Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1. bersangkut, bergayut, berpaut; dagu bagai lebah ~ dagu yg cantik; 2. bersandar (pd orang dll), berharap pd pertolongan (orang dll), di bawah pengaruh orang dll: kehidupannya ~ pd belas kasihan Dato’ Ujang; pertumbuhan padi di kawasan Kerian ~ semata-mata pd hujan; ~ di ekor anjing prb orang yg sangat memerlukan pertolongan akan menerima sebarang pertolongan; ~ di hujung rambut prb nasib yg tidak tetap; ~ kpd rambut sehelai prb dlm keadaan yg amat berbahaya; ~ pd tali rapuh prb mengharapkan pertolongan drpd orang dll yg lemah; ~ tidak bertali, bersalai tidak berapi prb a) isteri yg ditinggalkan tetapi tidak diceraikan; b) peri seorang gundik yg tidak sah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.tung] | برݢنتوڠ

Definisi : 1 berpegang atau bersangkut pd sesuatu dgn tidak berjejak pd bumi, lantai dsb: Jangan ~ pd dahan yg rapuh itu. 2 berharap pd bantuan orang utk melakukan sesuatu; sentiasa dibantu dll oleh seseorang atau sesuatu; mesti berpandukan sesuatu yg lain: Walaupun sudah berkahwin, dia masih ~ pd orang tuanya. Kesuburan pokok-pokok itu ~ pd baja yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergantung

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Bergantung pada tali rapuh.

Bermaksud :

Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul di bawah, dan apa sebabnya? 1. bergantung pada/bergantung kepada 2. terpulang pada/terpulang kepada Terima kasihSila berikan contoh ayat yang lengkap agar pihak kami dapat memberikan padanan jawapan yang sesuai berdasarkan kontkes ayat tersebut.Lain-lain27.04.2022
Salam. Berdasarkan arkib soalan Khidmat Nasihat, terdapat pertanyaan pada 04.05.2014 "" Tuan, "bergantung kepada ibu" atau "bergantung pada ibu"adalah betul? Saya telah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Terbitan Ketiga pada halaman 272 dan 274 dan masih keliru dengan penggunaannya... tolong jelaskan masalah saya ini. Terima kasih."" Jawapan yang diberikan oleh pihak Khidmat Nasihat ialah ""Frasa yang betul ialah "bergantung pada kebenaran ibu"."" Soalan saya, mengapakah frasa yang betul ialah "bergantung pada kebenaran ibu", bukannya "bergantung pada ibu"? Terima kasih!

Jawapan yang betul ialah “bergantung pada ibu”. Kami ambil maklum atas kesilapan tersebut.

Tatabahasa27.01.2022
Yang manakah satu betul (1)~a. terdedah kepada, ATAU~terdedah pada. (2) ~a,bergantung kepada,~b, bergantung padaSila berikan contoh ayat yang lengkap agar pihak kami dapat memberikan padanan jawapan yang yang sesuai berdasarkan konteks ayat tersebut.Tatabahasa21.04.2022
Adakah betul ayat 'kebolehan pengamatan juga adalah bergantung kepada minat' ? Saya kurang pasti dengan penggunaan adalah sebelum perkataan bergantung.Ayat yang betul ialah "Kebolehan pengamatan juga bergantung pada minat."Lain-lain01.04.2023
Interdependency dalam Bahasa MelayuCadangan padanan jawapan yang sesuai bagi perkataan Interdepency ialah saling bergantung. Walau bagaimanapun, cadangan padanan terjemahan ini bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.Makna05.07.2021
Soalan 1. Ayat 1 : "Dia sudah dewasa tetapi hidupnya masih bergantung pada orang tuanya". Mengapakah kata sendi nama "pada" digunakan tetapinya bukan "kepada". Apakah alasannya yang menjadikan ayat ini gramatis.Dia sudah dewasa tetapi hidupnya masih bergantung pada orang tuanya. Satu daripada penggunaan kata sendi nama "pada" adalah untuk menunjukkan maksud sandaran bagi kata kerja berkenaan. Kata sendi nama "pada" berfungsi sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274 - 275.


