| Salam. Berdasarkan arkib soalan Khidmat Nasihat, terdapat pertanyaan pada 04.05.2014 "" Tuan, "bergantung kepada ibu" atau "bergantung pada ibu"adalah betul? Saya telah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Terbitan Ketiga pada halaman 272 dan 274 dan masih keliru dengan penggunaannya... tolong jelaskan masalah saya ini. Terima kasih."" Jawapan yang diberikan oleh pihak Khidmat Nasihat ialah ""Frasa yang betul ialah "bergantung pada kebenaran ibu"."" Soalan saya, mengapakah frasa yang betul ialah "bergantung pada kebenaran ibu", bukannya "bergantung pada ibu"? Terima kasih! | Jawapan yang betul ialah “bergantung pada ibu”. Kami ambil maklum atas kesilapan tersebut. | Tatabahasa | 27.01.2022 |
| Yang manakah betul di bawah, dan apa sebabnya? 1. bergantung pada/bergantung kepada 2. terpulang pada/terpulang kepada Terima kasih | Sila berikan contoh ayat yang lengkap agar pihak kami dapat memberikan padanan jawapan yang sesuai berdasarkan kontkes ayat tersebut. | Lain-lain | 27.04.2022 |
| Apakah istilah meet and greet dalam Bahasa Melayu menurut DBP? adakah temu dan tegur atau temu mesra? Mohon pencerahan. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah meet and greet ialah temu mesra. Padanan istilah ini boleh digunakan bergantung bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 26.08.2025 |
| Soalan 1. Ayat 1 : "Dia sudah dewasa tetapi hidupnya masih bergantung pada orang tuanya". Mengapakah kata sendi nama "pada" digunakan tetapinya bukan "kepada". Apakah alasannya yang menjadikan ayat ini gramatis. | Dia sudah dewasa tetapi hidupnya masih bergantung pada orang tuanya. Satu daripada penggunaan kata sendi nama "pada" adalah untuk menunjukkan maksud sandaran bagi kata kerja berkenaan. Kata sendi nama "pada" berfungsi sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 274 - 275.
| Tatabahasa | 07.09.2021 |
| Mencederai seseorang atau mencederakan seseorang yang betul penggunaannya? | Kedua-duanya betul bergantung pada konteks makna yang hendak dimaksudkan. Walau bagaimanapun, perkataan “mencederai” merujuk perbuatan mendatangkan cedera kepada seseorang atau sesuatu tanpa sengaja. | Tatabahasa | 25.06.2023 |
| PEMBUKAAN PREMIS ATAU PENGOPERASIAN PREMIS PERNIAGAAN? | Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan bergantung pada maksud yang hendak disampaikan. i. pembukaan - perihal atau perbuatan membuka ii. pengoperasian - hal atau perbuatan mengoperasikan | Tatabahasa | 31.05.2022 |
| Selamat sejahtera. “dalam memantulkan imej” atau “dalam pemantulan imej” betul? | Kedua-dua frasa betul bergantung pada konteks dan penggunaan ayat. | Tatabahasa | 28.08.2022 |
| Apakah perbezaan antara "memuja" dan "menyembah"? | Perkataan "memuja" dan "menyembah" membawa maksud yang sama bergantung pada konteks dan konsep penggunaan dalam sesuatu bidang. Walau bagaimanapun, perkataan tersebut dapat dibezakan berdasarkan perbuatan pelaku. Contoh: 1. memuja: Ada kaum yang memuja berhala dan ada pula yang memuja matahari. 2. Hulubalang itu pun kembalilah dengan menyembah kaki Sri Rama dengan kemenangannya. | Makna | 12.12.2021 |
| powerlifting | Cadangan padanan bagi istilah powerlifting dalam bahasa Melayu ialah angkat kuasa. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 09.09.2024 |
| Apa terjemahan 'content creator' ? | Kami mencadangkan "content creator" diterjemahkan sebagai "pencipta kandungan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 07.06.2022 |