraf. jadi, perkataan seperti krim, drama, skor, klinik ialah konsonan bergabung. bagaimanakah pula dengan perkataan pisang, potong, kacang? terima kasih atas keprihatinan tuan menjawab soalan saya. | Perkataan ng dalam pisang, potong dan kacang merupakan digraf. | Tatabahasa | 26.06.2013 |
Rentetan soalan no.9: Bagaimana dengan vokal berganding & konsonan bergabung | Encik Badarul, Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Konsonan bergabung dalam bahasa Melayu ialah gh, kh, ng, ny dan sy seperti dalam perkataan ghairah, khabar, nganga, nyanyi dan syarat. | Ejaan | 28.12.2010 |
penggunaan apitan kata nama:penge-...an, per-..-an dan apitan me-..-kan | Apitan peng-...-an menjadi penge-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang berekasuku kata, iaitu kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, contohnya syor menjadi pengesyoran dan bom menjadi pengeboman. Apitan peR-...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu per-...-an apabila bergabung dengan semua kata dasar yang bergabung itu berawalkan huruf r. Dua huruf r yang bergabung itu akan menjadi satu r melalui proses peleburan, contohnya satu menjadi persatuan. Apitan me-...-kan tergolong dalam apitan kata kerja, contohnya main menjadi memainkan dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 70, 124-129 untuk memahaminya dengan lebih lanjut. | Tatabahasa | 10.06.2009 |
mengapa perlu ada (ny) dalam ketogeri imbuhan men- yang akan menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m,n,r,l,w,y . Apakah beza diantara n dengan ny sedangkan ny bermula dengan n juga ? sila rujuk buku Tatabahasa Edisi Ketiga pada Bab 7 M/S (151) ....... | Imbuhan awalan meN- menjadi meny- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k, s kerana awalan tersebut dalam bahasa Melayu akan luluh apabila bergabung dengan imbuhan awalan meN-. Sebaliknya apabila kata dasar tersebut merupakan kata pinjaman, awalan kata dasar tersebut tidak akan luluh, contohnya, memproses, mentafsirkan, mengklasifikasikan dan menstorkan. | Tatabahasa | 06.02.2009 |
Tolong perjelaskan penggunaan imbuhan merper- , merper......kan. | Golongan kata nama dan kata kerja boleh bergabung dengan apitan memper...kan untuk membentuk kata kerja, contohnya memperisterikan (kata nama) dan memperdengarkan (kata kerja). Manakala bentuk apitan memper...i tidak begitu produktif dan kata yang bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Apitan memper...i wujud atas keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, seperti memperingati. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 177, 208 - 212. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
Adakah penggunaan imbuhan mem, per, kan boleh digunakan | Apitan memper-...-kan boleh bergabung kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya, kata nama: isteri - memperisterikan senda - mempersendakan kata kerja: dengar - memperdengarkan bahas - memperbahaskan Walau bagaimanpun apitan memper-...-kan tidak boleh bergabung dengan kata adjektif, sebaliknya awalan memper ... digunakan dengan kata adjektif untuk membawa makna menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, besar - memperbesar (menjadi lebih besar atau bertambah besar) dan indah - merperindah (menjadikan bertambah indah). untuk makluman lanjut sila dapatkan buku tatabahasa Dewan dan rujuk halaman 198 - 200 | Tatabahasa | 02.05.2013 |
apakah kegunaan imbuhan ber dalam berlima, berlima-lima dan kelima-lima | 1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- utk menyatakan diri membuat sesuatu; bersibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan -an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan. | Tatabahasa | 17.03.2010 |