Merujuk kepada jawapan persoalan sebelum ini, 'ialah' mempunyai dua suku kata, dan suku kata 'ia' dalam perkataan tersebut merupakan vokal berganding. Bukankah vokal berganding sebenarnya menghasilkan dua bunyi seperti 'ua' dalam 'tua' dan 'io' dalam 'biola'? | Vokal berganding berlaku apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. | Tatabahasa | 16.03.2010 |
Selamat sejahtera, Setelah meneliti takrif kata tentang diftong dan vokal berganding saya faham tentang contoh yang diberi saudara tapi saya masih tidak pasti tentang beberapa perkataan. Adakah perkataan-2 ini betul? 1) vokal berganding = menaiki, kemudian, bersiap, buatan (bolehkah mana-2 huruf vokal bergabung?) 2) digraf = dengan, pengunjung, barangan Terima kasih. | Vokal berganding berlaku apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Contoh lain vokal berganding adalah seperti yang saudara berikan. Digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, kh dan sy, seperti dalam contoh yang saudara berikan. | Tatabahasa | 10.08.2012 |
Rentetan soalan no.9: Bagaimana dengan vokal berganding & konsonan bergabung | Encik Badarul, Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Konsonan bergabung dalam bahasa Melayu ialah gh, kh, ng, ny dan sy seperti dalam perkataan ghairah, khabar, nganga, nyanyi dan syarat. | Ejaan | 28.12.2010 |
bolehkah diftong diterima sebagai vokal berganding | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. | Tatabahasa | 02.03.2013 |
Salam. Adakah perkataan "ai" dalam perkataan 'aiskrim ' itu itu merupakan vokal berganding? Terima kasih | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. Perkataan ai dalam perkataan aiskrim merupakan vokal berganding. | Tatabahasa | 13.01.2014 |
assalam, boleh terangkan perbezaan di antara diftong dengan vokal berganding? Adakah (ATAU) termasuk dalam diftong, tq | Manakala vokal bergabung pula ialah dua huruf vokal yang berdiri secara terasing dan bukan satu bunyi tunggal. Vokal berganding yang dimaksudkan ialah ai, au, oi, ia, io, ea, eo, eu, ua dan ui. contoh perkataan ; puisi, gear, siuman, biak, maut. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi. Atau merupakan diftong. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut. | Tatabahasa | 01.02.2013 |
Apakah perbezaan antara rangkap vokal dan vokal berganding? | Rangkap vokal dan vokal berganding berlaku sama sahaja keadaannya, iaitu apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat. | Tatabahasa | 23.08.2011 |
Salam sejahtera. Penerangan tentang diftong dan vokal berganding senang difahami. Sebaliknya, Penerangan tentang digraf dan terutamanya konsonan bergabung amat mengelirukan. Digraf diterangkan sebagai konsonan bergabung iaitu dua huruf konsonan berturutan yang mewakili satu bunyi. Ada kali konsonan bergabung diterangkan sebagai dua huruf konsonan yang berturutan tetapi dipisahkan dalam suku kata. Soalan 1. Kalau tidak silap, konsonan berganding ialah konsonan berturutan yang terpisah dalam suku kata. Kini, masih wujudkah konsonan berganding? Adakah konsonan bergabung ialah konsonan berganding? 2. Perkataan "Klinik" tergolong sebagai digraf atau konsonan bergabung ataupun kedua-dua? 3. Adakah kemungkinan wujud kesalahan dalam definisi terkini bagi konsonan bergabung dalam buku teks? Ini adalah kerana krayon diberikan sebagai contoh bagi konsonan bergabung. Padahal contoh seperti konkrit (n k) , terminal (r m) , kompleks (mp) diberikan oleh dbp. Sungguh mengelirukan, manakah yang tepat sekali? Yang dahulu, tidak wujud kekeliruan , mudah difahami kerana definisi bagi konsonan bergabung hanyalah satu dan tepat. 4. (Yang terkini) Adakah hanya perkataan daripada b.Inggeris ( seperti trak, promosi, hibrid, program dan lain- lain ) diterima sebagai k. bergabung (contoh buku teks dan buku aktiviti) ? Harap tuan dapat menguraikan kekeliruan saya. Sekian, terima kasih. | Kamus Dewan memberikan takrifan digraf, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy; atau disebut juga dwihuruf, dwilambang, huruf rangkap. Tidak ada maklumat yang jelas tentang konsonan berganding, konsonan bergabung dan konsonan yang berturutan dalam pangkalan data kami. Adapun perkataan lain yang mempunyai urutan huruf konsonan itulah yang disebut konsonan berganding atau konsonan bergabung, dan berkemungkinan dua huruf atau tiga huruf seperti dalam perkataan klinik dan bankrap. Tidak dinyatakan turutan huruf konsonan ini dalam satu suku kata atau sebaliknya. | Tatabahasa | 14.12.2015 |
cair dan gaul ialah diftong atau vokal berganding? | Cair dan gaul ialah vokal berganding. | Tatabahasa | 07.10.2013 |
Adakah perkataan buai tergolong dalam diftong atau vokal berganding? | Buai merupakan vokal berganding sama dengan cuaca, muafakat, suasana. Diftong hanya ai, au dan oi. | Tatabahasa | 25.02.2013 |