Berikan penggalan waktu untuk 24 jam sehari. Contoh : Pkl 1.00 tgh hari atau petang? | Pemenggalan waktu: 12 tengah malam-1 pagi 1 pagi-11.59 pagi 12.00 tengah hari-1.59 petang 2 petang-6.59 petang 7 malam-11.59 malam | Lain-lain | 29.10.2019 |
Berikan contoh imbuhan morfem dan alomorf. | Contoh imbuhan morfem ialah "meng-" dalam perkataan "mengajar", "ber-" dalam "bersekolah" , "-an" dalam "lautan" dan sebagainya. Manakala imbuhan alomorf pula me-N, peN- dll. | Tatabahasa | 16.03.2015 |
Berikan subjek untuk ayat pasif di bawah ini. 1. Pasu-pasu bunga itu akan kami alihkan sebentar lagi. 2. Makanan yang telah basi itu telah saya buang sebentar tadi. | 1. Pasu-pasu bunga itu 2. Makanan yang telah basi itu | Lain-lain | 12.02.2015 |
Berikan contoh ayat yang mempunyai kata 'belaka' agar saya dapat memastikan penggunaan ini. | |Maksud 'belaka' ialah semuanya atau seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya): Contoh ayat: 1. Manusia di dalam hutan itu habis mati belaka. 2. Dia bercakap sangat manis, pada hal hanya cakap dusta belaka. | Makna | 06.05.2014 |
berikan perbezaan aku dan saya | Beza antara aku dan saya ialah; aku, bahasa basahan, bukan rasmi, digunakan sebab keintiman/saling mengenali seperti kawan baik dsbgnya. Manakala, saya pula, digunakan dalam konteks rasmi, dengan ketua dan sebagainya. | Istilah | 08.10.2013 |
berikan maksud jurnal berserta jenis-jenis jurnal.terima kasih | Jurnal ialah terbitan atau majalah berkala yg khusus bagi sesuatu perkara, profesion, atau bidang tertentu (biasanya yg termuat karangan-karangan ilmiah). Terdapat pelbagai jenis jurnal mengikut bidang, misalnya jurnal berkaitan bahasa, sejarah, politik, sains dan lain-lain. | Makna | 14.03.2013 |
Berikan huraian sudut pandangan personaliti waja diri yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom Ahmad. | Saudara yang bertanya, Mohon maaf, kami tidak dapat memenuhi permintaan untuk menjawab soalan-soalan yang berbentuk tugasan dan esei.
| Sastera | 14.03.2012 |
berikan format terkini untuk laporan. | Tidak ada maklumat terkini tentang laporan dan laporan lebih kepada gaya penerbitan organisasi masing-masing. Sebagai panduan saudara boleh merujuk beberapa buah buku kami cadangkan ini: | Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan & Laporan | Samsuddin Wahab | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2005 | | Lain-lain | 08.01.2012 |
Berikan contoh ayat tunggal yang mengandungi keterangan bahagian predikatnya.tqvm | Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Contoh ayat tunggal yang mengandungi keterangan bahagian predikatnya ialah: 1. Ali mandi di sungai - (di sungai - keterangan) 2. Mereka datang dengan kereta api - (dengan kereta api - keterangan) | Tatabahasa | 06.11.2011 |
berikan maksud secara terperinci bahasa itu bersifat dinamis? | Maklumat terperinci tentang tajuk "bahasa itu bersifat dinamik" tidak ada dalam pangkalan data kami. Maklumat terperinci hanya diperoleh melalui pembacaan yang banyak dan kajian yang mendalam tentang tajuk tersebut. Bagi membantu saudara mencari maklumat yang diperlukan, beberapa artikel/buku kami cadangkan, iaitu: Bahasa tidak dinamis akan pupus, Johan Jaffar, Utusan Malaysia, 12/08/2004; Fungsi Dinamik Bahasa Melayu, Asiah Idris, Jurnal Dewan Bahasa, Mei 1995 dan Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun tinggi, Abd. Rahman Yaakub, 2004. | Lain-lain | 09.07.2011 |