Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.hu.ruf] | برحروف

Definisi : memakai huruf, yg ditulis dgn huruf: buku yg ~ Rumi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.hu.ruf] | برحروف

Definisi : menggunakan huruf; ditulis dgn huruf: Berikan perkataan seerti bagi perkataan-perkataan yg ~ condong dlm ayat-ayat di bawah ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huruf (kata nama)
Bersinonim dengan lambang, aksara, vokal, konsonan;,
Kata Terbitan : berhuruf,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
merujuk kepada frasa "Yang Maha Berkuasa" mengapakah "Yang" berhuruf besar? Adakah "Yang" bagi "Yang Maha Berkuasa" yang terletak di tengah-tengah ayat juga berhuruf besar?Frasa Yang Maha Berkuasa hanya digunakan bagi merujuk Allah SWT sahaja. Oleh itu, huruf pertama frasa tersebut mesti ditulis dalam huruf besar meskipun berada di tengah-tengah ayat.Tatabahasa07.12.2007
Adakah penggunaan kata yang BERHURUF BESAR betul dalam konteks ayat ini? 1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. (barisan bermaksud "jamak"?) 2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan KURANG dalam pasaran. (sepatutnya kekurangan?)1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. Barisan bermaksud deretan dan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 

2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan kekurangan bekalan dalam pasaran.
Tatabahasa02.08.2013
Ayat yang manakah menggunakan kata BERHURUF BESAR yang betu? 1. SEHALUS (a) Rosli ingin mencari calon isteri yang SEHALUS budi bahasa. (b)Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah SEHALUS sutera. (c) Banyak wanita menginginkan kulit muka yang SEHALUS bayi. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. BERARAK (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. (b) Kenangan silam BERARAK datang dalam fikirannya. (c) Ibu segera mengangkat kain di ampaian apabila terlihat awan mendung BERARAK yang menandakan hujan akan turun. (d) Ahli pasukan unit beruniform BERARAK semasa ketua melakukan pemeriksaan barisan. 3. BERANSUR (a) Meja itu BERANSUR sedikit setelah dilanggar oleh adik. (b) Kenderaan yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital. (d) Kami sekeluarga BERANSUR dari majlis itu ketika hari sudah lewat petang.Jawapan yang betul ialah 1. (d) Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur SEHALUS tepung. 2. (a) Beberapa buah kereta BERARAK dari pusat bandar. 3. (c) Penyakitnya BERANSUR pulih setelah dirawat di hospital.Lain-lain04.11.2010
dalam imbuhan BM, terdapat imbuhan peN-, N yang berhuruf besar itu merujuk kepada apa? -dalam kategori peN, terdapat imbuhan pe-, dalam imbuhan biasa juga terdapat imbuhan pe-, apa beza imbuhan pe- di bawah peN dan pe- sahaja.Merujuk Tatabahasa Dewan, imbuhan peN...an, 'N' huruf besar kerana mewakili pe, per, peng, peny. Perubahan peN..an menjadi pe..an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m,n,ng,r,l,y dan w. Contoh: lari - pelarian, waris - pewarisan, manakala contoh imbuhan pe sahaja: lari - pelari, sara - pesara. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 121-122.Tatabahasa08.04.2010
Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong.1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja tertangguh.
2) Remaja sekarang sudah bebas.
3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang.
4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang.
5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya.
6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar.
7) Kainnya koyak kerana disambar api.
8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong.
Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa02.08.2013
assalamualaikum...saudara. saya ingin bertanya mengenai perkataan guru besar, ketua kampung, tuk penghulu dan ajk, adakah perkataan ini perlu dieja awal perkataannya berhuruf besar dalam penulisan karangan.Jika dinyatakan secara umum, Saudara perlulah menggunakan huruf kecil. Tetapi jika menyatakan secara terperinci misalnya Guru Besar Sekolah Kebangsaan A, perlulah menggunakan huruf besar.Lain-lain26.02.2007
surat rasmi, adakah sebetulnya perlu mempunyai garisan lurus di bawah PERKARADalam surat rasmi, di bawah tajuk perkara tidak perlu digarisi kerana teks perkara ditulis semua berhuruf besar dan huruf tebal (bold).Lain-lain16.06.2009
Hi, menurut Arkib Soalan anda, setiap perkataan dalam kata ganda harus dimulakan dengan huruf besar, misalnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Majlis Raja-Raja Yang Di-Pertuan Negeri. Adakah ini masih betul?Bukan setiap ganda yang harus dimulakan dengan huruf besar, tetapi kata nama khas. Dalam konteks ini contoh-contoh yang diberi ialah kata nama khas, oleh itu setiap awalan katanya berhuruf besar.Tatabahasa04.12.2007

Kembali ke atas