Amalan membaca dapat memupuk kita menjadi seorang yang berguna dalam masyarakat. Adakah ayat ini betul? | Amalan membaca dapat memupuk kita menjadi orang yang berguna dalam masyarakat. | Tatabahasa | 18.03.2014 |
'khazanah sejarah 35 tahun DBKL ini akan memberi informasi dan bahan rujukan yang berguna...' sy nak buat ayat diatas yang lebih elok dan formal. | Cadangan kami ialah 'sejarah dan khazanah 35 tahun DBKL memberikan informasi yang berguna selain dijadikan bahan rujukan. | Tatabahasa | 23.12.2008 |
1. air sangat berguna kepada manusia. atau untuk manusia. 2. mereka sedang menepuk tangan sambil menyanyi atau bertepuk tangan sambil menanyi. 3. gantinama "nya" boleh digunakan untuk bukan manusia contoh anjing itu sedang makan daging itu. daging yang dimakannya itu sangat besar. dia membeli banyak barang antaranya ialah ...... . Terima kasih | 1. Yang paling tepat ialah "air sangat berguna kepada manusia". 2. Yang paling tepat ialah "mereka bertepuk tangan sambil menyanyi". 3. Nya ialah kata ganti nama diri orang ketiga, oleh itu tidak boleh digunakan untuk bukan manusia. Walau bagaimanapun nya juga bermaksud oleh, iaitu yang tersebut terlebih dahulu. | Tatabahasa | 10.10.2009 |
Saya ingin bertanya tentang kata penguat. Definisi kata penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. Soalan saya, bolehkah kata penguat digunakan untuk menguatkan kata kerja sebagai contoh, ilmu itu sangat berguna atau bermanfaat kepada kita. Sekian, terima kasih | Untuk makluman tuan, perkataan berguna ialah kata adjektif + sifat. Maka, kata penguat sememangnya digunakan untuk menguatkan kata adjektif tersebut. Dalam konteks yang diberikan, kata penguat tersebut ialah kata penguat bebas (amat, sangat dan sungguh). Oleh sebab itu, contoh ayat yang diberikan, iaitu ‘Ilmu itu sangat berguna kepada kita’ betul dari segi tatabahasa. | Tatabahasa | 11.12.2019 |
Pertanyaan berkenaan kata sendi nama "di" dan "dalam". Perhatikan penggunaan 'di' dan 'dalam' pada ayat di bawah, mana satu yang betul? Dalam mata cikgu, Abu merupakan seorang budak yang degil. atau Di mata cikgu, Abu merupakan seorang budak yang nakal? Ali adalah berguna dalam tangan taukenya. atau Ali adalah berguna di tangan taukenya. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Pada mata cikgu, Abu merupakan seorang budak yang degil. Contoh ayat yang kedua kurang tepat. Ayat yang lebih baik ialah: Ali berguna kepada taukenya. | Tatabahasa | 03.11.2016 |
Saya mahasissua YUI ada soalan Kenapa bahasa Melayu sekarang orang tidak berguna | Bahasa melayu ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia. | Lain-lain | 14.07.2010 |
boleh tak pengunaan dengan diawal ayat contohnya dengan membaca buku kita akan menjadi orang yang berguna. | Perkataan dengan boleh digunakan di pangkal ayat. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
keperluan asas | 'Keperluan' bermaksud perihal perlu atau sesuatu yang diperlukan atau sesuatu yang berguna. Manakala 'asas' pula bermaksud menjadi aaalas, dasar, tapak atau sesuatu yang menjadi sandaran/pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, maksud keperluan asas adalah bergantung pada konteksnya. Dalam kehidupan manusia, keperluan asas bermaksud rumah, makanan, dan pakaian. | Lain-lain | 03.04.2008 |
Assalamualaikum, mengapa PRPM tidak lagi memaparkan kamus bahasa Inggeris dalam carian? Mohon kembalikan perkhidmatan itu semula. Kamus itu amat berguna. | Untuk makluman, terdapat sedikit masalah pada laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Pihak kami akan membaikinya secepat mungkin. | Lain-lain | 30.04.2017 |
Tuan DBP, mengapakah wujudnya frasa-frasa "hadirin sekalian"? Kata "sekalian" kata bilangan yang terletak di hadapan frasa nama kerana berguna sebagai penerang jumlah frasa nama. Sebagai contoh sekalian murid, sekalian hadirin, sekalian kawan, sekalian pencuri. Mengapakah dalam teks ucapan, tidak diperikan "sekalian hadirin"? Sebagai contoh: Sekalian hadirin, perpaduan amat mustahak untuk menjanakan negara yang maju....... . Natijahnya, soal inti saya: Mengapakah pegarinya bentuk frasa "hadirin sekalian", sedang kata bilangan berada di depan frasa nama? | Frasa "hadirin sekalian" lewah namun banyak digunakan dalam kalangan masyarakat. Bagi menghasilkan ungkapan yang gramatis, ungkapan tersebut boleh ditukar kepada "Hadirin yang dihormati" dan "Murid-murid yang disayangi". | Tatabahasa | 15.08.2015 |