Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.i.dén.ti.ti] | برايدينتيتي

Definisi : mempunyai identiti, ada identitinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.i.dén.ti.ti] | برايدينتيتي

Definisi : mempunyai identiti; ada identitinya: Usaha ke arah satu masyarakat yg ~ Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beridentiti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Persoalannya adakah nama institusi pelajaran yang akan ditubuhkan seperti 'Pusat Perkembangan I CAN READ' diterima pakai? Adakah DBP mempunyai garis panduan tentang pemakaian nama untuk institusi pendidikan.

Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan sebuah buku yang diberi nama Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan untuk dijadikan panduan dan rujukan oleh masyarakat pengguna bahasa dalam aspek penamaan. Saudara boleh merujuk buku ini untuk mendapatkan panduan dalam penamaan. Penamaan hendaklah menggunakan perkataan tempatan yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan, undang-undang dan kepercayaan agama man-mana suku kaum di negara kita, yang ringkas, mudah diucapkan, sedap didengar, tidak berkonotasi negatif dan bermakna positif dan tepat, seboleh-bolehnya yang terakam di dalam Kamus Dewan.

Dalam hal penamaan yang dikemukakan adalah lebih baik nama tersebut dibentuk dalam bahasa kebangsaan dan beridentiti nasional, cth. Pusat Perkembangan Upaya Baca sebagai cadangan terjemahan bagi Pusat Perkembangan I Can Read.   

Lain-lain27.03.2008

Kembali ke atas