| Bolehkah kami menggunakan padanan nira sahaja bagi sap dalam ayat di bawah ini? Gula kabung hendaklah merupakan produk bergula yang diperbuat daripada nira (sap) perbungaan jantan palma Arenga pinnata. Jika kami menggunakan perkataan sap sahaja pula, adakah maksudnya akan tercapai? | Untuk makluman maksud nira berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat ialah air yang disadap dari mayang kelapa atau enau (boleh dibuat gula, tuak) dan perkataan ini boleh digunakan sekiranya membawa maksud yang hendak disampaikan, manakala sap pula ada pada data Istilah Bahasa Melayu dalam bidang perubatan tetapi tiada huraiannya dan beberapa bidang lain. Kami mencadangkan pihak puan melayari laman web https://prpm.dbp.gov.my/ untuk membuat rujukan lanjut. | Makna | 18.06.2021 |
| Apakah padanan bagi "sugar-coated flour confectionery". | Cadangan padanan terjemahan sugar-coated flour confectionery ialah konfeksionari tepung bersalut gula atau konfeksionari adunan tepung bergula. | Istilah | 17.08.2021 |
| Dalam ayat di bawah ini perkataan "sap" telah dipadankan sebagai "nira". Melalui semakan kami terdapat padanan "sap" dalam bahasa Melayu iaitu "sap". Jika kami menggunakan padanan sap tersebut dalam ayat di bawah ini adakah betul dari sudut konteksnya: 127. (1) Gula kabung shall be the sugary product made from the sap of the male inflorescence of the palm Arenga pinnata. 127. Gula kabung hendaklah merupakan produk bergula yang diperbuat daripada nira (sap) perbungaan jantan palma Arenga pinnata. | Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan sap membawa maksud juice, fluid circulating through plant, sap. Sap juga mempunyai padanan dalam istilah bahasa Melayu dalam bidang Perubatan. Oleh itu, perkataan sap boleh digunakan mengikut kesesuaian konteks penulisan. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan ayat tersebut diolah kepada Gula kabung ialah produk bergula yang diperbuat daripada nira (sap) perbungaan jantan palma Arenga pinnata. | Istilah | 04.06.2021 |
| Apakah perbezaan antara kosong dan sifa ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kosong bermaksud 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; manakala sifar pula ialah (angka) kosong. | Istilah | 21.10.2009 |