Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gu.ru] | برݢورو

Definisi : 1. belajar: sepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk telah memujuk Dayang utk menggantikan tempat Awang; 2. berlaku (bertindak) spt guru; ~ kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi prb ilmu yg tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gu.ru] | برݢورو

Definisi : 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berguru

Puisi
 

Berburu ke Padang Datar,
     Dapat rusa bergelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
     Macam bunga kembang tak jadi.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Benarkah perkataan 'murid' hanya digunakan untuk murid sekolah rendah, manakala 'pelajar' merujuk kepada pelajar sekolah menengah?Murid lazimnya disebut anak murid orang atau anak yang sedang belajar atau berguru; atau disebut juga pelajar. Oleh itu, tidak ada pengehadan murid dan pelajar untuk tahap tertentu. Untuk maklumat lanjut lihat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=murid.Tatabahasa01.03.2012
Selamat sejahtera, Bagaimanakah kita membezakan penggunaan kata 'pelajar' dengan 'murid' ? Sekian, terima kasih.Kedua-dua perkataan pelajar dan murid merujuk kepada orang atau anak yang sedang belajar atau berguru.

Oleh itu, kedua-dua perkataan boleh digunakan.
Makna13.08.2018
Adakah terdapat perbezaan dari segi penggunaan perkataan 'murid' dan 'pelajar'? Harap dapat memberikan contoh yang sesuai. Terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, murid bermaksud orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut. Pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut, di maktab dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu). Untuk mengetahui perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan ini,  puan boleh merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.Makna12.03.2012
Penggunaan istilah mana yang betul untuk peringkat sekolah menengah? :murid-murid atau pelajar

Saudara Umi,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna murid dan pelajar adalah seperti yang berikut:

 orang atau anak yg sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut; ~ tua bekas pelajar (dr sesebuah sekolah dll);

orang yg belajar (spt murid sekolah, penuntut di maktab, dsb), orang yg mengaji (menyelidiki ilmu): ~ sekolah menengah; ~ universiti;

Walau bagaimanpun dari segi penggunaan kini, murid digunakan untuk sekolah rendah manakala pelajar untuk sekolah menengah.   

Makna06.07.2009
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMBEZAKAN PENGGUNAAN MURID DAN PELAJAR DALAM AYAT?Perkataan murid dan pelajar mempunyai maksud yang sama, iaitu orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Walau bagaimanapun, murid boleh digunakan untuk sekolah rendah dan juga menengah manakala pelajar untuk sekolah menengah dan IPT. Namun, di Kementerian Pendidikan Malaysia berkemungkinan membezakan penggunaan kedua-dua perkataan ini.Makna21.08.2014
Apakah makna 'tingkahlaku' secara lebih jelas lagi? Apakah makna 'murid' atau 'pelajar' secara lebih jelas lagi?Makna tingkah laku ialah (langkah, perangai) gerak-geri, kelakuan, perbuatan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna murid ialah orang atau anak yg sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut. Pelajar pula ialah orang yg belajar (spt murid sekolah, penuntut di maktab, dsb), orang yg mengaji (menyelidiki ilmu).Makna19.04.2009
Apakah perbezaan antara murid dan pelajar? Kini, surat rasmi daripada kementerian pendidikan ke sekolah menengah menggunakan murid.Jadi, saya berasa keliru tentang penggunaan dua perkataan ini.Perkataan murid dan pelajar mempunyai maksud yang sama, iaitu orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Walau bagaimanapun, murid lazimnya digunakan untuk sekolah rendah dan menengah. Surat rasmi kementerian pendidikan menggunakan perkataan murid untuk sekolah menengah adalah betul. Perkataan pelajar lebih sesuai digunakan untuk mereka yang belajar di kolej dan IPT
Makna09.06.2015
As Salam ! Apakah perbezaan pengunaan kata ganda pelajar-pelajar dan murid-murid ?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu).   Murid pula bermaksud orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut. Berdasarkan makna yang diberikan, memang tidak ada perbezaan yang jelas dan maksudnya hampir sama. Dari segi penggunaan, perkataan "murid-murid" biasanya digunakan untuk pelajar sekolah, dan tidak digunakan untuk pelajar peringkat pengajian tinggi. Makna03.04.2012
mana yang lebih tepat penggunaan 'murid' atau 'pelajar' di sekolah rendah dan menengah.Tolong beri penjelasanBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu).   Murid pula bermaksud orang atau anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut. Berdasarkan makna yang diberikan, memang tidak ada perbezaan yang jelas dan maksudnya hampir sama. Dari segi penggunaan, perkataan "murid" biasanya digunakan untuk pelajar sekolah, dan tidak digunakan untuk pelajar peringkat pengajian tinggi.Tatabahasa20.05.2013
As salam tuan di talian, Apakah penggunaan yang betul untuk perkataan murid dan pelajar? 1. Adakah murid untuk murid sekolah rendah? 2. Adakah pelajar untuk murid sekolah menengah? Semoga mendapat jawapan dengan kadar segera. Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam. Perkataan murid dan pelajar mempunyai maksud yang sama, iaitu orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Walau bagaimanapun, murid lazimnya digunakan untuk sekolah rendah.Istilah24.04.2015
12

Kembali ke atas