Tatabahasa07.09.2021
Fungsi tingkap bergantung pada keadaan. Tidak semestinya hanya orang dari dalam rumah yang boleh melihat ke luar, orang dari luar juga boleh melihat ke dalam rumah contohnya reka bentuk tingkap pada rumah kampung yang lebih terbuka membolehkan orang dari luar juga melihat ke dalam rumah. Perenggan di atas merupakan jawapan DBP berkaitan soalan saya. Saya bertanya soal fungsi, bukan soal boleh atau tidak boleh..... seperti fungsi baju untuk menutup aurat, tapi boleh juga baju untuk kesat tahi kucing..... mengapa rendah sangat standar DBP berfikir???

Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP)(DBP, 2020: 2376) tingkap bermakna 1. bukaan, biasanya berbentuk segi empat, pada dinding rumah, bangunan, kapal dan lain-lain yang boleh dibuka dan ditutup supaya cahaya matahari dan udara dapat masuk; sinonimnya ialah jendela; dan makna ke-2 ialah tetingkap. 

Terdapat pelbagai jenis tingkap, misalnya tingkap berpangsi, tingkap bulan, tingkap gelangsar dan tingkap kipas. Sila rujuk KDP dan PRPM.

Sudah pastilah fungsi bagi tingkap bergantung kepada jenisnya. Namun, secara umumnya, fungsi tingkap adalah untuk:

1) Membolehkan kemasukan cahaya semula jadi,

2) Mengadakan peredaran udara semula jadi,

3) Menebat haba dan bunyi, dan

4) Menghalang angin dan hujan.

Penjenisan tingkap adalah bergantung kepada kaedah bagaimana daun-daun tingkap dipasang.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk pakar bidang seni bina, kesenian hiasan dalaman atau kejuruteraan bangunan. Salah satu cara mudah untuk mendapat maklumat, tuan juga boleh membuat carian di Internet dengan menaip "fungsi tingkap".

Harap dapat membantu.

Lain-lain14.10.2022
Kata sapaan surat tuan/puan bergantung kepada penerima surat atau u/p surat? Contoh : Pengarah Jabatan adalah lelaki tetapi surat adalah u/p (untuk perhatian) Puan Siti Fatimah. Kata sapaan surat menuju kepada siapa? Gunakan tuan atau puan?

Kata sapaan yang betul adalah berdasarkan penerima surat, contohnya “tuan”, “puan”, “YBhg. Dato’” dan sebagainya.

Lain-lain07.05.2024
Saya ingin bertanya penggunaan ayat untuk pada bibir atau di bibir. Adakah kedua-duanya boleh digunakan tetapi bergantung pada pembinaan ayat? Contoh: Senyuman di bibirnya sangat manis. Contoh: Rekahan pada bibirnya semakin teruk.

Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.

Kata sendi nama “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.

Kedua-dua kata sendi nama tersebut boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat.  Contoh ayat:

pada: Terdapat luka pada bibir abang.

di: Bacaan zikir tidak lekang di bibirnya.

 

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 265 dan 274.

Tatabahasa05.03.2024
Salam sejahtera, Apakah makna Third-in-command? Terima kasih.

Third-in-command bermaksud individu ketiga dalam hierarki yang mempunyai kuasa untuk memerintah atau memberi arahan. Padanan ini bergantung pada kesesuaian  serta konsep dan konteks penggunaannya. Contohnya jika perkara ini merujuk pada konteks ketenteraan padanan akan bergantung kepada pangkat dan struktur organisasi seperti batalion, unit dan sebagainya. Hal yang sama juga jika frasa ini dirujuk kepada sistem pentadbiran.

Lain-lain13.04.2022
12345678910...

Kembali ke atas