Bagi menangani masalah itu semua ahli masyarakat perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin. munsyi, apakah kesalahan daam ayat ini? TQ | Dalam konteks ayat ini, perkataan semua ahli masyarakat boleh ditukar kepada masyarakat atau semua pihak. Ayat yang lebih baik ialah 'Bagi menangani masalah itu, semua pihak perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin.' atau ''Bagi menangani masalah itu, masyarakat perlu berganding bahu untuk mencari penyelesaian dengan sebaik mungkin.' | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Adakah ayat di bawah betul? Semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat. | Semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat - ayat ini betul. | Tatabahasa | 24.03.2011 |
Encik, 1. Adakah "berganding bahu" ialah peribahasa? 2. Apakah perbezaan maksud dan penggunaan antara perkataan 'berpusing-pusing' dengan 'berputar-putar'? Terima kasih. | Encik Wee, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. . berpusing membawa makana - --bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ berputar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 berputar-putar 1. berpusing-pusing, berkisar-kisar, berpusar-pusar: baiklah jangan ~ pd keterangan ini sahaja; sebuah kereta radio polis dgn lampu birunya ~; 2. = berputar bergerak (berjalan, terbang, dll) berkeliling: mereka datang kerana melihat gadis-gadis cantik yg ~ di pasar itu; 3. tidak langsung menuju (tempat dll yg dimaksudkan, tujuan yg sebenarnya), berbelok-belok (berjalan, bercakap, dll); memutar 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. membelit-belitkan (perkataan dll), membolak-balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mempertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga | Makna | 01.07.2009 |
Adakah perkataan "dan" perlu digunakan terlebih dahulu dalam ayat sebelum perkataan "serta" boleh digunakan? Sebagai contoh, pihak ibu bapa dan pihak sekolah perlu berganding bahu untuk melahirkan generasi muda yang penyayang serta berwawasan. Sekiranya penggunaan kata "dan" dan "serta" ditukar tempat bagi contoh ayat di atas, adakah ayat masih betul? Saya juga ingin mendapatkan penjelasan jika perkataan "serta" boleh berdiri sendiri dalam ayat tanpa kehadiran perkataan "dan" dalam ayat. Terima kasih. | Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, penggunaan yang tepat ialah Pihak ibu bapa dan pihak sekolah perlu berganding bahu untuk melahirkan generasi muda yang penyayang dan berwawasan. Perlu menggunakan "dan" pada kedua-dua frasa tersebut kerana frasanya terpisah dan tidak mengikuti. Perkataan “serta” boleh berdiri sendiri tanpa kehadiran kata “dan” mengikut konteks dan maksud ayat. Kata serta memberi pengertian turut melakukan perkara lain, atau "dan juga". Contohnya, Wanita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya. Contoh lain ialah Jawatankuasa kampung serta masyarakat setempat perlu bekerjasama dalam menangani aktiviti penyeludupan senjata api di kawasan terbabit. | Tatabahasa | 01.06.2021 |
(1)Perpaduan kaum dapat diwujudkan menerusi aktiviti sukan. (2)Masyarakat majmuk akan bersatu padu dan berganding bahu tanpa mengira agama, budaya, bangsa, dan kepercayaan demi meraih kemenangan dalam sesuatu acara sukan. Ayat (1) merupakan ayat topik/ isi karangan manakala ayat (2) ialah ayat huraian. DBP, adakah ayat (2) yang saya tulis jelas menghuraikan isi karangan? Jika tidak, sila beritahu. Terima kasih! | Berdasarkan pengamatan kami ayat kedua ialah sebahagian daripada ayat yang menghuraikan ayat pertama. Walau bagaimanapun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan sila berbincang dengan guru di sekolah saudara. | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Pihak HQ kami di Bangkok akan menerbitkan satu cetakan yang menggunakan perkataan ayat dibawah. "RAKAN ANDA YANG BERGANDING BAHU DIMANA JUA" Kami rasakan ayat yang dicadang mereka ini agak tergantung. Minta nasihat ayat yang sesuai. terima kasih | Ayat yang dicadangkan ialah "RAKAN YANG SENTIASA BERSAMA-SAMA ANDA". | Lain-lain | 28.10.2024 |
