Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali ke atas komoditi tersebut. Adakah "berikutan" perlu tambah "dengan"?"Ke atas" atau "atas"?Mana satu yg gramatis? | 1. "berikutan" tidak perlu tambah "dengan" 2. Ayat yang betul ialah "Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali terhadap komoditi tersebut." | Lain-lain | 21.08.2021 |
Ihsan @ ehsan | Ihsan - Beribadat kpd. Allah dan menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dengan Allah swt. | Lain-lain | 12.06.2007 |
Tuan, Kami sebagai guru sering berhadapan dengan konflik kerana pihak JPN selalu memberikan keterangan bahasa yang bertentangan dengan DEP. Misalnya, perkataan jarang mengikut Kamus Dewan ialah tidak selalu, sekali-sekala; Jadi, ayat yang berbunyi 'Ali jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar' . betul atau sebaliknya? Mengikut jawapan daripada JPN, ialah jarang-jarang. Bukankah jarang-jarang bermaksud tidak rapat untuk gigi atau rambut? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan jarang bermaksud 1. tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~; 3. jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai. Berdasarkan makna tersebut, perkataan jarang-jarang yang diberikan oleh pihak JPN dalam ayat tersebut adalah betul, iaitu Ali jarang-jarang balik ke kampung setelah mula bekerja di bandar. | Tatabahasa | 30.05.2010 |
Terima kasih atas jwpn tuan, Saya mempunyai kemusykilan tentang penggunaan "tentang' dan 'mengenai'. Bgm nak beza? TQ | mengenai - kena pada (matlamat, sasaran) tentang - berhadapan dengan, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah. | Tatabahasa | 18.12.2007 |
Tuan, 1. Penggunaan frasa manakah adalah betul? Budak yang malas belajar itu akan berhadapan dengan kesukaran pada _________________. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) 2. Dia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjamin __________________nya. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) Terima kasih. | Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi. | Tatabahasa | 29.01.2018 |
salam. saya seorang guru yang sedang berhadapan dengan masalah fahaman murid dalam penggunaan penanda wacana. keadaan ini timbul kerana pelajar saya telah disogokkan oleh pihak luar dengan beberapa maklumat yang mengelirukan. untuk itu saya ingin mendapatkan huraian yang lebih jelas tentang penanda wacana serta bilangan penanda wacana yang telah dimaktubkan oleh pihak dbp. | Penanda wacana penting untuk mewujudkankesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana. Terdapat lima penanda wacana yang lazim digunakan iaitu penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Terdapat kriteria tertentu yang membezakan antara setiap jenis tersebut. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 525. | Tatabahasa | 31.07.2010 |
cara meningkatkan penggunaan bahasa di khalayak ramai | Antara caranya ialah banyakkan membaca bahan terbitan yang bermutu dari segi bahasanya contohnya produk terbitan DBP, agar apabila kita berhadapan dengan khalayak kita dapat mengungkapkan kata-kata dengan bahasa yang baik dan betul. | Lain-lain | 30.07.2008 |
saye nak mintak tolong tukarkn asay sye kpada bahase inggeris.boleh? *membantu pelajar menyiapkan diri untuk berhadapan dengan alam pekerjaan yang berbeza dengan alam perkejaan. *membantu pelajar untuk lebih bersemangat dalam melaksanakan segala tugasan yang disusuli dengan pelbagai peraturan yang perlu di patuhi. *pelajar juga dapat menilai kemampuan diri semasa menjalani latihan industri ini. *membantu pelajar menambah ilmu pengetahuan serta dapat mempraktikan segala teori yang telah dipelajari kepada alam pekerjaan yang sebenar. *membantu pelajar mempelajari bagaimana cara untuk bergaul dan berkomunikasi sesama pekerja yang terdiri daripada pelbagai usia dan bangsa. *dapat menimbulkan sikap berani dan yakin terhadap keupayaan diri sendiri. | Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan menterjemah teks dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Sila berhubung dengan Instutut Terjemahan Negara Malaysia, 03-41497210. | Lain-lain | 27.11.2007 |
apakah maksud bagi `lepas daripada mulut buaya , masuk ke mulut harimau` apakah kesalahan bagi ayat berikut dari struktur ayat atou tatabahasa ~sali meminjam pinggan mangkuk yang baru dibelinya kepada kakaknya. ~nathan ialah pelajar tertinggi di kelas itu | Makna peribahasa tersebut ialah seseorang yg terlepas dari sesuatu bahaya, akhirnya akan berhadapan dengan bahaya yg lain pula. Sepatutnya, Sali meminjamkan pinggan mangkuk yg baru dibelinya kepada kakaknya. Nathan merupakan pelajar tertinggi di kelas itu. Terima kasih. | Makna | 25.09.2008 |
apakah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi di bawah? apabila berhadapan dengan halangan, kita harus bertanya kepada orang yang lebih tahu tentang perkara itu agar kita melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kebiasaan yang dilakukan orang. sesuai ke guna seperti aur ditarik sonsang? | Peribahasa seperti aur ditarik songsang bererti pekerjaan atau perkara yg sukar di­selesaikan kerana sudah salah jalan. Peribahasa ini tidak sesuai untuk menggambarkan situasi orang yang menghadapi masalah atau halangan lalu dia merujuk kepada orang yang lebih arif supaya halangan itu dapat diatasi atau diselesaikan dengan cara yang berlawanan dengan kebiasaan yang dilakukan orang. Maaf, saya belum menemui peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut. | Makna | 28.04.2011 |