(1) Bilakah perkataan 'kami' dan 'kita' digunakan? ( (2) Bolehkah kedua-duanya digunakan dalam sesebuah cerita? Contoh di bahagian depan cerita: "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini." (Ayah dan dua orang anaknya berada di dalam bas. Mereka mahu turun di pantai.) Di bahagian akhir cerita pula: "Ini perhentian kami," kata Ayah. "Kami turun di sini." (3) Bolehkah 'kami' digunakan di dalam satu ayat dan 'kita' digunakan di dalam ayat yang terletak di bawah ayat yang pertama dalam sesebuah cerita seperti berikut: "Lihat, kami bermain air," kata Paul. "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini," kata Paul. (Di dalam kedua-dua ayat di atas, Paul sedang bercakap dengan adiknya.) Harap tuan/puan boleh menjawab hari ini. Terima kasih | (1) Kami - kata ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak, manakala kita bermaksud saya dan kamu semua. (2) Penggunaan kedua-dua kata ganti nama diri kami dan kita mestilahmerujuk makna bagi kedua-dua perkataan tersebut seperti di atas. "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini". "Ini perhentian kita, kata Ayah". "Kita turun di sini". (3) "Lihat, kami bermain air, kata Paul". "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini, kata Paul". | Tatabahasa | 20.05.2011 |
'BERHENTI, bila sistem lampu amaran get berbunyi. Adakah terdapat sebarng kesalahan tatabahasa dalam ayat di atas? Pendapat menyatakan Sistem lampu tidak berbunyi malah menyala. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Berhenti apabila sistem amaran pintu pagar berbunyi" ataupun "Berhenti apabila sistem amaran berbunyi". Lampu kebiasaannya menyala bukan berbunyi. | Tatabahasa | 07.03.2009 |
Ahmad Aiman Nordin Jul 7th, 9:53am Penjaja minuman dikehendaki _______________________ daripada menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan. A. memberhentikan B. memberhenti C. berhentikan D. berhenti Apakah jawapan yang tepat? Mohon jasa baik pihak DBP menerangkan waktu bila digunakan memberhentikan , memberhenti, berhentikan dan berhenti. Terima kasih. | Penjaja minuman dikehendaki berhenti daripada menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan. Berhenti bermaksud tidak meneruskan lagi. Memberhentikan bermaksud menjadikan (menyebabkan) berhenti, seperti Ali memberhentikan basikalnya. Tidak ada perkataan memberhenti. | Tatabahasa | 07.07.2015 |
Kami meneruskan pendakian Gunung Kinabalu setelah sejam berhenti rehat. (i) Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan setelah sejam kami berhenti rehat. (ii) Setelah sejam berehat kami teruskan pendakian Gunung Kinabalu. Tuan, ayat yang manakah betul setelah dipasifkan?Trm ksh. | Salam sejahtera, Ayat pasif bagi ayat di atas ialah: Pendakian Gunung Kinabalu kami teruskan setelah sejam berhenti rehat. Sila dapatkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 18.09.2017 |
Yang manakah betul? 1) Pelajar itu dikejarkan ke hospital kerana luka di kakinya tidak berhenti mengalir atau: 2) Pelajar itu dikejarkan ke hospital kerana luka pada kakinya tidak berhenti mengalir | Jawapan yang betul: Pelajar itu dikejarkan ke hospital kerana luka pada kakinya tidak berhenti mengalir | Tatabahasa | 09.01.2019 |
Kami meneruskan pendakian Gunung Kinabalu setelah sejam berhenti rehat. (i) Pendakian Gunung Kinabalu diteruskan setelah sejam kami berhenti rehat. (ii) Setelah sejam berehat kami teruskan pendakian Gunung Kinabalu. Tuan, ayat yang manakah betul setelah dipasifkan?Trm ksh. |
| Tatabahasa | 08.09.2017 |
Why do we jerk foward when a car stops suddenly? Mengapakah kita terkedepan apabila kereta berhenti tiba-tiba? atau Mengapakah kita tersentak ke depan apabila kereta berhenti tiba-tiba? Terjemahan yg manakah paling sesuai? | Terjemahan yang lebih gramatis adalah dengan memasukkan perkataan “dengan”. “Mengapakah kita tersentak ke depan apabila kereta berhenti dengan tiba-tiba?” | Penyemakan dan penterjemahan | 19.10.2018 |
'kita perlu berhenti daripada melakukan apa-apa pekerjaan kita lantas berdiri tegak tatkala ladu'Negaraku ' dinyanyikan. ayat ini betul tak? terima kasih | Kita perlu berhenti daripada melakukan apa-apa pekerjaan lantas berdiri tegak tatkala lagu Negaraku dinyanyikan. | Tatabahasa | 06.07.2012 |
Pohon penjelasan maksud PERHENTIAN BAS,TEMPAT MENUNGGU BAS,STESEN BAS | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perhentian bermaksud tempat berhenti (bas, teksi, dll). Oleh itu, perhentian bas bermaksud tempat bas berhenti. Sama maksud dengan tempat menunggu bas. Stesen bas pula bermaksud sebuah tempat di mana pengguna bas dapat perkhidmatan asas, tentang pembelian dan penempahan tiket, jadual ketibaan dan berlepas, dan sebagainya yang berkaitan dengan sistem angkut bas awam. | Makna | 28.09.2010 |
minta terjemah ayat "quit smoking centre" dalam bahasa malaysia, bolehkah mengguna "pusat berhenti merokok"? sila maklumbalas ke emel xenexmail@gmail.com, terima kasih | Jika diterjemahkan secara langsung 'Quit smoking centre' dalam bahasa Melayu ialah 'Pusat Berhenti Merokok'. Walau bagaimanpun terjemahan ini terlalu umum dan kami mencadangkan diberi nama lain yang lebih indah di samping tidak mengaitkan pusat 'pemulihan' tersebut dengan kegiatan merokok. | Istilah | 02.04.2011 |