Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berikutnya

Peribahasa

Lulus (= lalu) jarum,
     lulus (= lalu) kelindan.

Bermaksud :

Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lalu penjahit, lalu kelindan). lulus = masuk

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berikutnya adalah visual banner kami , sekian terima kasih.Pembetulan:
1. Diskaun hingga
2. 2 - 10 OKT. 2015
3. 10 pg. - 10.30 mlm.
4. Organized by - Dianjurkan oleh
5. Terjemahkan perkataan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu
Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Tatabahasa21.09.2015
Soalan berikutnya ; 1. Plastik pembungkus makanan 2. Pembungkus makanan plastik 3. Kertas pembalut hadiah 4. Pembalut hadiah kertas Yang manakah betul ? Jika semuanya betul, apakah perbezaannya ?Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. Sekiranya tuan ingin menekankan "plastik", maka "Plastik pembungkus makanan" patut digunakan. Begitu juga sebaliknya.Tatabahasa03.03.2015
Selamat sejahtera.Berikutnya beberapa soalan yang ingin ditanya: 1. A. Dia seorang perempuan yang diam. B. Dia seorang perempuan yang pendiam. Mana satu yang betul ye? 2. Walaupun saya berusia dua tahun lebih tua daripada dia, tetapi saya lebih rendah daripada dia. Bolehkan "walaupun" dan "tetapi" digunakan dalam satu ayat yang sama? 3. A. Dia membelanjakan banyak wang untuk melancong. B. Dia banyak membelanjakan wang untuk melancong. C. Dia membelanjakan wang yang banyak untuk melancong. Sekian, terima kasih. :)Jawapan yang betul dan tepat ialah:
1. Dia seorang perempuan yang pendiam.
2. Walaupun saya berusia dua tahun lebih tua daripada dia, tetapi saya lebih rendah daripada dia.  (Berdasarkan ayat yang telah diberikan oleh saudara ini, "walaupun" boleh digunakan bersama "tetapi")
3. Dia banyak membelanjakan wang untuk melancong atau Dia membelanjakan wang yang banyak untuk melancong.
Tatabahasa17.09.2019
Tuan, Soalan berikutnya yang mana satu ejaan yang betul, penender atau petender. Dikemukakan untuk pengesahan pihak tuan.

Sdr, mhaikal, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Penender ialah orang (pihak dsb) yg membuat atau memberi tender; manakala petender orang (syarikat dsb) yg mendapat tender- rujuk kamus Dewan.

Terima kasih.

Makna15.04.2009
Soalan saya yang berikutnya. bagi pihak yang mentandatangan plak perasmian, sebagai contoh : Y.B Puan Elizabeth Wong Keat Ping. Pada plak / plat perasmian tersebut perlu dicetak sebagai Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping atau YB Elizabeth Wong Keat Ping atau pun Y.B Puan Elizabeth Wong Keat Ping Harap dapat membantu. Terima kasihYang Berhormat Elizabeth Wong Ket Ping dan YB Elizabeth Wong Keat Ping (singkatan) boleh digunakan.Lain-lain03.04.2017
Salam 1Malaysia, saya memohon bantuan membina ayat yang paling sesuai untuk pernyataan dibawah: Berikutnya, min kekerapan menjadi guru ganti dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah M=25.81 dan M=21.32 masing-masing. Ini bermakna, guru sekolah rendah lebih kerap menjadi guru pengganti berbanding guru sekolah menengah. Namun demikian, dari segi tempoh masa dalam kiraan minit, guru sekolah menengah menunjukkan tempoh mengganti guru lain yang lebih lama berbanding guru sekolah rendah. Selanjutnya, min kekerapan menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah masing-masing M=180.68 dan M=142.87. Manakala purata masa satu kali menyelesaikan tugas menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah adalah masing- masing M=100.85 dan M=92.95. Ini bermakana, guru sekolah rendah lebih kerap serta menggunakan masa yang lebih lama untuk menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid. terima kasihBerikutnya, minimum kekerapan menjadi guru ganti dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 25.81 dan 21.32. Ini bermakna, guru sekolah rendah lebih kerap menjadi guru pengganti berbanding guru sekolah menengah. Namun demikian, dari segi tempoh masa dalam kiraan minit, guru sekolah menengah menunjukkan tempoh mengganti guru lain yang lebih lama berbanding guru sekolah rendah. Selanjutnya, minimum kekerapan menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 180.68 142.87. Manakala purata masa satu kali menyelesaikan tugas menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid bagi guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah ialah masing-masing 100.85 dan 92.95. Ini bermakana, guru sekolah rendah lebih kerap serta menggunakan masa yang lebih lama untuk menyediakan nota, soalan latihan dan kembaran kerja rumah murid.Tatabahasa14.02.2015
Salam sejahtera. Adakah ayat yang berikutnya betul? Kami telah sampai di destinasi yang ditujukan. Kami telah sampai ke destinasi. Terima kasih.Salam sejahtera.
Jawapan yang betul ialah "Kami telah sampai ke destinasi yang dituju."
Tatabahasa19.08.2013
Jawapan yang manakah Betul untuk soalan yang berikutnya: - 1) Lalu lintas di situ kembali ________ setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi a) tegang b) pantas c) surut d) pulih 2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu (Perkataan seerti dengan peristiwa) a) suasana b) kejadian c) cerita d) kisah 3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada 4) Adakah struktur ayat ini betul ? Harga sekilo ikan ini berapa ? Sekian, Terima Kasih Ivy

1) Lalu lintas di situ kembali pulih setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu dialih ke tepi 

2) Dia tidak dapat melupakan peristiwa yang lucu itu - Perkataan seerti dengan peristiwa ialah kejadian

3) Puan Aida bimbang akan keselamatan anaknya yang tinggal bersendirian di rumah. a) khuatir b) yakin c) tenang d) waspada - soalan tidak jelas.

4) Harga sekilo ikan ini berapa? - struktur ayat ini betul.

Tatabahasa19.10.2010
Salam tuan, bagaimana saya ingin terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ayat berikutnya 1) "he takes for granted the amount that we need to know", dan 2) "she has been taken for granted by her boss for years". Terimakasih.Penterjemahan ayat adalah di luar skop perkhidmatan kami. Walau bagaimanapun kami boleh membantu tuan dengan menyemak padanan teks tersebut yang telah diterjemahkan terlebih dahulu.Penyemakan dan penterjemahan26.09.2014
penggunaan simbol sengkang ( / ) selepas penggunaan sengkang perlu jarak atau tidak perkataan berikutnya. contoh: 1. jabatan/ agensi yang terlibat. 2. jabatan/agensi yang terlibat. antara 2 contoh di atas yang mana betul?Tanda (/) atau dikenali sebagai Tanda Garis Miring yang berfungsi sebagai pengganti kata "atau" tidak perlu dijarakkan, contohnya jabatan/agensi yang terlibat,Lain-lain22.03.2011
1234

Kembali ke atas