Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan saya berdasarkan ayat nombor 1 berikut: 1. Selamat pagi. Apakah subjek dan predikat bagi ayat nombor 1 di atas.

'Selamat pagi' bukan ayat tetapi frasa dan frasa tidak perlu dilengkapi subjek dan predikat.

Tatabahasa05.10.2011
salam, saya keliru mengenai peribahasa berikut. 1. melepaskan BATUH di tangga @ melepaskan BATUK di tangga. 2. mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih @ mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih tolong perjelaskan peribahasa yang tepat. terima kasih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa yang berikut: 1. Bagai melepaskan batuk di tangga bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai; dan 2. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih bermaksud mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi.Tatabahasa16.08.2011
Apakah maksud frasa berikut: 1.Rancangan pembangunan pendidikan. 2.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. 3.Dasar Pendidikan Kebangsaan. 4.Rancangan Malaysia. 5.Pendidikan Tertiari. 6.Aspirasi negara. 7.Modal insan

Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat berkenaan atau buku-buku yang berkaitan. 

7.  Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.

Lain-lain08.11.2011
Bagaimana menyebut perkataan berikut : 1. beranak --> ber/anak atau be/ra/nak? 2. Peraturan --> Per/atur/an atau pe/ra/tu/ran?

Berdasarkan sebutan: be/ra/nak, pe/ra/tu/ran.  Sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk maklumat lanjut.

Istilah21.11.2010
Mohon terjemah istilah berikut :- 1. In its own right 2. Wealth 3. In Kind 4. Adjustedwealth - kekayaan;  in kind - dalam bentuk benda/barang; adjusted- disesuaikan; diselaraskan.  Ungkapan in its own right membawa maksud pun. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan, halaman 1352.  Lain-lain06.03.2008
Sila rujuk ayat berikut: 1. Aswadi tinggal di Bandar Pasir Mas. 2. Aswadi tinggal di bandar Pasir Mas. Soalan: Yang mana satu yang betul dari segi penggunaan huruf besar / kecil pada kosakata "bandar"?Ayat 2 yang betul, sebab bandar Pasir Mas bukan nama tempat tetapi Pasir Mas sahaja nama tempat. Oleh itu huruf 'b' bagi 'bandar' tidak perlu menggunakan huruf besar.Lain-lain28.09.2006
Saya ingin pastikan penggunaan berikut: 1. Terjemahan untuk assistant, terletak di pangkal perkataan atau hujung? cth assistant xxx atau xxx assistant

assistant : n penolong, pembantu: to employ an ~, menggaji seorang penolong; laboratory ~, pembantu makmal; ~ librarian, penolong pustakawan; ~ minister, menteri muda.

Sila lihat contoh di atas untuk mengetahui kedudukannya. 

Makna03.11.2009
Saya ingin membuat pertanyaan berikut: 1) Penggunaan huruf besar atau huruf kecil Contoh ayat: Di Sarawak, tarian ngajat merupakan tarian bersuka ria dalam kalangan orang Ibanda dan tarian datun julut sebagai tarian menjemput tetamu dari suku kaum Orang Ulu. Soalan: ejaan tarian ngajat adakah dieja Tarian Ngajat - huruf besar kerana nama khas. Ejaan tarian datun julut adakah dieja Tarian Datun Julut kerana nama khas? 2) Ejaan nama-nama tarian yang ada di Malaysia seperti tarian asyik, tarian payung, tarian piring, tarian mak yong dan sebagainya adakah dieja dengan huruf besar? Kekeliruan berlaku kerana ada editor saya yang mengatakan ia adalah nama khas untuk tarian tersebut. Setelah saya rujuk kepada KD ke3 dalam sub tarian, ejaan adalah huruf kecil Sila beri jawapan selengkapnya dengan segera. Kerjasama pihak anda sangat diperlukan kerana saya telah cuba menelefon talian tertera tetapi tiada jawapan walaupun 10 minit deringan berbunyi. Terima kasih.Setiap kata nama khas mestilah dieja dengan huruf besar. Contohnya, Tarian Ngajat, Datun Julut, Tarian Payung, Tarian Asyik, Tarian Piring, Tarian Mak Yong dan sebagainya.Tatabahasa10.09.2008
Makna kata bahasa Melayu berikut: 1. Jeda 2. Moda 3. Koda 4. Langam bahasa Sekian. Terima kasihjeda: waktu rehat; masa antara dua peristiwa atau tindakan;  mod(bukan moda): salah satu pilihan kaedah atau cara pengendalian pemprosesan sistem;  kod(bukan koda): tulisan dengan tanda lain-lain yang mempunyai erti nyang tertentu atau yang tersembunyi(rahsia); sistem simbol-simbol untuk menyampaikan maklumat atau arahan kepada komputerlanggam:  cara, kaedah, laku,adat kebiasaan.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.       Makna23.03.2008
Saya mencari maksud sebenar perkataan berikut :- 1. Rantai Pemerintahan 2. Kuasa 3. Bidang Pengawalan 4. Pembahagian JabatanUntuk makluman perkataan rantai pemerintahan, kuasa, bidang pengawalan dan pembahagian jabatan tidak ada dalam daftar istilah kami. Walau bagaimanapun, maksud setiap perkataan boleh dirujuk secara berasingan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Contohnya, perkataan 'rantai' diberi beberapa definisi dalam Kamus Dewan bergantung pada konteks penggunaannya.Istilah14.01.2011
12345678910...

Kembali ke atas