Salam Sejahtera. Saya ingin kepastian tentang maksud dan penggunaan perkataan 'justeru'. Adakah membawa maksud 'Oleh itu'? Contoh penggunaan: Gajala sosial semakin serius. Justeru, pelbagai pihak perlu berganding bahu menanganinya. | Justeru bermaksud kebetulan, malahan dan bahkan. Contoh penggunaannya dalam ayat "Saya tidak pernah membenci dia, justeru saya puji dia". | Tatabahasa | 06.05.2011 |
Selamat Pagi.. Persoalan saya nak tanya ialah Bahasa merupakan wahana pengucapan kebudayaan tinggi sesebuah peradapan bangsa. Dengan perkataan lain, bahasa merupakan tonggak yang ampuh yang dapat mendukung jati diri bangsa. Justeru, masyarakat perlu berganding bahu menilai kemajuan dan mengisi taraf bahasa melayu dan kesusasteraan Melayu sebagai tonggak pembinaan tamadun manusia...Bagaimanakah hendak menghuraikan tentang persoalan dinyatakan? Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai..sekian,terima kasih. | Saudara boleh menghuraikan perkara ini dengan memberikan takrifan kepada beberapa perkataan dan frasa yang digunakan seperti wahana pengucapan kebudayaan tinggi, peradaban bangsa, jati diri dsb. dan seterusnya mengaitkan perkataan dan frasa ini dengan aspek pembinaan tamadun manusia. | Lain-lain | 25.05.2008 |
Salam, Mohon penelitian ayat - ayat berikut sebagai lirik lagu Kita semua serupa Berpijak dibumi yang nyata Mendaulatkan prinsip yang lima Bersatu hati demi semua Usah diduga akal dan budi Merobek jiwa meruntuh janji Hitam dan putih tidak bererti Asal semua hormat menghormati Ayuh semua kita Berganding bahu berpimpin tangan Mengharungi onak dan duka Asal kita tidak berangan Nun didesa atau dikota Semua pasti merasa bahagia Menyemai kasih menyulam cinta Melahirkan insan yang setia Apa jua rintangan Jangan ada yang terkesan Memutuskan persahabatan Mencipta jurang perpecahan | Lirik lagu tidak perlu melalui proses semakan DBP. Walau bagaimanapun, mohon pihak tuan membetulkan ejaan seperti di bumi, di desa, di kota dan hormat-menghormati. Untuk makluman tuan juga, dalam penulisan karya sastera, ada sedikit "kebebasan" diberikan kepada pengkarya untuk menghasilkan karyanya yang diistilahkan sebagai “kebebasan penyair” (poetic licence). Kebebasan yang dimaksudkan adalah mengubah suai bahasa seperti ritma, kiasan kata, nahu dan susun kata mengikut keperluan pengkarya itu sendiri bagi melahirkan kesan tertentu. Biasanya lesen ini lebih banyak melibatkan penyair, cerpenis, novelis dan termasuk penulis lirik lagu. Sungguhpun begitu, karya seni termasuk lirik lagu yang menggunakan bahasa yang baik dan betul dapat memperkasakan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat. Ini kerana karya seni termasuklah lirik lagu merupakan ranah yang digemari ramai dan dapat mempopularkan sesuatu bahasa dengan cepat. Untuk membantu tuan membuat semakan penggunaan perkataan yang betul, tuan boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.
| Lain-lain | 17.11.2021 |
Buku apakah yang boleh dibuat rujukan tentang soalan yang telah saya kemukakan pada 25/5/2007.. soalannya berbunyi begini,Bahasa merupakan wahana pengucapan kebudayaan tinggi sesebuah peradapan bangsa. Dengan perkataan lain, bahasa merupakan tonggak yang ampuh yang dapat mendukung jati diri bangsa. Justeru, masyarakat perlu berganding bahu menilai kemajuan dan mengisi taraf bahasa melayu dan kesusasteraan Melayu sebagai tonggak pembinaan tamadun manusia...Apakah buku-buku atau majalah-majalah ataupun laman web yang berkaitan dengan soalan di atas? Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai..sekian,terima kasih. | Sila rujuk bahan ini: Tamadun Berbahasa Melayu Menjelang Tahun 2020 | | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | |
Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun tinggi | Abdul Rahman Ya'kub | Dewan Bahasa dan Pustaka | 2004 |
untuk makluman sdr, Pusat Dokumentasi Melayu DBP mempunyai bahan rujukan yang berkaitan dengan bidang bahasa. Oleh hal yang demikian, sdr. dicadangkan agar mengunjungi pusat ini untuk membuat rujukan. | Lain-lain | 02.06.2008 |