Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ge.lim.pa.ngan] | برݢليمڤڠن

Definisi : berbaringan di lantai, tanah, dll dgn tidak teratur, bergulingan, menggeletak: anak itu tidur ~ saja di atas tikar getah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ge.lim.pa.ngan] | برݢليمڤڠن

Definisi : banyak orang dll yg bergelimpang; berbaringan: Mayat-mayat itu dibiarkan ~ saja di situ. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergelimpangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara bergelimpangan,bertempiaran,bertaburan,berselerak dan bertebaran.

Secara umumnya perkataan bergelimpangan, bertempiaran, bertaburan, berselerakan dan bertebaran mempunyai makna yang bersinonim iaitu keadaan yang tidak teratur, berselerak, menggeletak, bertaburan, keadaan tidak tentu haluan, bersebar, berserak-serak dan sebagainya.  Walau bagaimanapun setiap perkataan boleh membawa maksud yang berbeza mengikut konteks ayat. Hal ini  bermaksud  tidak semua perkataan boleh ditukar ganti. Kesalahan memilih perkataan boleh menyebabkan ayat kedengaran janggal dan maksudnya tidak tepat.     

 

Makna20.05.2020
b. Kenal pasti kesalahan penggunaan kata yang terdapat dalam ayat. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut. Demi Keda 1. Buah-buahan yang telah masak ranum itu jatuh bergelimpangan di atas tanah. 2. Ibu memasukkan telur kuning ke dalam mangkuklalu memukulnya hingga kembang. 3. Penyakit aneh yang dideritai datuk memerlukan perhatian dan kajian doktor pakar. 4. Faiz menemukan barang kemas yang tidak ternilai harganya itu secara tidak sedar. 5. Adegan pihak polis kejar-mengejar perompak itu telah dirakam oleh orang ramai. 6. Ibu menegur abang yang memakai pakaian compang-camping ke majlis kenduri. Syarikat ternama itu berjaya kerana mengutamakan penghasilan dalam setiap bidang. 7. 8. Adik amat gembira sekali kerana dihadiahkan rantai kunci yang berumbai-rumbai. 9. Saya suka hati terhadap kanak-kanak itu kerana keletahnya yang manja dan bersahaja. 10. Kulitnya terasa amat perit sekali apabila terkena air kerana lukanya masih belum pulih sepenuhnya. Minta semak kegramatisan ayat di atas

Untuk penyemakan dokumen atau teks yang panjang, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen/teks dalam bahasa Melayu secara berbayar.

Untuk pertanyaan tuan/puan, kami menggalakkan tuan/puan membuat penyemakan langsung dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 432 hingga 575. Walau bagaimanapun, kami memberikan dua contoh penambahbaikan terhadap pertanyaan tersebut:

  1. Ibu memasukkan kuning telur ke dalam mangkuk, lalu memukulnya hingga kembang.
  2. Saya gembira melihat keletah kanak-kanak yang manja.
Tatabahasa22.01.2026

Kembali ke atas