apakah maksud peribahasa 'kalau tidak ada angin,masakan pokok akan bergoyang, | Makna bagi peribahas "Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang" ialah kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya. Harap maklum | Makna | 06.08.2007 |
Amir terlalu asyik melihat wau yang sedang __ di udara. A)terayun-ayun B)terolang-aling C)terbuai-buai D)terlayang-layang Mengapa jawapan yang diberi ialah B) terolang-aling? | Jawapan yang betul ialah terlayang-layang. Terolang-aling bermaksud bergoyang ke kiri ke kanan seperti perahu, sampan dan sebagainya. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
Jika 'terhuyung hayang' digunakan untuk perahu yongyat adakah betul? Kenapa dalam Kamus Dewan Bahasa "yongyat" membawa maksud terhuyung hayang ( perahu) dijelaskan? Adakah itu mempunyai penerangan yang lain? | Yongyat dalam dialek Kedah dan Penang bermaksud terhuyung-hayang (untuk perahu dan lain-lain). Oleh itu, terhuyung-hayang atau yongyat boleh digunakan untuk merujuk keadaan perahu yang bergoyang-goyang ke kiri dan ke kanan. | Istilah | 04.05.2009 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Pasar raya ini asak dengan orang ramai. 2. Saya suka berayun di atas buaian pada waktu senja. 3. Bandul jam ini beroleng-oleng tanpa hentinya. Terima kasih. | Dari segi makna kata dalam ketiga-tiga ayat itu betul. Walau bagaimanapun kita jarang menggunakan perkataan asak bai maksud sesak dan padat dan begitu juga dengan perkataan beroleng-oleng. Kita lebih biasa dengan perkataan bergoyang-goyang bagi maksud beroleng-oleng. | Tatabahasa | 09.07.2012 |